Daun Kari 11 Kelebihan Dan Khasiatnya


Para suri rumahtangga mesti dah kenal dengan daun kari ni kan. Boleh dikatakan salah satu bahan yang wajib ada dekat rumah. Lebih-lebih lagi kalau nak masak kari. Daun kari ni wajib ada dalam masakan. Barulah wangi masakan kita tu nanti


PengenalanPokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae. Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter

Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney, muruku dan sebagainya

Cara Tanam Pokok KariJuju akui memang agak sukar juga nak tanam pokok kari ni memandangkan ianya perlukan air yang banyak. Pernah sekali Juju tanam dalam cawan dengan air yang bersesuaian. Mulanya menjadi sebab keluar pucuk baru. Tapi bila Juju pindahkan ke tanah sayangnya pokok ini mati. Penyudahnya Juju beli je benih dekat pasar malam. Kebetulan ada yang jual benih pokok kari ni. Alhamdulillah subur hingga ke hari ini

Tipsnya kena rajin semburkan racun penghalau serangga seperti Milagro. Sebab ada serangga yang suka makan daun kari ni. Once pokok ni dah nampak sihat dan subur, bolehlah jaga seperti biasa. Kena rajin juga cantas bahagian atas. Nanti akan tumbuh pucuk yang baru

Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan

11 Khasiat Daun Kari1. Mencegah penyakit jantungDaun kari mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Sifat ini dapat mencegah proses pengoksidaan kolesterol yang akan membentuk kolesterol LDL, atau lebih mudah dikenali sebagai ‘kolesterol buruk’. Seterusnya, kadar ‘kolesterol baik’ (kolesterol HDL) dapat ditingkatkan lantas menurunkan risiko beban penyakit seperti strok dan serangan jantung. Selain mengawal paras kolesterol, daun kari juga berpotensi menghalang pengumpulan lemak dan keradangan (faktor risiko penyakit jantung)

*Kolesterol HDL (baik) mengeluarkan kolesterol dari salur darah dan membawanya kembali ke organ hati

*Kolesterol LDL (buruk) cenderung untuk melekat pada dinding salur darah dan menjadikannya sempit/tersumbat


2. Mengawal paras gula dalam darahKajian yang dijalankan terhadap pesakit kencing manis mendapati daun kari mempunyai kandungan kimia yang boleh menurunkan paras gula dalam darah. Kebaikan ini dipercayai terhasil daripada fungsi daun kari dalam meningkatkan penghasilan insulin serta menjadikan kadar pengambilan glukosa dari dalam darah oleh sel badan semakin tinggi. Melalui kebaikan ini, risiko komplikasi diabetes seperti masalah buah pinggang juga dapat dikurangkan

3. Melindungi organ hatiDi dalam tubuh badan manusia, hati berfungsi sebagai tempat untuk meneutralkan toksik. Dalam bahasa yang mudah, bahan toksik (seperti yang berasal daripada ubat-ubatan) akan dibawa ke hati terlebih dahulu untuk dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing. 
Daun kari berpotensi untuk melindungi hati daripada toksik terutamanya dalam tubuh individu yang sering mengambil minuman beralkohol. Ia mengekalkan paras antioksida dan menguatkan sel dalam hati

4. AntibakteriaMinyak pati (essential oil) daripada daun kari mampu menghalang pertumbuhan bakteria. Kesan antibakteria daun kari ini masih kuat walaupun pada kadar kepekatan yang rendah. Selain itu, ia juga mampu mencegah pertumbuhan kulat

5. Anti PenuaanPenyakit Alzheimer adalah gangguan progresif yang mengakibatkan fungsi sel-sel otak merosot. Ekstrak daun kari didapati berpotensi untuk meningkatkan kesihatan saraf otak kerana sifatnya yang menghalang proses pengoksidaan. Di samping itu, kajian terhadap model haiwan pula mendapati daun kari menambah baik fungsi kognitif berikutan peningkatan skor daya ingatan

6. Membantu penghadamanDaun kari dengan kandungan serat yang tinggi dapat mencegah masalah penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, mual, serta kembung perut. Satu sudu makan serbuk kari mengandungi 1.2 gram serat, lebih kurang bersamaan dengan kandungan serat dalam sebatang lobak merah

7. Mencegah anemia (kekurangan darah merah)Salah satu punca kepada masalah anemia ialah kekurangan zat besi yang berfungsi untuk menghasilkan hemoglobin di dalam darah. Daun kari kaya dengan kandungan mineral ini dan dapat membantu meningkatkan jumlah sel darah merah

Kandungan zat besi dalam satu sudu makan serbuk kari bersamaan dengan nilai zat besi dalam satu cawan sayur bayam, iaitu salah satu sayuran yang menjadi pilihan terbaik untuk mencegah masalah kurang sel darah merah

8. Mencegah kanserSeperti tumbuh-tumbuhan yang lain, daun kari juga kaya dengan kandungan bahan biologi aktif yang dapat memberi manfaat kepada tubuh badan. Kesan antioksida daun kari didapati berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara. Selain itu, ekstraknya juga mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kadar neoplasma dalam usus besar

*Neoplasma: Pertumbuhan tisu yang tidak normal dan berlebihan, mengakibatkan ketumbuhan dan kanser

9. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapiRawatan anti-kanser seperti kemoterapi mempunyai beberapa kesan sampingan. Sebagai contoh, pesakit mungkin akan mengalami loya dan muntah, keletihan serta radang mulut. Ekstrak daun kari didapati dapat mengurangkan risiko kesan-kesan sampingan ini. Selain itu, daun kari juga berupaya melindungi kromosom (molekul DNA) daripada sebarang kerosakan dan menghentikan penghasilan radikal bebas dalam badan

10. Membantu penyembuhan lukaProses penyembuhan luka adalah rumit dan melibatkan banyak proses biokimia dan proses lain di peringkat sel. Melalui kajian ke atas model haiwan, daun kari berupaya meningkatkan regangan luka dan merangsang penghasilan kolagen. Hal ini membantu luka untuk sembuh dengan lebih baik dan cepat

11. Meningkatkan kesihatan rambutPati daun kari di dalam minyak kelapa berpotensi menguatkan akar rambut. Ia seterusnya melewatkan proses rambut memutih menjadi uban di samping merangsang pertumbuhan rambut.  Selain itu, kekayaan nilai antioksida dalam daun kari turut membantu mencegah keguguran rambut dan kelemumur

Rumusan
Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan daun kari. Semuanya baik untuk kesihatan. Macam tu juga dengan resepi. Ada resepi udang buttermilk, ayam goreng ala mamak dan ada juga yang masak cornflake dengan daun kari. Sedap tau cornflake tu. Ralit makannya. Sedar-sedar dah habis

Rujukan:1/ Wikipedia2/ Root of Science

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kasihjuju.com/2023/06/khasiat%20daun%20kari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Hari Arafah Dan Hari Raya Aidiladha

Kelebihan Hari Arafah Dan Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 274 hits
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim daripada Umar bin al Khattab RA terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya Wahai pemimpin orang yang beriman Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi su...
Hari Tasyrik Pengertian Amalan Fadilat Kelebihan

Hari Tasyrik Pengertian Amalan Fadilat Kelebihan

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 406 hits
HARI TASYRIK PENGERTIAN AMALAN FADILAT KELEBIHAN Rasulullah SAW bersabda Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum Hari hari Tasyrik 2023 jatuh pada 3 hari berikut 30 jun 1 2 Julai 2023 bersamaan 11 12 dan 13 Zulhijjah 1444H Tahukah an...
Ruginya Kalau Sebagai Ibu Kalian Tak Kelebihan Ini Untuk Sentiasa Doakan Anak Anak

Ruginya Kalau Sebagai Ibu Kalian Tak Kelebihan Ini Untuk Sentiasa Doakan Anak Anak

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 419 hits
Ruginya kalau sebagai ibu kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak anak Doa ibu itu tiada hijabnya Setiap hari tak kira pagi atau malam ambil peluang berdoa untuk anak anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hay...
Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir

Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 329 hits
Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir Islam itu indah dan mudah tidak pernah menyusahkan dan membebankan buat umat Islam dalam banyak perkara termasuk dalam bab solat yang menjadi kewajipan untuk ditunaikan Solat Jamak dan Qa...
Kelebihan Racun Perosak Organik Untuk Tanaman Anda

Kelebihan Racun Perosak Organik Untuk Tanaman Anda

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 300 hits
Anda mungkin sudah biasa mendengar tentang makanan organik tetapi bagaimana pula dengan racun perosak organik Apakah ia dan apa kelebihannya untuk tanaman anda Apa itu racun perosak organik Racun perosak organik adalah racun makhluk perosak...
Kalau Anak Susah Tidur Bagi Dia Main Tanah Doktor Kongsi Banyak Kelebihan Bila Anak Bermain Tanah

Kalau Anak Susah Tidur Bagi Dia Main Tanah Doktor Kongsi Banyak Kelebihan Bila Anak Bermain Tanah

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 346 hits
Segelintir anak anak zaman sekarang memang kurang terdedah dengan alam seperti tanah disebabkan ibu ayah sibuk bekerja dan juga faktor rumah yang bertingkat Sebenarnya banyak manfaat yang boleh diperolehi jika anak anak kita kerap terdedah ...
Masak Kari Tulang Rusuk Lembu

Masak Kari Tulang Rusuk Lembu

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 223 hits
Assalamualaikum WBTKENYANG makan Sk tak bercadang untuk makan tengahari di luar jugak Cadangnya masak sendiri jer di rumah dan masak lambat sikit tunjuklah rajin sekali sekala hahahaha Teringatlah ada tulang dalam peti ais masak kari pun se...
Resepi Tempoyak Udang Daun Kunyit

Resepi Tempoyak Udang Daun Kunyit

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai pembaca semua Sekarang ni tengah musim durian sana sini ada sahaja gerai durian tumbuh bagaikan cendawan Resepi Tempoyak Udang DaunTempoyak Durian Sedap Di Masak Apa Tempoyak durian memang kesukaan Bon...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

Apple Dilaporkan Teroka Pengeluaran Iphone Di Indonesia

Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Peluang Untuk Peneroka Felda Tambah Pendapatan

Les Violettes School Complex A Nature Inspired Learning Environment By Hemaa

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Sim Pans Hypocrite Pas For Opposing Non Muslim Affairs Minister Idea

Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

Modul Karangan Spm Pasca Pkp