Dekorasi Sambutan Krismas Dan Hukum Sambut Krismas Dalam Islam



25 Disember merupakan hari sambutan Hari Krismas (Christmas Day) atau Hari Natal yang diraikan oleh penganut Kristian. Di Malaysia, Hari Krismas merupakan hari cuti umum kerana penganut Kristiana merupakan penganut agama ketiga terbesar di Malaysia.
Amalan Perayaan Sambutan Krismas di MalaysiaAntara aktiviti tradisi sambutan Hari Krismas adalah seperti menghias pokok Krismas, bertukar-tukar hadiah, menghadiri aktiviti di gereja, menziarahi keluarga serta sahabat-sahabat karib dan makan beramai-ramai dengan keluarga dan saudara-mara

baca juga : hukum mengucapkan merry christmas

Meriah dekorasi sambutan krismas di Shopping Mall. Selain kemeriahan dekorasi sambutan krismas, sana sini rancak dengan sale perayaan Krismas dan juga sale hujung tahun. Nipis poket kalau sana sini membeli

Sambil cuci mata, cuci poket, kita ambillah gambar sedas dua. 
Dekorasi Sambutan Krimas IKEA CherasDekorasi Sambutan Krismas Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Dekorasi Sambutan Krismas IOI City Mall PutrajayaHukum sambut Krismas dalam IslamSetiap kali perayaan Krismas atau agama lain disambut, persoalan yang sering berlegar di kalangan umat Islam di Malaysia ialah apakah hukum mengucapkan ucapan selamat Hari Krismas/Merry Christmas

Menurut pandangan Mutfi Wilayah Persekutuan : 
Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. 
Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Ini selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 tahun 2007 yang berbunyi :
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Beberapa garis panduan daripada Mufti Wilayah Persekutuan sebagai pedoman kita :
Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar. Adapun memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan Krismas, kami melihat tidak ada keperluannya dan tidak boleh dilakukan.Ucapan tersebut hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik, tiada paksaan dalam agama dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain.Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah kerana Rasulullah S.A.W sendiri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam. Saidina Umar juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang bukan Muslim. Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan :Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnyaLihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38 :
Diharamkan untuk memberi hadiah berupa arak dan perkara yang tidak diizinkan syarak.
Kami telah mengulas hukum menghadiahkan arak kepada non Muslim di sini : http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2653-al-kafi-838-hukum-menghadiahkan-arak-kepada-non-muslim

Namun tidak boleh diniatkan pemberian itu sempena perayaan mereka, untuk mengeluarkan diri daripada larangan memberi hadiah kepada orang kafir semasa perayaan mereka. Niatkanlah secara umum untuk memberikan hadiah. Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat.
Dibolehkan untuk hadir ke majlis orang bukan Islam sekiranya ianya diadakan di luar rumah ibadat seperti di dewan orang ramai, padang, pejabat atau rumah, untuk tujuan yang berkait dengan adat seperti jamuan makan yang dihidangkan makanan yang halal. Sekiranya majlis tersebut diadakan dalam rumah ibadat pada hari perayaan, maka makruh bagi orang Islam untuk menghadirkan diri. Diriwayatkan bahawa Umar R.A berkata:Janganlah kalian menemui orang-orang Musyrik di gereja-gereja (tempat ibadah) mereka pada hari raya mereka, kerana kemurkaan (Allah) turun kepada mereka.—Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan (9/234) dan Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (1609))

Tegahan ini menurut Ibn Muflih bersifat makruh dan bukannya haram.—Rujuk al-Adab al-Syar’iyyah, 3/432

Umat Islam disarankan untuk menghormati dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan jadikanlah hari cuti perayaan ini sebagai waktu untuk mengeratkan perpaduan di kalangan kita. 
Hormatilah perbezaan budaya yang ada di kalangan kita dan jadikanlah perbezaan ini sebagai satu kekuatan unik rakyat Malaysia yang majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya.

Sumber rujukan :
1. https://www.history.com/topics/christmas/history-of-christmas
2. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2099-bayan-linnas-siri-ke-81-hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-mereka-yang-beragama-kristian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/12/sambutan-hari-krismas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tidak Saya Ampunkan Dituduh Terpesong Sebab Sambut Krismas Nourul Depp Tak Maafkan Netizen Mengata

Hiburan Tidak Saya Ampunkan Dituduh Terpesong Sebab Sambut Krismas Nourul Depp Tak Maafkan Netizen Mengata

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 115 hits
Baru baru ini penyanyi Nourul Depp dikritik warganet kerana dikatakan telah menyambut Hari Krismas Walau bagaimanapun menurut penyanyi itu sambutan yang diadakan bukanlah sempena Hari Krismas sebaliknya untuk meraikan ibu bapa mentuanya yan...
Kuliah Di Tangguh Bukan Kerana Sekat Islam Tetapi Penceramah Orang Politik Yang Boleh Menggugat Keharmonian

Kuliah Di Tangguh Bukan Kerana Sekat Islam Tetapi Penceramah Orang Politik Yang Boleh Menggugat Keharmonian

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 204 hits
KUANTAN Kenyataan kononnya Kerajaan Pahang menyekat kuliah agama di negeri ini adalah keterlaluan dan tidak masuk dek akal Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli 51 ketika dihubungi hari ini Beliau mengulas isu k...
Apa Motif Kenyataan Adu Domba Bukan Melayu Bukan Islam Presiden Pas

Apa Motif Kenyataan Adu Domba Bukan Melayu Bukan Islam Presiden Pas

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 123 hits
K PRAGALATHKenyataan adu domba Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang kebelakangan ini seolah olah mahu mengekalkan suhu panas politik negara biar pun Pilihan Raya Umum ke 15 telah lebih sebulan berlalu Seorang penganalisa politik profesor p...
Jangan Sekat Islam Disebar Kerana Berbeza Fahaman Politik Muhyiddin

Jangan Sekat Islam Disebar Kerana Berbeza Fahaman Politik Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 174 hits
agendaily comPengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang baharu beberapa hari memerintah diharap tidak menyekat atau mengekang penyebaran dan pengajaran agama Islam di negara ini ...
Tangguh Kuliah Orang Politik Di Masjid Bukan Bermakna Kerajaan Sekat Islam

Tangguh Kuliah Orang Politik Di Masjid Bukan Bermakna Kerajaan Sekat Islam

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 205 hits
KUANTAN Tindakan menangguhkan kuliah Maghrib yang melibatkan seorang pemimpin Perikatan Nasional yang sepatutnya diadakan di Masjid As Sobirin Felda Jengka 4 di Maran baru baru ini adalah satu keputusan yang bijak bagi mengembalikan keharmo...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul