Penagihan Dadah Isu Kesihatan Bukan Jenayah Menteri


MALAYSIAKINI



Masalah penagihan dadah perlu dilihat dari sudut kesihatan sosial dan bukan ditangani melalui sistem pengadilan jenayah, kata Menteri Undang-undang Liew Vui Keong

Liew berkata sektor kesihatan perlu dibenarkan menyelia masalah ketagihan.

"Penggunaan dadah haruslah lebih dilihat melalui sudut kesihatan sosial dan diselia melalui sektor kesihatan dan bukanlah ditangani melalui sistem pengadilan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKDM) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK).

Justeru itu, menteri menggesa kerajaan untuk mengkaji semula beberapa seksyen dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 dan penguatkuasaan perlu menumpukan pada masalah bekalan dadah serta tidak menghukum penagih.

"Beberapa seksyen dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 perlu dikaji semula untuk membetulkan pendekatan hukuman sedia (ada).
"Sebaliknya penguatkuasaan haruslah lebih tertumpu kepada aktiviti penyeludupan bekalan dadah dan bukannya menumpukan kepada menghukum terhadap pengguna bahan berkenaan semata-mata," kata Liew.

Menjelaskan lanjut, Liew berkata penggunaan dadah dan ketagihan merupakan satu kesan biologi yang rumit dan melibatkan perlbagai faktor seperti kecenderungan genetik, faktor psikologi dan pengaruh persekitaran.

Menurutnya tumpuan terhadap sudut penguatkuasaan undang-undang semata-mata bukan sahaja kurang berkesan tetapi memburukan lagi tahap kesihatan individu terbabit.
"Dominasi pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dalam menentang penggunaan dadah secara haram sahaja kurang berkesan, malah telah memburukkan lagi tahap kesihatan individu terbabit selain turut melibatkan perbelanjaan wang yang amat besar oleh kerajaan.

"Ini dapat dilihat pada kadar yang sudah keluar kembali kepada tabiat asal," katanya.

Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia Nordin Muhamad pada 12 Januari lalu berkata pihaknya yakin sistem rawatan dan pengawasan dalam komuniti lebih berkesan menangani gejala dadah berbanding hukuman penjara yang menyaksikan ramai dihukum akibat kesalahan berulang.

Nordin berkata penjara kini sesak dengan pesalah yang menjalani hukuman penjara berkaitan kesalahan dadah dan ia memakan kos yang tinggi

"Belanja sehari untuk seorang penghuni adalah sebanyak RM41 seorang. (Sedangan) sebahagian besar sebenarnya hanya perlu diletakkan bawah pengawasan saja," katanya.

Kapasiti rasmi penjara di Malaysia dapat menampung seramai 45,640 penghuni pada September 2016, namun penghuninya dalam tempoh yang sama berjumlah 55,490 orang, menurut data Jabatan Penjara Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/penagihan-dadah-isu-kesihatan-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Adun Dengkil Pegawai Khas Menteri Parti Dadah Judi Suspek Digantung Jawatan

Isu Adun Dengkil Pegawai Khas Menteri Parti Dadah Judi Suspek Digantung Jawatan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 709 hits
Terbaru pihak Polis akan menyerahkan hasil siasatan kes 17 orang termasuk ADUN PPBM kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut Sebelum ini Adiff Syan ADUN parti PPBM berbohong tentang serbuan private party yang turut melibatkan kes...
Pbs Tuntut Timbalan Menteri Kdn Letak Jawatan Berhubung Isu Pss

Pbs Tuntut Timbalan Menteri Kdn Letak Jawatan Berhubung Isu Pss

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 474 hits
Ketua Pemuda PBS Christopher Mandut berkata PSS adalah rancangan yang merosakkan dan harus ditolak KOTA KINABALU Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah Christopher Mandut hari ini menggesa Timbalan Menteri dalam Negeri Azis Jamman meletak jawatan...
Suara Menteri Pendidikan Hilang Isu Jawi

Suara Menteri Pendidikan Hilang Isu Jawi

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 517 hits
Krisis kepimpinan disebabkan polisi dasar yang dilakukan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Alif Anas Md Noor BANGI Kegagalan Dr Maszlee Malik menangani pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular memberi kesan kep...
Kenapa Menteri Tak Bersungguh Isu Jawi Seperti Tanglung

Kenapa Menteri Tak Bersungguh Isu Jawi Seperti Tanglung

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 388 hits
Tak kisah gantung di SJK tapi ini sekolah kebangsaan janganlah over 10 01 2020BANGI 14 Jamadilawal 1441H Jumaat Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah kesal apabila isu perhiasan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Puchong Selangor l...
Prihatin Sungguh Menteri Menteri Kita Isu Tanglung

Prihatin Sungguh Menteri Menteri Kita Isu Tanglung

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 606 hits
Jangan pula sebab takut hilang undi Cina sindir AminuddinBANGI Jadi sekarang kita semua sudah tahu bahawa kalau mahu menteri menteri datang melawat turunkan perhiasan perhiasan Tahun Baru Cina sindir Haji Aminuddin Yahaya Presiden gerakan I...
Lelaki Saman Bekas Tunang Perli Isu Kesihatan Puteri Balqis Terima Makian Netizen

Lelaki Saman Bekas Tunang Perli Isu Kesihatan Puteri Balqis Terima Makian Netizen

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 746 hits
Ingat lagi tak dengan kisah seorang lelaki yang viral di Twitter gara gara mahu saman bekas tunangnya dengarnya dia telah menang saman tersebut Sudah reda dengan isu tunang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ezrin Mohd Nazan 30 sekali la...
Para Menteri Mungkin Gunakan Proton Perdana Dari China

Para Menteri Mungkin Gunakan Proton Perdana Dari China

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 253 hits
Bermula dengan cadangan untuk mendapatkan Toyota Vellfire dan Honda Accord pihak kerajaan secara rasminya pada minggu lalu telah mengumumkan bakal menggunakan Proton Perdana sebagai tanda sokongan kepada jenama kereta tempatan Walau bagaima...
Jika Subsidi Elpiji 3 Kg Dicabut Menteri Teten Bakal Sebar Voucher Umkm

Jika Subsidi Elpiji 3 Kg Dicabut Menteri Teten Bakal Sebar Voucher Umkm

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 195 hits
Menteri Koperasi Usaha Mikro Kecil dan Menengah Teten Masduki mengakui pemanfaatan gas bersubsidi 3 kilogram banyak salah sasaran Program subsidi dari pemerintah itu banyak dinikmati masyarakat mampu dan kalangan pengusaha
Malangnya Rakyat Malaysia Ada Menteri Kewangan Tak Diyakini Seperti Lge

Malangnya Rakyat Malaysia Ada Menteri Kewangan Tak Diyakini Seperti Lge

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 267 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata adalah malang bagi rakyat negara ini kerana mempunyai Menteri Kewangan seperti Lim Guan Eng Bidasnya jelas Guan Eng Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan yang tidak b...
Ngo Kebajikan Banyak Membantu Rakyat Malaysia

Pakw Calculator

Remaja Malaysia Dipenjara Seumur Hidup Di Uk Taksub Alat Penukul Dan Pembunuhan

Using Predictive Analytics To Enhance Forex Market Timing For Malaysian Traders

Got Back Pain Time To Straighten Up

Banjir Rakyat Asing Di M Sia Apa Teruk Sangat K Jaan Ni

Speed Read The New Royal Enfield Bear 650 Scrambler And More

Tips Memasak Sayur Supaya Lebih Sedap Dan Berkhasiat


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


7 Sunnah Bayi Baru Lahir Hingga Usia 7 Hari

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo