Hari Tasyrik Pengertian Amalan Fadilat Kelebihan


HARI TASYRIK : PENGERTIAN, AMALAN & FADILAT / KELEBIHAN
Rasulullah SAW bersabda : “Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.” (HR Muslim (1141)
Hari-hari Tasyrik 2023 jatuh pada 3 hari berikut – 30 jun, 1 & 2 Julai 2023 bersamaan 11,12 dan 13 Zulhijjah 1444H.
Tahukah anda apakah maksud hari ini dan signifikannya dalam Islam?
Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.
Pengertian Hari Tasyrik Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalendar Islam Hijrah.
Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah.
Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontarkan anak batu kepada syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua-dua Nabi besar itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Umat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga sebelum masuk waktu Maghrib hari tersebut.
Takbir raya tidak semestinya dilaungkan di masjid sahaja mahupun selepas setiap waktu solat. Umat Islam digalakkan melaungkan lafaz takbir ini (pada masa-masa yang disunatkan/dibenarkan) di mana-mana sahaja.
Di dalam kenderaan, waktu sedang memandu, di dalam rumah, waktu sedang menguruskan hal-hal kerja, bersantai, di jalanan ketika waktu pergi ke masjid atau surau dan di mana-mana sahaja mereka berada dan teringat hendak bertakbir.
Mereka tidak perlu menunggu sampai di surau dan selepas solat baru hendak bertakbir.
Berbeza dengan Takbir Raya AidilFitri, Takbir Raya AidilAdha ini boleh dilaungkan hingga selepas solat Asar pada hari terakhir Hari Tasyrik, iaitu 13 Zulhijjah.
Antara amalan yang boleh dilakukan pada 3 hari ini adalah :
MEMPERBANYAKKAN SYUKUR NIKMAT MEMPERBANYAKKAN DOA DAN ZIKIR MENINGKATKAN TAAT DAN TAKWA Larangan Berpuasa Pada hari-hari Tasyrik, umat Islam (Muslim) sama sekali diharamkan untuk melakukan ibadat puasa, ini kerana Hari Tasyrik juga membawa maksud “Hari Makan Minum”.
Hadis Rasulullah yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: ”Rasulullah bersabda: ”Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Ikuti video penerangan berikut:
AMALAN SUNAT UNTUK DIAMALKAN DI PAGI HARI RAYA AIDILADHA Pada waktu pagi hari raya Aidul Adha ini, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya:
1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5. Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
8. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.
TAKBIR
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.
IBADAH KORBAN
Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HIKMAH AIDIL ADHA
1. Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
2 Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
WALLAHU A’LAM…SEMOGA DAPAT DIMANFAATKAN.
Sumber : JAKIM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hari-tasyrik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hari-tasyrik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Di Bulan Zulhijjah Hari Arafah

Amalan Di Bulan Zulhijjah Hari Arafah

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 262 hits
Alhamdulillah Sudah tiba bulan Zulhijjah Jadi ada apa dengan 10 hari pertama Bulan Zulhijah Manakala kelebihan hari Arafah Arafah maksudnya pertemuan atau pengenalan Wukuf maksudnya berhenti Wukuf di arafah berhenti di padang pertemuan Wuku...
4 Amalan Penting Sewaktu Hari Arafah Perkongsian Dari Ustazah Asma Harun

4 Amalan Penting Sewaktu Hari Arafah Perkongsian Dari Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 183 hits
Menarik untuk saya kongsikan 4 amalan penting sewaktu Hari Arafah perkongsian dari Ustazah Asma Binti harun di facebook Di dalam bulan Zulhijjah ini terdapat satu hari yang dikatakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT iaitu har...
Kelebihan Hari Arafah Dan Hari Raya Aidiladha

Kelebihan Hari Arafah Dan Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 244 hits
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim daripada Umar bin al Khattab RA terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya Wahai pemimpin orang yang beriman Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi su...
Hiburan Buat Anak Sendiri La Bro Wanita Sindir Sambut Hari Bapa Bersama Anak Tiri Caprice Tak Diam Diri

Hiburan Buat Anak Sendiri La Bro Wanita Sindir Sambut Hari Bapa Bersama Anak Tiri Caprice Tak Diam Diri

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 203 hits
Penyanyi Caprice baru baru ini tidak ketinggalan menyambut sambutan Hari Bapa yang diraikan pada tanggal 18 Jun lalu Menerusi media sosial penyanyi lagu Baby Sayang ini dia dilihat memberikan ucapan Hari Bapa kepada semua insan bergelar bap...
Kuih Hari Jumaat

Kuih Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 312 hits
Kuih cara manis aka kuih hari jumaat kak rose kuih ni kak rose buat pada ahri jumaat lepas untuk potluck masa bacaan Surah Al Kahfi di mesjid Al Huda dulu masa kak rose masih tinggal di shah alam memag ini lah rutin mingguan kami selain dar...
Arab Saudi Umum Hari Wukuf Pada 27 Jun

Arab Saudi Umum Hari Wukuf Pada 27 Jun

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 191 hits
KERAJAAN Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji adalah pada Selasa 27 Jun ini sementara Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Rabu 28 Jun Perkara itu dinyatakan Ketua Rombongan Haji Malaysia Syed Saleh Syed Abdul Ra...
Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

The Oven Of Elfarion A Spanish Folk Tale That Will Warm Your Heart And Fill Your Stomach

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk