Masak Kari Tulang Rusuk Lembu


 Assalamualaikum WBT
KENYANG makan Tosai Rawa di Ashoka, Sk tak bercadang untuk makan tengahari di luar jugak. Cadangnya masak sendiri jer di rumah, dan masak lambat sikit, tunjuklah rajin sekali-sekala, hahahaha. Teringatlah ada tulang dalam peti ais, masak kari pun sedap sebab tuari kan dah tersalah masak. Kisahnya, masa tu Pak Inche beli tulang minta masak kari, tapi Sk terlupa pergi masak sup. Jadi, mehlah kita tunaikan janji yang dah berbulan-bulan tak dicapati ditepati, hehehehe.
Itupun dah dekat pukul 12 baru teringat nak merendam (defrost) tulangnya, padahal dah pergi dapur nak rendam tulang, tapi lain yang dibuat. Lepas tu, boleh sedap-sedap landing tengok k-drama, hahaha. Oh, sekarang ni Sk tengok cerita The King : Eternal Monarch. Cerita tahun 2020 ni, orang lain dah lama khatam agaknya, hahaha. Balik cerita nak rendam tulang tu, cari tulang lain tapi jumpa tulang rusuk. Baru teringat, Pak Inche beli tulang rusuk lembu dari Gerai Daging Faisal depan Restoran Thoufeeq tu. tak silap, masa puasa lepas. jadi, kita masak tulang rusuk aje laaaa. 

Tayangan dari dalam periuk, hehehe
Tulang ni, Sk rebus sekejap dua kali dalam kuali dulu, dan buang air rebusan pertama dan kedua tu, kemudian bilas dengan air paip dan masukkan dalam periuk tekanan (noxxa). Dalam kuali, Sk tumis empat sekawan, bawang merah ditumbuk halus, daun kari, rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit sehingga terbit minyak dan sebati, kemudian tuangkan bahan rempah yang ditumis dalam periuk, tambah air sedikit secukupnya paras tulang, tutup periuk dan setkan HP 60

Resepi Kari Tulang Rusuk Lembu
1 kilogram tulang rusuk lembu1/2 cawan minyak masak2 biji bawang besar merah ditumbuk halus1" halia ditumbuk halus4 ulas bawang putih (tak perlu kupas), cuci bersih dan pecahkan2 kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang2 biji buah pelaga5 kuntum bunga cengkih3 tangkai daun kariMinyak untuk menumis5 sudu rempah kari (Sk guna Cap O)1 sudu serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kunyitAir secukupnya3 keping asam gelugorGaram secukup rasaAjinomoto
Cara Memasak :
1. Rebus sekejap rusuk lembu, buang air rebusan. Kemudian rebus lagi sekali, buang air rebusan dan bilas tulang dengan air, kemudian masukkan dalam periuk tekanan

2. Dalam kuali, panaskan minyak masak, kemudian masukkan kulit kayu manis,bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih, biar sekejap

3. Kemudian masukkan bawang besar merah dan halia yang ditumbuk halus serta bawang putih yang dipecahkan. (Sk kalau masak kari, tak buang kulit bawang putih, cuci bersih, kemudian pecahkan atau tumbuk kasar)
4. Tumis sehingga bawang layu dan harum, kemudian masukkan daun kari, kacau sebentar

5. Barulah dimasukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit, tambah air secukupnya dan kacau sebati sekali-sekali, biar terbit minyak. Tambah air, kacau lagi agar tidak hangus, biarkan terbit minyak dan ulang sehingga 18 kali rempah cukup masak. Macam mana nak tahu? Bila minyak mula bergenang atas permukaan rempah dan rempah cantik likat dan berkilat

6. Masukkan rempah yang siap ditumis dalam periuk tekanan, tutup periuk, kemudian set HP (high pressure) 60. Set tombol kepada pressure. 
7. Apabila selesai HP, lepaskan wap, kemudian, tambah air secukupnya, masukkan asam gelugor, kacau sebati. Masukkan garam secukupnya dan ajinomoto

8. Masukkan cili padi jika suka pedas dan tomato (Sk tak ada stok tomato). Kentang pun ilek, hehehe

Oh, boleh jer kalau nak masak atas api guna periuk biasa, tapi mungkin kena rebus dulu tulang rusuk tu.

Oh, kalau makan lauk kari wajiblah goreng papadom
Jadi, kena pastikan stok papadom ni ada dalam kabinet, sebelum masak kari, hihi


Langkah kanan, Iman balik rumah nak ambil kasut. Malam tu, Iman ada program Makan Malam Fakulti. Dapatlah makan sama tiga beranak, syukurrrr Alhamdulillah. Sedap eh kari Sk ni, maklumlah, bayangkan lebih 20 tahun kahwin tu, kalau seminggu sekali masak kari, mahu tak terrornya, hahaha. Tapi, masa awal kahwin dulu, ke laut jugaklah terutama kalau masak kari ikan, tak pernahnya sedap. Nasiblah boleh cover dengan sambal belacan, hahahaha. Ni, makan pun dah dekat pukul 3, set HP tu, sejam jugak, kan. Tapi berbaloi, la, lerai isinya. Pukul 4 lebih, bersurailah tiga beranak. Iman balik kolej, Pak Inche bertugas International Club Friendly antara Pasukan JDT vs Albirex Niigata di Stadium Sultan Ibrahim. Sk??? Jadi tapak sulaiman laaaaa... hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/06/masak-kari-tulang-rusuk-lembu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Move Kuda Its My Turn Bergegar Tulang Rusuk Wanita Melihat Lelaki Hensem Menunggang Kuda Secara Pelik

Move Kuda Its My Turn Bergegar Tulang Rusuk Wanita Melihat Lelaki Hensem Menunggang Kuda Secara Pelik

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 302 hits
Pagi itu sinar mentari perlahan menyinari ladang hijau yang terbentang luas Di antara rumput yang menggoda berdirilah seekor kuda bernama Bintang Jingga Ia memiliki bulu cokelat keemasan yang berkilauan di bawah terik matahari Aku berdiri d...
Sotong Masak Kicap Vs Kari Daging

Sotong Masak Kicap Vs Kari Daging

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum WBTLAMA sungguh la dapur kat rumah Sk ni tak berasap Kita warm up sikit la tuari Sk masak Sotong Masak Kicap atas permintaan Pak Inche la Dua kali dia pesan masak kicap tau bukan masak hitam Kalau diikutkan malas nak jer mak...
Simple Tapi Menyengat Cuba Versi Ayam Kari Masak Kicap Ni Pula Lain Macam Sedapnya

Simple Tapi Menyengat Cuba Versi Ayam Kari Masak Kicap Ni Pula Lain Macam Sedapnya

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 262 hits
Tak sah kalau tak ada menu masak kicap setiap minggu Wajib untuk anak anak yang cukup sukakan ayam masak kicap Apa kata kali ini kita olah resipi masak kicap jadi lebih power Resipi perkongsian Superdaddy Khairul Abdullah dengan penambahan ...
Resipi Ingin Rasai Masakan Auntentik Korea Jom Masak Sundubu Jjigae Di Rumah

Resipi Ingin Rasai Masakan Auntentik Korea Jom Masak Sundubu Jjigae Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 347 hits
Umum mengetahui bahawa negara Korea sangat kaya dengan makanan tradisional dan moden yang menarik Malah makanan Korea sangat terkenal di seluruh dunia terutama di negara kita ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan resepi sundu...
Masak Laksa Sarawak Dengan Pes Hj Manan

Masak Laksa Sarawak Dengan Pes Hj Manan

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 260 hits
Masak Laksa Sarawak dengan Pes Hj Manan Hai Harini cuti sempena Hari Yang Dipertuan Agong so kemana korang Nona tak kemana menanti emak adik Dan adik ipar pulang Dari Batu Pahat Alang alang cuti memang dah berniat dari last week nanti Isnin...
Ayam Masak Bali 2

Ayam Masak Bali 2

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 254 hits
Biasanya kalau terjumpa lauk yang bahan2nya berjela jela Kjee terus skip Cari yang tak payah jenuh keluar masuk hutan mencari Tetapi apabila ternampak resipi Ayam Masak Bali dulu Kjee fikir sejenak Hmmm semua bahan2 ada kat rumah Selain aya...
Resepi Kari Sotong

Resepi Kari Sotong

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 202 hits
kari sotong Bahan bahan Beberapa ekor sotong siap basuh kemudian goreng sekejap toskan 1 biji kelapa parut2 1 2 senduk minyak masak untuk menumis Bahan tumis 1 biji bawang besar hiris nipis5 ulas bawang putih hiris nipisSedikit halia hiris1...
Resipi Daging Masak Merah Yang Mudah

Resipi Daging Masak Merah Yang Mudah

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 295 hits
Resepi Daging Masak Merah Bahan bahan Setengah kilo daging lembu2 biji bawang merah dihiris3 ulas bawang putih hiris2 inci halia ketuk1 helai daun limau purut2 sudu besar cili kering kisar2 sudu sos tomato1 keping asam kepingGaramGula1 send...
Sup Tulang Ala Kampung

Sup Tulang Ala Kampung

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 255 hits
Sup tulang memang sedap Paling sedap Sup Tulang Ala Kampung yang selalu kita makan kat kenduri kendara tu atau yang makan kat kampung sewaktu kenduri korban atau aqiqah Supnya agak cair direbus dengan tulang gearbox dicampur rempah tak mele...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk