Jangan Sekat Islam Disebar Kerana Berbeza Fahaman Politik Muhyiddin


agendaily.com
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (PH-BN) yang baharu beberapa hari memerintah diharap tidak menyekat atau mengekang penyebaran dan pengajaran agama Islam di negara ini semata-mata disebabkan perbezaan fahaman politik.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menggesa pihak berkuasa berkaitan tidak mengambil tindakan terhadap pendakwah dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid, semata-mata kerana berlainan fahaman politik.

“Saya telah membaca berita berkenaan beberapa orang pendakwah terkenal yang dilarang memberi ceramah di masjid dan juga di televisyen. Ada juga yang video Tik Tok ceramah mereka disekat.

“Saya juga melihat video yang viral berkenaan AJK beberapa masjid di Pulau Pinang yang meletak jawatan kerana mendakwa terdapat campur tangan daripada kerajaan negeri berkenaan kedudukan mereka yang telah dipilih oleh ahli-ahli kariah

“Saya berharap pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap para pendakwah dan AJK masjid semata-mata kerana berlainan fahaman politik.

“Pihak berwajib yang mentadbir urusan agama Islam tidak seharusnya mengekang penyebaran dan pengajaran Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah secara ketat sehingga menafikan orang Islam menimba ilmu di tempat perhimpunan orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan malam ini (26 Disember 2022).

Beliau berkata demikian susulan tindakan pihak berkaitan yang melarang penceramah agama, khususnya yang mengkritik kerajaan PH-BN, diharamkan daripada mengajar agama Islam sama ada di masjid atau melalui televisyen.

Difahamkan, kerajaan baharu Malaysia bertindak demikian susulan pengaruh kuat pendakwah berkenaan sehingga PH dan BN menghadapi masalah ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dan bekas Perdana Menteri juga berharap pihak pengurusan masjid dibenarkan menguruskan masjid mereka sendiri.

“Demikian juga pengurusan masjid yang dibuat dengan memilih AJK secara demokratik oleh ahli-ahli kariah tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah Islam menguruskan masjid mereka sendiri.

“Saya tahu ramai pihak berpengaruh termasuk pendakwah bebas dan artis terkenal yang memberikan sokongan terbuka kepada Perikatan Nasional dalam PRU-15 yang lalu.

“Ada juga pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Ini adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi.

“Selepas PRU selesai, seeloknya tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik. Barulah boleh dikatakan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/jangan-sekat-islam-disebar-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekat Pendakwah Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin

Sekat Pendakwah Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 321 hits
Muhyiddin meminta supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap ahli jawatankuasa masjid yang berlainan fahaman politik Ini kerana pemilihan pengurusan masjid yang dibuat secara demokratik oleh ahli ahli kariah tidak harus dipolit...
Kuliah Di Tangguh Bukan Kerana Sekat Islam Tetapi Penceramah Orang Politik Yang Boleh Menggugat Keharmonian

Kuliah Di Tangguh Bukan Kerana Sekat Islam Tetapi Penceramah Orang Politik Yang Boleh Menggugat Keharmonian

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 295 hits
KUANTAN Kenyataan kononnya Kerajaan Pahang menyekat kuliah agama di negeri ini adalah keterlaluan dan tidak masuk dek akal Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli 51 ketika dihubungi hari ini Beliau mengulas isu k...
Tangguh Kuliah Orang Politik Di Masjid Bukan Bermakna Kerajaan Sekat Islam

Tangguh Kuliah Orang Politik Di Masjid Bukan Bermakna Kerajaan Sekat Islam

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 324 hits
KUANTAN Tindakan menangguhkan kuliah Maghrib yang melibatkan seorang pemimpin Perikatan Nasional yang sepatutnya diadakan di Masjid As Sobirin Felda Jengka 4 di Maran baru baru ini adalah satu keputusan yang bijak bagi mengembalikan keharmo...
Tiada Kaitan Jual Menara Kl Zuraida Perlu Berundur Jangan Sekat Pendak

Tiada Kaitan Jual Menara Kl Zuraida Perlu Berundur Jangan Sekat Pendak

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 274 hits
1 Keputusan jual Menara KL tiada kaitan dengan kementerian Annuar Musa 2 Berundur dari politik Sng beritahu Zuraida 3 Beri ruang peluang pada Anwar tadbir negara Adly 4 Perpaduan tak ikut petunjuk Allah adalah haram Hadi 5 Itu hak mereka ja...
Kait Melayu Dengan Politik Islam Seolah Cabar Perlembagaan

Kait Melayu Dengan Politik Islam Seolah Cabar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 278 hits
V AnbalaganPETALING JAYA Seorang peguam berkata pandangan pemimpin pembangkang bahawa politik Melayu Muslim cenderung dikaitkan dengan Islam disifatkan memberi cabaran langsung kepada Perlembagaan Persekutuan Syed Iskandar Syed Jaafar berka...
Jangan Sekat Demokrasi Dalam Umno Ujar Nazri Aziz

Jangan Sekat Demokrasi Dalam Umno Ujar Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 465 hits
satuberita myBy December 24 2022MANA mana pihak atau individu tidak seharusnya menyekat amalan demokrasi yang telah lama subur dalam UMNO kata Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Menurut Mohamed Nazri sebag...
Amanat Tahun Baharu Ketepikan Fahaman Politik Sultan Selangor Tengku Permaisuri

Amanat Tahun Baharu Ketepikan Fahaman Politik Sultan Selangor Tengku Permaisuri

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 313 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar setiap ahli masyarakat mengetepikan fahaman politik dan perbezaan luaran sempena tahun baharu 2023 Baginda berdua dalam ...
Mufti Tegur Anak Muhyiddin Priest Bukan Gelaran Dalam Islam Boleh Dianggap Syubhah

Mufti Tegur Anak Muhyiddin Priest Bukan Gelaran Dalam Islam Boleh Dianggap Syubhah

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 343 hits
Umat Islam dinasihat agar mengelak diri masing masing daripada terlibat dengan tindakan yang boleh disalah faham atau dikaitkan dengan agama lain Walaupun pada asasnya sesuatu tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai syubhah Mufti Pulau P...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo

Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599