Takkan Nak Pakai Viva Belaka Menteri Timb Mb Kelantan Pertahan Kerajaan Negeri Beli 14 Buah Mercedes Benz



Kerajaan negeri Kelantan pada 15 Januari 2020 mengesahkan pihaknya membeli kereta Mercedes Benz S 450 L AMG Line dengan plat pendaftaran DV1 sebagai kenderaan rasmi baharu untuk kegunaan Menteri Besar, Ahmad Yakob dan ia dibeli sejak tahun 2019

Terdahulu, viral di media sosial gambar kereta tersebut yang mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan Kerajaan Negeri Kelantan membeli kereta itu pada harga lebih RM600,000. 
Pemimpin Amanah, Husam Musa, kemudian menuntut penjelasan dari kerajaan negeri mengenai pembelian kereta itu sama ada dibeli menggunakan wang bayaran tunai petroleum yang disalur oleh kerajaan pusat atau menggunakan sumber lain. 
25 Disember 2019, Kelantan menerima bantuan 'one-off' berjumlah RM400 juta dari kerajaan pusat untuk kegunaan meningkatkan sosio-ekonomi, kesejahteraan rakyat dan mengukuhkan fiskal kewangan negeri. 
Pejabat Menteri Besar Kelantan kemudian tampil memberi penjelasan berikut: 
"...kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yagn digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal iaitu DV 1 di kenderaan rasmi baru yang mana telah mendapat ampun perkenan Tuanku," kata kenytaan itu. 
Turut tampil memberi penjelasan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah yang mendedahkan kereta Mercedes Benz itu turut dibeli untuk kegunaan barisan exco dan setiausaha kerajaan negeri dengan jumlah sebanyak 14 buah. 
"Ya, memang semua exco, menteri besar dan saya sendiri kini menggunakan kereta Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi. Namun kapasiti enjin yang berlainan. 
"Kita beli kereta baru memandangkan kebanyakan kereta sudah digunakan lebih 10 tahun dengan ada exco yang berhenti selepas pilihan raya umum (PRU) membeli kenderaan rasmi yang mereka gunakan," katanya. 
Tambahnya lagi, pembelian kereta mewah itu dibuat untuk mementingkan keselamatan dan kos penyelenggaraannya lebih jimat berbanding kereta lama jenis Proton Perdana yang digunakan. 
Namun Mohd Amar tidak mengetahui harga sebuah kereta mewah itu kerana ia diuruskan oleh bahagian kewangan. Beliau hanya tahu kerajaan mendapat diskaun hampir 50 peratus. 
Katanya, semasa Kelantan di bawah pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar negeri itu sudah menggunakan kereta jenama mewah itu. Jadi, adalah tidak wajar penggunaan kenderaan mewah itu dikecoh-kecohkan. 
"Takkan nak pakai Viva belaka (semua) menteri?" katanya yang juga menjadikan Rasullah sebagai contoh di mana Rasullah menggunakan unta yang hebat semasa menjadi pemimpin dulu, dikenali sebagai al-Qaswa, yang dianggap paling hebat, paling mahal dan paling laju pada zaman tersebut. 
"Kena paham, kena reti barang-barang lagu tu, bukan nak beragah (menunjuk/sombong), bukan nak mewah. Demo (kamu) kalau ada pitih (duit) tak nak pakai Merc? Tak nak pakai Merc ke? Sama saja, bukan nak mewah. Ini hak milik kerajaan, kena fahamlah," katanya. 
Bagaimanapun, netizen menunjukkan reaksi kurang senang dengan kenyataan itu. 




Sumber: MalaysiaKini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/01/takkan-nak-pakai-viva-belaka-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Faktor Keselamatan Jadi Alasan Kerajaan Kelantan Beli Mercedes Benz

Faktor Keselamatan Jadi Alasan Kerajaan Kelantan Beli Mercedes Benz

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 656 hits
Polemik pembelian kereta Mercedes Benz bagi kegunaan kerajaan Kelantan nampaknya belum berakhir Dalam satu kenyataan terbaru pemilihan kenderaan mewah tersebut adalah dibuat berdasarkan faktor keselamatan Loading Itu adalah alasan yang dibe...
Rakyat Kelantan Terluka Kerajaan Negeri Beli Merc

Rakyat Kelantan Terluka Kerajaan Negeri Beli Merc

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 548 hits
TINDAKAN kerajaan Kelantan membeli 14 kereta Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi bukan saja melukakan perasaan rakyat Sebaliknya Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Datuk Husam Musa berkata ia menunjukkan sikap hipokrit pemimpin di negeri it...
Sah Kelantan Beli Mercedes Benz Baru Untuk Mb

Sah Kelantan Beli Mercedes Benz Baru Untuk Mb

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 874 hits
Kereta mewah jenama Mercedes Benz dipercayai kenderaan rasmi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob tular di laman sosial Kenderaan model terbaharu itu dipercayai bernilai hampir RM700 000 ditempah sejak tahun lalu dan mula digunakan tahu...
Hahaha Pemimpin Islam Nak Tunjuk Hebat Kena Naik Mercedes Tapi Kerajaan Yang Beli

Hahaha Pemimpin Islam Nak Tunjuk Hebat Kena Naik Mercedes Tapi Kerajaan Yang Beli

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 499 hits
Sirah Rasulullah dan kehidupan salah seorang pembesar Islam itu kisah yang dipetik Timbalan Menteri Besar Kelantan semasa memberikan justifikasi terhadap pembelian kereta Mercedes Benz oleh kerajaan negeri baru baru ini Menurut Mohd Amar Ab...
Mercedes Boleh Beli Bonus Kau Sapu Utang Bila Nak Bayar Islam Ajar Macam Tu Kah

Mercedes Boleh Beli Bonus Kau Sapu Utang Bila Nak Bayar Islam Ajar Macam Tu Kah

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 721 hits
Nizam Aka Yang kau orang sibuk sibuk rembat Bonus RM50 000 tu hutang Harakah dah bayar atau belum Bayarlah hutang tu sebab syarikat yang kamu tak bayar hutang tu juga syrikat Melayu beragama Islam Takkan Islam nak tindas Islam kot Kalau ras...
Isu Kereta Mercedes Sultan Melaka Tampil Pertahan Mb Kelantan

Isu Kereta Mercedes Sultan Melaka Tampil Pertahan Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 831 hits
Foto FacebookAku setuju tiada masalah pun nak kritik Kerajaan Kelantan tetapi jangan jadikan ia isu peribadi dan mengutuk peribadi MB Kelantan yang semua orang tahu adalah seorang yang baik Rumahnya biasa Kenderaan peribadinya juga biasa Se...
Polis Kelantan Siasat Kes Dua Mercedes Benz Berlumba

Polis Kelantan Siasat Kes Dua Mercedes Benz Berlumba

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 498 hits
N FAIZAL GHAZALI Polis Diraja Malaysia Kelantan mengesan dua pemandu kereta mewah jenis Mercedes Benz yang didakwa terlibat dalam perlumbaan haram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor Kota Bharu pada Jumaat lalu Ia susulan penularan video be...
Kerajaan Kelantan Boleh Kot Bantu Beli Kerusi Roda Kan

Kerajaan Kelantan Boleh Kot Bantu Beli Kerusi Roda Kan

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 307 hits
Nur Amni Zahra Khairul Azmi murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Jeram adalah normal cuma mengalami masalah ukuran kaki tidak seimbang yang menyebabkannya kadang kala terpaksa merangkak untuk bergerak Saya terpaksa mendukungnya setiap hari u...
Kadir Jasin Menteri Ph Jangan Mengidam Mercedes Pulak

Kadir Jasin Menteri Ph Jangan Mengidam Mercedes Pulak

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 250 hits
Cerita Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob dan ahli majlis kerja membeli kenderaan rasmi jenis Mercedes Benz dengan harga dikatakan sampai RM700 000 sebuah tular di media arus perdana dan media sosial sejak beberapa hari lalu Khabarnya ramai...
Vokalis Wanita Tendang Kepala Penonton

Dua Lelaki Ditahan Kes Bunuh Wanita Di Hotel Bajet

Terowong Genting Sempah Pertama Di Malaysia

9 Ditahan Dalam Pesta Minum Arak Parti Buih

Cahaya Misteri Muncul Di Langit Malam

Drama Melayu 2025

Pendedahan Chegu Bard Bikin Madani Goyah

Yoursay Kudos To Nik Nazmi For Speaking Up But Where S Anwar


echo '';
Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Buasir Otak Tv Tahun Apa Orang Tak Sambut Be Like

Kena Tahan Rupanya Patutlah Dia Tiada Selama Ini

Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

Majlis Spread The Love Anjuran Pertubuhan Amal Cahaya Ikhlas

Penat Dengan E Invois

4 Who Died After Pinkfish Concert Believed To Have Taken Ecstasy Say Cops