Datuk Rameli Musa Adalah Kawan Rapat Dato Seri Anwar Ibrahim



1. Beberapa hari ini nama Datuk Rameli Musa timbul atas isu yang semua sedia maklum hari ini.
2. Saya tidak berhajat mengulas mengenai isu tersebut kerana saya tidak terlibat dan tidak mengetahui hujung pangkal perkara.
3. Namun saya merasa bertanggungjawab atas prinsip keadilan dan kebenaran untuk membetulkan satu fakta yang jelas salah dan dipesongkan mungkin atas niat jahat terhadap seorang yang bernama Datuk Rameli Musa.
4. Saya kenal Datuk Rameli Musa kira-kira 20 tahun lalu diawal perjuangan Reformasi pada tahun 1998 menerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada masa itu merupakan bos saya. (Saya menjadi setiuasaha politik DSAI pada tahun 1996 dan pada tahun 1999 diminta oleh DSAI membantu Datin Seri Wan Azizah menubuhkan Parti Keadilan Nasional).
5. Datuk Rameli Musa dikenalkan kepada saya oleh Datuk Seri Anwar sebagai kawan rapat beliau semenjak belajar satu batch di MCKK pada tahun 1960an. DSAI memberitahu saya bahawa Datuk Rameli Musa telah menyatakan kesediaan membantu keperluan keluarga dan perjuangan atas dasar persahabatan dan simpati beliau kepada nasib yang menimpa DSAI dan keluarga.
6. Setelah DSAI dipenjarakan saya diminta oleh Datuk Rameli Musa menyalurkan segala keperluan keluarga kepada Datin Seri Wan Azizah.Adakalanya Datin Seri Wan Azizah sendiri berjumpa Datuk Rameli bagi tujuan yang sama.
7. Dalam pengetahuan saya banyak sumbangan Datuk Rameli kepada keluarga dan perjuangan khususnya semasa DSAI dipenjara antaranya:
i.  Membiayai keperluan keluarga DSAI dan DSWA termasuk kos perubatan Allahyarham Mokhtar Ibrahim (abg DSAI) di Luar negara pada ketika itu.
ii. Membiayai kos guaman DSAI khususnya peguam utama DSAI Allahyarham Christopher Fernando dll.
iii. Menyediakan wang jaminan ratusan reformis yang ditahan di era reformasi melalui seorang yang dikenali oleh para reformis sebagai Prince Reformasi.
iv. Menyediakan keperluan perbelanjaan Parti Keadilan Nasional dalam pelbagai aktiviti menerusi bekas bendahari agung Parti Allahyarham YB Ramli Ibrahim dan Bekas Setiausaha Agung Parti Datuk Sallehudin Hashim.
V. Membiayai wang deposit calon2 parti dalam PRU ke 11 di tahun 2004 melalui Bendahari Agung parti pada ketika itu Datuk Kamarul Baharin.
(Sebahagian besar daripada pembiayaan diatas diterima oleh Datuk Seri Wan Azizah yang pada ketika itu merupakan Presiden Parti dan hari ini merupakan Timbalan Perdana Menteri).
8. Dan dalam pengetahuan saya juga Datuk Rameli membiayai kos sara hidup pimpinan ABIM yang kehilangan pekerjaan di era reformasi untuk beberapa tahun. Antara tokoh2 itu adalah Ustadz Dr Mohd Nur Manuty dan Dr Mohd Nor Nawawi walaupun pernah dimarahi oleh DSAI dan diarah dihentikan atas sebab2 politik. (Atas rasa simpati dan persahabatan yang lama di dalam ABIM, Datuk Rameli Musa teruskan bantuan).
9. Dalam pengetahuan saya juga Datuk Rameli pernah membantu ramai tokoh2 politik lain yang pada saat itu menghadapi kesukaran hidup antaranya tokoh2 didalam parti Amanah, PAS, PKR termasuk juga tokoh2 didalam UMNO.
10. Saya nyatakan secara terbuka hakikat ini atas prinsip kebenaran dan keadilan dan rasa terkilan kerana seorang yang budiman seperi Datuk Rameli ini difitnah tanpa pembelaan sewajarnya khususnya daripada mereka yang pernah mendapat bantuan ikhlas beliau.
11. Saya ingin mengingatkan kawan2 politik saya dahulu untuk menjunjung prinsip moral dan jangan keghairahan kepada kuasa menyebabkan kita menghumban prinsip moral dengan menfitnah seorang sahabat yang banyak menolong kita didalam perjuangan tanpa mendapat apa2 imbuhan.
12. Keihlasan beliau jelas kerana beliau menolong sahabat2 disaat sukar dan disaat mereka tidak mempunyai kuasa (justeru tidak timbul unsur rasuah).
13. Saya nasihatkan kepada Rafizi Ramli yang pada ketika awal perjuangan reformasi masih dibangku sekolah untuk berhati2 dan jangan bermain dengan api.
14. Saya tidak mahu diheret didalam perdebatan politik kerana saya bukan lagi ahli politik apatah lagi perdebatan politik hari ini hanya penuh dengan sampah kerakusan harta dan kuasa tanpa pertimbagan moral dan akhlak. Saya hanya ingin memberikan keadilan kepada seorang insan yang banyak berjasa kepada saya dan perjuangan.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Setiausaha politik DSAI 1996-98
Pengasas Parti Keadilan Nasional 1999
Ketua Pemuda 1999-2006
Tahanan ISA dan OSA 2001-03
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/03/03/datuk-rameli-musa-adalah-kawan-rapat-dato-seri-anwar-ibrahim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Identiti Rameli Bin Musa Terdedah Anwar Guna Rafizi Supaya Dedahkan Nama Rameli Sebagai Amaran Kepada Mahathir

Identiti Rameli Bin Musa Terdedah Anwar Guna Rafizi Supaya Dedahkan Nama Rameli Sebagai Amaran Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 540 hits
Pertempuran antara kem Anwar dengan kem Mahathir semakin menarik Walaupun yang dilihat menjadi sasaran adalah PAS dan UMNO hakikatnya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dalam tiga status berturut turut menerusi FB peribadinya menunjukkan An...
Rameli Musa Is Just Collateral Damage In Anwar S Game Of Thrones

Rameli Musa Is Just Collateral Damage In Anwar S Game Of Thrones

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 528 hits
But Rameli Musa could not hide from the MACC and today he was forced to mengadap the MACC for his statement to be recorded What did Rameli Musa tell the MACC I have not spoken to my deep throat in the MACC just yet but as soon as I have I w...
Panas Pkr Nafi Audio Individu Kecewa Dengan Dr Mahathir Azmin Adalah Anwar Ibrahim

Panas Pkr Nafi Audio Individu Kecewa Dengan Dr Mahathir Azmin Adalah Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 417 hits
Panas Pkr Nafi Audio Individu Kecewa Dengan Dr Mahathir Azmin Adalah Anwar Ibrahim
Anwar Dan Kuncu Kuncunya Bakal Dicantas Mahathir Menerusi Kelalaian Rameli Musa

Anwar Dan Kuncu Kuncunya Bakal Dicantas Mahathir Menerusi Kelalaian Rameli Musa

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 762 hits
Hakikatnya bukan hanya Mahathir tahu berkenaan dana yang disalurkan oleh Rameli kepada pemimpin pemimpin PKR beliau turut mengetahui betapa rapatnya hubungan Rameli dengan pegawai pegawai tertentu di Maybank dan urusan urusan beliau dengan ...
Surat Terbuka Dato Seri Najib Razak Kepada Pengundi Semenyih

Surat Terbuka Dato Seri Najib Razak Kepada Pengundi Semenyih

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 332 hits
Tuan tuan dan puan puan Nama saya Najib Razak Saya bukan lagi Pengerusi Barisan Nasional atau pun Perdana Menteri Namun saya terpanggil untuk membantu BN dalam kempen pilihanraya kecil DUN Semenyih ini Oleh itu saya ingin merayu kepada warg...
Gambar Rafizi Abdul Hadi Rameli Api Fitnah Anwar Mula Membara

Gambar Rafizi Abdul Hadi Rameli Api Fitnah Anwar Mula Membara

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 385 hits
GAMBAR yang dimuat naik oleh Rafizi Ramli dalam blognya hari ini UTUSAN ONLINE BLOGRafizi kongsikan gambar Abdul Hadi dengan seseorang dipercayai RameliKUALA LUMPUR 2 Mac PKR sekali lagi berusaha menolak teori bahawa pihak yang membayar wan...
Lawyer Americk Sidhu Confirms The Rm1 4 Million Cheque From Rameli Musa

Lawyer Americk Sidhu Confirms The Rm1 4 Million Cheque From Rameli Musa

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 837 hits
The lawyer for Sarawak Report has confirmed receiving a RM1 42 million cheque as settlement of PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang s civil suit against the news portal The Star reported Americk Sidhu as saying he banked in the exact c...
Siapa Bos Glc Tersebut Adakah Beliau Rameli Musa

Siapa Bos Glc Tersebut Adakah Beliau Rameli Musa

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 1581 hits
DI KATAKAN GAMBAR INI DIKETIKA SEDANG MENANDATANGANI CEK OLEH DATO DR ISMAIL BOS GLC BAGAIMANA SEORANG PENGERUSI KTMB MEMBAYAR UNTUK HADI Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengambil langkah menyiasat kenyataan bertentangan tentang dakwaan baya...
Rameli Musa S Money Split Pkr In 2002

Rameli Musa S Money Split Pkr In 2002

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 435 hits
Dr Wan Azizah Wan Ismail did not deny that millions were coming into the party But her reply to this allegation was that the PKR Youth leaders need to differentiate between money donated to the party and money donated to Anwar Ibrahim s fam...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer