Demam Tifoid Cara Merebak Simptom Langkah Pencegahan
Demam Tifoid atau Demam Kepialu ini merupakan salah satu penyakit yang berisiko untuk menjangkiti orang awam terutamanya mereka yang mengalami bencana banjir dan orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk nasihat kesihatan melalui pautan https://infosihat.moh.gov.my/.
Berikut adalah penerangan mengenai penyakit ini.
Apa Itu Demam Tifoid?
Demam Tifiod merupakan salah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi) yang terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa.
Pembawa adalah merupakan seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid.
Ini bermakna, jika seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, mereka akan membawa bakteria ini di dalam darah dan usus.
Kesannya, mereka boleh mencemarkan makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.
Mereka juga sukar dikesan kerana sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.

Cara Merebak
Penyakit ini boleh merebak menerusi beberapa cara iaitu:
Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
Menggunakan bekalan air tidak bersih.
Simptom Penyakit
Mereka yang telah dijangkiti pengakit ini akan mengalami simptom seperti:
Demam panas berpanjangan
Sembelit
Sakit kepala
Cirit birit
Sakit perut
Sakit badan / lemah / letih lesu
Kurang selera makan
Mata layu dan cengkung
Tidak sedarkan diri dan meracau
Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
Langkah Pencegahan Demam Tifoid
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan bagi mengawal penyakit ini daripada merebak:
Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan dan selepas ke tandas.
Basuh ulam-ulaman, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan.
Hanya gunakan air bersih dan terawat untuk penyediaan makanan.
Basuh pinggan mangkuk dengan menggunakan air bersih yang mengalir.
Minum air yang telah dimasak sehingga mendidih atau air yang telah dibotolkan.
Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih.
Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan lupuskan sampah dengan sempurna.
Gunakan tandas yang bersih dan sempurna.
Gunakan penyepit / senduk / garfu bersih untuk mengambil makanan.
Tutup semua makanan.
Segera Dapatkan Rawatan Jika Anda Mengalami Gejala Demam Tifoid
Suntikan Anti Tifoid
Oleh kerana itu, suntikan anti Tifoid diwajibkan untuk semua pelayan, peniaga gerai, pengusaha (termasuk online), dan penghantar makanan (Grab/Foodpanda) di bawah Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Mereka yang terlibat boleh mendapatkannya di klinik, poliklinik atau pusat kesihatan dan akan diberikan kad pengesahan untuk memastikan keselamatan makanan dan mematuhi undang-undang.
Jika mana-mana individu atau pihak tidak mengambil suntikan dan melanggar undang-undang ini, arahan penutupan premis tidak lebih 14 hari akan dikeluarkan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1989.

Info Lanjut
Info lanjut mengenai penyakit Demam Tifoid ini, sila layari laman web https://infosihat.moh.gov.my/isu-semasa/50-demam-kepialu-tifoid.html.
Baca juga: Penyakit Bawaan Banjir: Jenis Penyakit & Cara Pencegahan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/demam-tifoid/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=demam-tifoid