Nasihat Dari Kerajaan Diragui Majoriti Wajar Ditolak


 








Pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari berpendapat salah satu punca Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytihar darurat mungkin disebabkan kerajaan Perikatan Nasional diragui majoritinya.

 

Menurut Dr Aziz, sebelum ini Yang di-Pertuan Agong tidak menolak nasihat dan biasanya menuruti Perkara 40, Perlembagaan Persekutuan serta melaksanakan nasihat PM.

 

Bagaimanapun, katanya apa yang berlaku pada Ahad lalu sesuatu yang baharu dan berbeza daripada ulasan ahli-ahli akademik berdasarkan amalan sebelum ini.

 

"Biasanya perkara 40 Perlembagaan (diikuti) mengatakan Agong mesti bertindak mengikut nasihat. Tetapi apa yang kita perhatikan ada sudut yang mereka (ahli akademik) tidak faham.

 

Bagi mereka yang naif dari segi politik, mungkin suka berpandangan sedemikian. Bagi mereka yang faham, kalau nasihat itu datang dari seorang (PM) yang kedudukannya belum pasti (dari segi majoriti), kita yang prihatin kepada Perlembagaan harus memberikan ruang kepada keadaan di mana nasihat daripada kerajaan yang kukuh dan tidak ada masalah dari segi mandat, maka agak kuat.

 

"Tetapi nasihat dari sebuah kerajaan yang Perdana Menterinya mempunyai majoriti diragui, itu sesuatu yang lain (lemah)," katanya menerusi siaran langsung Facebook, malam tadi.

 

Keraguan memilikki majoriti, kata Ketua Pembangkang DUN Perak itu, wujud sejak Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau mempunyai cukup sokongan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengambilalih pentadbiran dari PM Muhyiddin.

 

Oleh yang demikian, kata Dr Aziz, darurat dilihat menjadi jalan keluar bagi pentadbiran Muhyiddin yang tidak mempunyai sokongan untuk meluluskan Belanjawan 2021 di Parlimen agar terus bertahan dan memerintah.

 

Sementara mengulas nasihat Agong agar ahli-ahli politik tidak terlalu berpoliticking pula, Dr Aziz berkata politik secara demokrasi yang wajar tidak menjadi kesalahan.

 

"(Namun) politicking yang bagaimana? Saya fikir politicking yang sah, yang mengizinkan proses Perlembagan berjalan dan berlaku, ini bukan proses yang salah.

 

"Kita hendak supaya rakyat diperkasakan. Itu bukan politicking sebenarnya. Bahkan ia proses biasa. Di negara lain yang lebih maju demokrasinya, ia tidak disekat," katanya.

 

Bagaimanapun, menurut ADUN Tebing Tinggi itu, politicking juga mungkin membawa maksud Agong tidak mahu ahli-ahli politik terus berteka-teki pihak manakah yang mereka sokong untuk menjadi kerajaan, sama ada Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan Plus.

 

"Cadagan saya kepada Ahli-ahli Parlimen agar mengutamakan kepentingan negara dan mereka jangan bersembunyi lagi.

 

"Kita akur dengan Datuk Seri Anwar, kita akur dengan Agong. Mereka tidak boleh mendedahkan berapa orang dan siapa (yang menyokong kerajaan baharu).

 

"Saya fikir Malaysia selamat, bukan negara koboi. Jadi Ahli Parlimen yang mahu Datuk Seri Anwar jadi PM ke depanlah, itu saja.

 

"Kita dapat menyelesaikan masalah dengan segera. Kalau sudah melepasi 112, saya yakin Tan Sri Muhyiddin seorang yang bermaruah tak akan tunggu lama. Masalah akan selesai," katanya.

 

Menurut Dr Aziz lagi, masa untuk bersembunyi sudah habis dan negara dalam keadaan kecemasan. Ahli-ahli politik perlu mengutamakan perang melawan Covid 19, membaiki ekonomi dan mengurangkan penderitaan rakyat.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/nasihat-dari-kerajaan-diragui-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Serahkan Dokumen Sokongan Majoriti Kepada Agong Dan Anggap Kerajaan Pn Sudah Jatuh

Anwar Serahkan Dokumen Sokongan Majoriti Kepada Agong Dan Anggap Kerajaan Pn Sudah Jatuh

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 287 hits
Anwar Ibrahim mengesahkan telah menyerahkan dokumen sahih sebagai bukti sokongan majoriti sokongan kepadanya Anwar menyatakan dia ada lebih 120 ahli parlimen bersamanya Menurutnya lagi Agong akan memanggil ketua ketua parti selepas ini Anwa...
Timbalan Ketua Menteri Wajar Jadi Jurucakap Rasmi Kerajaan

Timbalan Ketua Menteri Wajar Jadi Jurucakap Rasmi Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 236 hits
Bendera Sabah KOTA KINABALU Ketua Pemuda UMNO Sabah Ir Abdul Aziz Julkarnain berpendapat Timbalan Ketua Menteri adalah individu yang paling wajar untuk menggalas tugas Ketua Menteri dan menjadi jurucakap rasmi kepada rakyat Beliau berkata d...
Pemimpin Akar Umbi Ppbm Khuatir Kerajaan Pn Akan Runtuh

Pemimpin Akar Umbi Ppbm Khuatir Kerajaan Pn Akan Runtuh

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 343 hits
Sebilangan pemimpin akar umbi PPBM khuatir kerajaan gabungan pimpinan parti itu mungkin runtuh Mereka merasakan kepimpinan PPBM harus akur kepada beberapa tuntutan Umno termasuk jawatan timbalan perdana menteri untuk mengekalkan pemerintaha...
Diambang Kejatuhan Netizen Sedih Dan Mahu Kerajaan Pertahankan Malaysia Airlines Video

Diambang Kejatuhan Netizen Sedih Dan Mahu Kerajaan Pertahankan Malaysia Airlines Video

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 382 hits
merupakan syarikat penerbangan yang menjadi lambang prestij negara kita Akan tetapi berita ini pasti akan membuatkan ramai orang bersedih kerana syarikat tersebut diambang kejatuhan apabila kerajaan tidak akan menyuntik lagi dana kepada sya...
Tarik Diri Dari Menyokong Kerajaan Pn Umno Mula Bincang Keputusan Biro Politik Parti Itu

Tarik Diri Dari Menyokong Kerajaan Pn Umno Mula Bincang Keputusan Biro Politik Parti Itu

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 329 hits
PUTRAJAYA UMNO sudah mula membincangkan keputusan yang dibuat biro politik parti itu untuk mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa yakin perkara itu akan menjadi topik ...
Hanya Gabungan Berbagai Bangsa Dan Parti Sahaja Dapat Memnangkan Sesebuah Kerajaan

Hanya Gabungan Berbagai Bangsa Dan Parti Sahaja Dapat Memnangkan Sesebuah Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 192 hits
Asalamualaikum Saya bertanding pru tahun 1999 di dun changkat Jong di Parlimen Teluk Intan Saya kalah kerana masa itu yang sokong saya adalah satu kaum sahaja melayu masa itu saya bersama parti keadilan Umno di sokong oleh masyarakat cina d...
Kerajaan Abah Din Di Hujung Tanduk Umno Mungkin Akan Bekerjasama Dengan Anwar

Kerajaan Abah Din Di Hujung Tanduk Umno Mungkin Akan Bekerjasama Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 283 hits
Kenyataan Ahmad Maslan yang memaklumkan UMNO sedang mempertimbangkan menarik diri dari dari menyokong Perikatan Nasional dan mengenakan syarat baharu jika mahu terus bekerjasama bukanlah ancaman tetapi satu keputusan sebulat suara dari pemi...
Pas Gesa Sokong Kerajaan His Majesty S

Pas Gesa Sokong Kerajaan His Majesty S

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 270 hits
INIKAH KABINET KERAJAAN HIS MAJESTY S GOVERMENT MEREKA TERDIRI DARI PARTI PARTI BN PN GPS PAS DAN GRS KETUA MEREKA DILANTIK OLEH YANG DIPERTUAN AGONG SEDANG MEREKA MEMERINTAH TETIBA NUAR BRAHIM MENDAKWA DIA ADA MAJORITY BILA DIA MENGADAP D ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization