Demi Kestabilan Pn Perlu Buat Kerajaan Campuran Bersama Ph



Pandemik Covid 19 yang memburuk dan kerapuhan Kerajaan Perikatan Nasinonal (PN) memerlukan pendekatan baharu dalam politik Malaysia.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin yang dilihat semakin lemah sebaik-baiknya membuka kerjasama kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara.
Muhyiddin boleh melibatkan PH seperti pada era Tun Razak yang mewujudkan kerajaan pelbagai parti selepas darurat 1969.
“Soal memerintah dan mentadbir ini kerajaan kena buka peluang kerjasama dengan pembangkang atau mana-mana pihak sekalipun kerana itu tanggungjawab dia sebagai PM. Dia kena mencari ikhtiar merujuk dan berunding dengan pembangkang mewujudkan suasana yang tidak akan menyusahkan rakyat.
“Pembangkang tugasnya semak-imbang dan kita tak mahu kerajaan buat sesuka hati gunakan wang yang banyak dalam perbelanjaan, beri habuan kepada menteri, buat lantikan GLC untuk menyokongnya. Jika kerjasama ini berlaku kerana untuk tangani Covid-19, tidak ada siapa yang tak bersetuju.
“Tetapi saya rasa kerajaan Muhyiddin tidak mampu untuk menangani isu ini kerana kerajaannya ketika ini sedang ‘sibuk’ kekalkan kuasa dan tidak mahu jatuh.
“Dia kena ingat kerajaan ‘tebuk atap’ ini tidak boleh buat sesuka hati, tidak boleh suka-suka membelanja wang negara. Dia kena dapat pengesahan dan sokongan dulu (melalui Parlimen), namun ini isu yang cuba dilarikan Muhyiddin dan menteri kabinetnya,” katanya dipetik Suara Keadilan.
Mengulas lanjut kegagalan Muhyiddin mengisytihar darurat, Azan menegaskan kerajaan PN sesungguhnya telah hilang majoriti.
Menurutnya, Muhyiddin tidak akan memohon perisytiharan darurat sekiranya beliau yakin mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat.
Hanya faktor pandemik Covid 19 dan titah Yang di-Pertuan Agong agar ahli politik jangan terlalu berpoliticking menyelamatkan kerajaan PN.
“Jika Muhyiddin betul ada sokongan majoriti sebagai PM dia takkan minta darurat. Dalam keadaan sekarang, Muhyiddin kelam kabut untuk kekal memerintah, beliau menggunakan istana untuk kekalkan kuasanya dan juga menteri-menterinya.
“Bila darurat Parlimen digantung, tidak ada lagi semak-imbang, beliau boleh buat apa sahaja yang dia suka tanpa melalui Parlimen, tanpa dipersoalkan dan dibahas keputusan yang dibuat. Ini juga membuktikan dia tak ada sokongan lagi daripada Ahli Parlimen.
“Dalam hal ini nampak Datuk Seri Anwar mempunyai sokongan cukup untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya lagi.
Sejak kegagalan perisytiharan darurat sehingga hari ini PH masih menunggu Muhyiddin menawarkan kerjasama dengan langkah awal meneliti bersama dokumen Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan di Parlimen.
Sekiranya kerjasama itu tidak berlaku maka tiada jaminan kerajaan PN akan selamat dalam sesi Parlimen November ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30371

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjumpaan Biasa Bukan Nak Tubuh Kerajaan Campuran Tun M

Perjumpaan Biasa Bukan Nak Tubuh Kerajaan Campuran Tun M

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 265 hits
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin politik beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa Menurut Dr Mahathir agenda untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan juga tidak pe...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 659 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Tidak Perlu Isytihar Darurat Syed Saddiq Seru Kerajaan Pembangkang Duduk Semeja Demi Negara

Tidak Perlu Isytihar Darurat Syed Saddiq Seru Kerajaan Pembangkang Duduk Semeja Demi Negara

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 300 hits
347 total views 347 views today Negara ini tidak perlu sampai ke tahap diisytiharkan darurat umum bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Siapa kata kerajaan dan pembangkang tidak boleh bersama demi Malaysia Tidak perlu isytihar darurat P...
Jika Darurat Demi Kepentingan Negara Kerajaan Dan Pembangkang Harus Senada

Jika Darurat Demi Kepentingan Negara Kerajaan Dan Pembangkang Harus Senada

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 363 hits
Veteran Umno berpendapat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya patut melibatkan kuasa Yang di Pertuan Agong untuk menangani isu Covid 19 selepas berunding dengan ketua pembangkang Menurut Shahrir Samad pada asasnya langkah yang perlu diamb...
Kerajaan Terus Bekerja Komited Lindungi Rakyat

Kerajaan Terus Bekerja Komited Lindungi Rakyat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 380 hits
Dilihat terus melaksanakan titah Agong dengan mengadakan mesyuarat malam tadiKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjunjung kasih kepercayaan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kep...
Nasihat Dari Kerajaan Diragui Majoriti Wajar Ditolak

Nasihat Dari Kerajaan Diragui Majoriti Wajar Ditolak

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 196 hits
Pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz Bari berpendapat salah satu punca Yang di Pertuan Agong menolak nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytihar darurat mungkin disebabkan kerajaan Perikatan Nasional diragui majo...
Titah Agong Disambut Baik Seru Kerjasama Kerajaan Pembangkang

Titah Agong Disambut Baik Seru Kerjasama Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 304 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil menyambut baik keputusan Raja Raja Melayu bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini Menurut NGO itu keputusan tersebut juga senada dengan pendapat kebanyakan rakyat ...
Benarkah Kerajaan Halalkan Pencerobohan Tanah Haram

Benarkah Kerajaan Halalkan Pencerobohan Tanah Haram

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 267 hits
Haji Aminuddin YahayaTanah Rizab digadai ceroboh tanah kerajaan pun tiada tindakan ISU pencerobohan tanah di Raub yang membabitkan pekebun durian secara haram kini timbul kembali Mungkin ramai yang tidak perasan atau sedar yang mereka ada b...
Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sinopsis Filem Banduan

Kebaikan Belimbing Buluh Rahsia Superfood Tempatan Yang Menakjubkan

Pound Sterling Terpaksa Merosot Seiring Pasaran

Zinidan Zidan Feat Yaya Nadila Saat Kau Jauh Chord

Sal Priadi Nyala Chord

Doa Malam 15 Okt 2025