Dekriminalisasi Dadah Bukan Nak Raih Keuntungan Politik Menteri


HARIZ MOHD


Seseorang ahli politik itu patut menceburi bidang perniagaan menjual ais krim sekiranya mereka mahu memuaskan hati semua pihak, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad hari ini

Bercakap di forum mengenai polisi dadah, Dzulkefly berkata beliau mengakui sukar untuk memperkenalkan dasar baru bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

Ini terutamanya kerana rancangan itu telah disalahfaham sebagai cubaan untuk menghalalkan penyalahgunaan dadah, katanya.

Menurut menteri kesihatan dengan memperkenalkan polisi dekriminalisasi (tidak menjadikan penagih dadah penjenayah), beliau bukan cuba untuk meraih keuntungan politik, sebaliknya berbuat demikian untuk membantu penagih dadah mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

"Saya tidak fikir para ahli politik di negara ini patut cuba untuk memuaskan hati semua orang. Satu-satunya cara anda boleh memuaskan hati semua orang adalah dengan menjual ais krim. Tetapi itu pun anda akan dapat banyak kritikan.

"Masalah (salah guna) dadah adalah isu nyata yang memberi kesan terhadap semua lapisan masyarakat di Malaysia.

"Sepanjang hidup kita, kami pasti akan kenal seseorang yang bergelut dengan masakah ketagihan dadah.

"Kerajaan bukan sahaja bertanggungjawab untuk menghentikan pengedaran dadah tetapi juga memfokuskan kempen pencegahan dadah yang berkesan dan menjadikan rawatan ketagihan dadah lebih mudah untuk diakses," katanya.

"Dasar kami mestilah berasaskan bukti, bukan berdasarkan kepercayaan atau tanggapan peribadi. Saya menggesa semua pihak untuk mendahulukan rakyat kita lebih lagi daripada politik. Ini kerana isu dadah tidak mengira kaum, agama dan parti politik. Rakyat perlu menjadi keutamaan kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada forum mengenai "Menyemak Kembali Dasar Dadah di Malaysia", yang dianjurkan oleh Universiti Malaya bersama-sama Suruhanjaya Global Mengenai Polisi Dadah.
Dzulkefly berkata sebagai menteri yang berasal daripada parti Islam, beliau sedar potensi tindak balas terhadap polisi baru itu.

Oleh yang demikian, tambah beliau lagi, itulah sebabnya ia perlu bermula dengan “penuh bijaksana dan menggunakan pendekatan berasaskan bukti".

Menjelaskan lanjut kepada media kemudian, menteri kesihatan berkata semua pihak patut menyokong rancangan nyah jenayah penagih dadah ini.

Beliau juga berkata usaha untuk memperbaharui pendekatan terhadap penyalahgunaan dadah tidak patut dikelirukan dengan tindakan menghalalkan aktiviti sedemikian.

"Jangan kelirukan isu ini. Kami bukan menghalalkan penggunaan atau penagihan dadah. Kami mengambil langkah kecil untuk reformasi dengan akhirnya memahami ketagihan dadah adalah sejenis penyakit.

"Apabila sentuh mengenai isu ketagihan, kita mesti membantu mereka kerana mereka adalah pesakit. Mereka perlu dibantu. Itulah idea disebalik dikriminalisasi.

"Jangan stigmakan mereka dengan memenjarakan mereka, jangan kurung mereka tetapi tolong mereka," katanya.

Ditanya jika terdapat tempoh waktu tetap bagi dasar baru itu akan dilaksanakan, Dzulkefly berkata mereka sedang mengambil langkah untuk melibatkan semua pihak berkepentingan.

Ia akan dilaksanakan dalam penggal pertama pentadbiran PH, katanya.

"Tentulah, itu akan jadi tempoh waktunya," jelas beliau lagi.

Pada Jun tahun lepas, Dzulkefly mengumumkan bahawa kerajaan merancang untuk berusaha untuk menghapuskan hukuman jenayah untuk pemilikan dan penggunaan dadah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/dekriminalisasi-dadah-bukan-nak-raih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penagihan Dadah Isu Kesihatan Bukan Jenayah Menteri

Penagihan Dadah Isu Kesihatan Bukan Jenayah Menteri

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 485 hits
MALAYSIAKINI Masalah penagihan dadah perlu dilihat dari sudut kesihatan sosial dan bukan ditangani melalui sistem pengadilan jenayah kata Menteri Undang undang Liew Vui Keong Liew berkata sektor kesihatan perlu dibenarkan menyelia masalah k...
Nak Jadi Menteri Kena La Tahan Lasak Bukan Cabut Tinggal Penyokong Penakut Macamana Nak Jadi Pemimpin

Nak Jadi Menteri Kena La Tahan Lasak Bukan Cabut Tinggal Penyokong Penakut Macamana Nak Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 359 hits
Saiful AnwarMasuk politik ni kena bertabah laa Kena troll kena buli kena pandai melompat pagar Kami dah lama tau nak lari dari Fru bila dia sembur air kuning kami tau nak menyorok kat masjid kami tau nak baling batu bila Fru lepa pandang be...
Takkan Nak Pakai Viva Belaka Menteri Timb Mb Kelantan Pertahan Kerajaan Negeri Beli 14 Buah Mercedes Benz

Takkan Nak Pakai Viva Belaka Menteri Timb Mb Kelantan Pertahan Kerajaan Negeri Beli 14 Buah Mercedes Benz

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 575 hits
Kerajaan negeri Kelantan pada 15 Januari 2020 mengesahkan pihaknya membeli kereta Mercedes Benz S 450 L AMG Line dengan plat pendaftaran DV1 sebagai kenderaan rasmi baharu untuk kegunaan Menteri Besar Ahmad Yakob dan ia dibeli sejak tahun 2...
Tiada Campur Tangan Politik Dalam Urusan Jual Beli Thp Mujahid

Tiada Campur Tangan Politik Dalam Urusan Jual Beli Thp Mujahid

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR 25 Jan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menegaskan bahawa beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada agensi di bawah portfolionya termasuk Lembaga Tabung Haji menjalankan urusan mereka...
Jumpa Di Mahkamah Kata Yusoff Kepada Setiausaha Politik Anwar

Jumpa Di Mahkamah Kata Yusoff Kepada Setiausaha Politik Anwar

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 171 hits
Jumpa di mahkamah kata Yusoff kepada setiausaha politik Anwar nbsp Dikemas kini 8 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Jan 2
Oso Sebut Para Pencipta Riak Riak Politik Sudah Hengkang Dari Hanura

Oso Sebut Para Pencipta Riak Riak Politik Sudah Hengkang Dari Hanura

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 162 hits
Partai Hanura resmi mengukuhkan susunan kepengurusan Dewan Pimpinan Pusat masa bakti 2019 2020 OSO kembali jabat Ketua Umum dan Gede Pasek Suardika sebagai Sekretaris Jenderal
Wapres Ma Ruf Iklim Politik Kondusif Karena Elite Nya Sudah Bergabung

Wapres Ma Ruf Iklim Politik Kondusif Karena Elite Nya Sudah Bergabung

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 166 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin lega karena situasi politik semakin kondusif selama 100 hari pertama pemerintahan Joko Widodo Ma ruf Amin Indikatornya tidak ada lagi konflik antarkelompok elite politik
Anwar Pun Sedia Jumpa Hadi Jawab Isu Susunan Politik Baru

Anwar Pun Sedia Jumpa Hadi Jawab Isu Susunan Politik Baru

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 321 hits
January 23 2020 1 22 PMPETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim juga sedia berjumpa Abdul Hadi Awang walaupun sibuk ketika ditanya pemberita mengenai susunan politik baru di Putrajaya susulan pertemuan presiden PAS dengan perdana menteri Ta...
E Tunai Rm30 Dan Politik

E Tunai Rm30 Dan Politik

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 376 hits
oleh Ab Jalil Backer 1 Program e Tunai Rakyat diperkenalkan bagi menggalakkan penggunaan e dompet dengan pemberian RM30 yang boleh ditebus melalui satu daripada tiga pengendali e dompet terpilih iaitu Grab Boost atau Touch n Go 2 Walaupun l...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two