Anwar Dan Kuncu Kuncunya Bakal Dicantas Mahathir Menerusi Kelalaian Rameli Musa



“Hakikatnya, bukan hanya Mahathir tahu berkenaan dana yang disalurkan oleh Rameli kepada pemimpin-pemimpin PKR, beliau turut mengetahui betapa rapatnya hubungan Rameli dengan pegawai-pegawai tertentu di Maybank dan urusan-urusan beliau dengan pegawai-pegawai tersebut” Raggie Jessy Rithaudeen
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terlebih dahulu, saya ingin menegaskan bahawa segala apa yang bakal saya dedahkan menerusi bahagian pertama siri pencerahan ini (di bawah) dan bahagian kedua yang bakal menyusul tengahhari nanti merupakan kebenaran-kebenaran yang amat perlu umat Melayu-Islam hayati dan teliti.
Menerusi pendedahahn-pendedahan ini, saya berharap agar umat Melayu-Islam dapat menetahui betapa jijiknya rejim Tun Dr Mahathir Mohamad yang niatnya hanyalah satu, iaitu untuk memecah-belahkan umat Melayu-Islam agar tampuk kepimpinan dan kekayaan negara akan sentiasa berada di dalam gengaman beliau dan diurus kroni-kroni beliau.
Saudara saudari yang dikasihi sekalian, Mungkin ramai lagi yang masih tidak tahu, bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara langsung dalam satu siri siasatan terhadap Dato’ Dr Rameli Musa, iaitu pengerusi baru Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Untuk makluman, siasatan tersebut bertumpu kepada satu laporan polis yang telah saya buat Selasa lepas, bersamaan 4hb Mac 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) di daerah Subang Jaya, Selangor.
Dalam laporan tersebut, saya mendakwa bahawa Rameli terlibat secara langsung dalam satu konspirasi yang cukup jahat bagi menyalurkan wang haram bernilai RM1.4 juta merentasi sempadan ke dalam sebuah akaun bank milik Clare Rewcastle Brown di United Kingdom (UK).
Konspirasi tersebut melibatkan Rameli, Americk Singh Sidhu, Bank Negara Malaysia dan Maybank Jalan Tun Razak dan merangkumi satu siri penipuan bagi mengelirukan bank pusat di UK dengan pemberian maklumat palsu kepada bank tersebut.
Saya memaklumkan kepada pihak polis bahawa dana tersebut disalurkan oleh Rameli ke dalam akaun bank milik anak guam Americk, iaitu peguam kepada Clare Rewcastle Brown, sebelum iannya disalurkan ke dalam akaun bank Clare yang berpusat di London.
Saudara saudari sekalian, Pada satu ketika dulu, bukan hanya Rameli Musa merupakan kroni kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, beliau banyak berjasa kepada Anwar berikutan pemecatannya dari kerajaan oleh Tun (bergelar Dato’ Seri pada ketika itu) Mahathir Mohamad.
Di sekitar tahun 1998, ketika pergerakan reformasi berada di ambang puncak kegemilangannya, Rameli memainkan peranan yang begitu penting dalam membantu menyalurkan wang dan khidmat guaman kepada kuncu-kuncu Anwar yang dipenjarakan oleh Mahathir.
Tingkah-laku serta keperihatinan Rameli terus mendapat perhatian isteri Anwar, iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mula merapatkan dirinya dengan Rameli dan beransur-ansur bergantung pada beliau untuk meneruskan gerakan reformasi.
Saban bulan, hubungan Rameli dan Wan Azizah menjadi semakin akrab hinggakan Rameli dan beberapa rakan seperniagaan beliau sanggup menghulurkan dana beratus ribu ringgit kepada kuncu-kuncu Wan Azizah bagi tujuan memarakkan gerakan reformasi.
Menerusi bantuan kewangan ini dan sumber-sumber kewangan lain dari dalam dan luar negara, kumpulan pengasas reformasi akhirnya berjaya mengambil alih Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) dan menamakan semula parti tersebut Parti Keadilan Nasional (PKN).
Pada ketika itu, Wan Azizah masih tidak mahir menguruskan hal ehwal kewangan dengan cara yang tidak mudah dikesan oleh pihak berkuasa dan membenarkan Rameli melakukan transaksi-transaksi perbankan bersama-sama beberapa orang di PKN.
Transaksi-transaksi tersebut menyebabkan dana yang disalurkan oleh Rameli dan rakan-rakan seperniagaan beliau bertaburan merata-rata hinggakan ianya dapat dijejaki oleh pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan Tun (bergelar Dato’ Seri pada ketika itu) Daim Zainuddin.
Beberapa bulan selepas tertubuhnya PKN, Daim mula merapatkan dirinya kepada Rameli dengan niat untuk mengeruhkan hubungan persahabatan beliau dengan Wan Azizah.
Seperti juga Mahathir dan kuncu-kuncu Anwar, Daim turut tahu bahawa isteri Anwar sememangnya seorang yang kuat curiga dan suka buruk sangka terhadap sesiapa yang dilihatnya berurusan dengan rakan-rakan Mahathir.
Justeru, Daim mula merancang beberapa projek pembekalan alat-alat otomotif dan pengangkutan untuk diberikan kepada syarikat milik Rameli dengan niat untuk mengikat beliau kepada kem Mahathir menerusi beban hutang kerajaan.
Pada ketika itu, Rameli sudahpun memiliki beberapa syaikat strategik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek-projek otomotif dan pengangkutan, termasuk Ingress Engineering Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkannya pada tahun 1991 bersama-sama pemilik sebuah syarikat konsesi BMW.
Menerusi syarikat-syarikat tersebut, Rameli mula merapati Pengerusi TD Cars (Malaysia) Sdn Bhd, iaitu arwah Dato’ Dr Mohamad Jaffar Mohamad Ali, adik kepada Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Mahathir.
Dengan bantuan Jaffar, Rameli mula mengembangkan sayapnya dalam bidang otomotif serta pengangkutan dan berjaya mendapatkan kontrak-kontrak pembekalan bahagian-bahagian otomotif kepada kumpulan Cycle & Carriage (CC) dan Proton.
Di sini sahaja, jelas dilihat bahawa Rameli sudahpun menapakkan kakinya ke dalam kedua-dua kem Anwar dan Mahathir beberapa tahun sebelum pemecatan Anwar dari kerajaan.
Ya, memang sudah menjadi tabiat Rameli dari dulu lagi untuk berbaik-baik dengan semua pihak biarpun tahu bahawa pihak-pihak tersebut saling tidak menyukai antara satu sama lain.
Tabiat inilah yang akhirnya menghantui Rameli apabila Mahathir mengambil keputusan baru-baru ini untuk mengorek segala apa aktiviti yang dilakukan oleh beliau bersama-sama pemimpin-pemimpin tertentu dari PKR dan UMNO.
READ MORE HERE
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/03/10/anwar-dan-kuncu-kuncunya-bakal-dicantas-mahathir-menerusi-kelalaian-rameli-musa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Identiti Rameli Bin Musa Terdedah Anwar Guna Rafizi Supaya Dedahkan Nama Rameli Sebagai Amaran Kepada Mahathir

Identiti Rameli Bin Musa Terdedah Anwar Guna Rafizi Supaya Dedahkan Nama Rameli Sebagai Amaran Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 487 hits
Pertempuran antara kem Anwar dengan kem Mahathir semakin menarik Walaupun yang dilihat menjadi sasaran adalah PAS dan UMNO hakikatnya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dalam tiga status berturut turut menerusi FB peribadinya menunjukkan An...
Mahathir Sudah Mempunyai Bukti Cukup Untuk Menguburkan Anwar Bersama Rameli

Mahathir Sudah Mempunyai Bukti Cukup Untuk Menguburkan Anwar Bersama Rameli

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 575 hits
Adalah mustahil Bank Negara langsung tidak menghubungi Hadi mahupun Pengurus Maybank Jalan Tun Razak bagi mengesahkan dakwaan dakwaan Clare Americk dan Rameli melainkan kesemua mereka terlibat bersama dalam satu konspirasi jahat untuk menya...
Rameli Musa Is Just Collateral Damage In Anwar S Game Of Thrones

Rameli Musa Is Just Collateral Damage In Anwar S Game Of Thrones

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 477 hits
But Rameli Musa could not hide from the MACC and today he was forced to mengadap the MACC for his statement to be recorded What did Rameli Musa tell the MACC I have not spoken to my deep throat in the MACC just yet but as soon as I have I w...
Datuk Rameli Musa Adalah Kawan Rapat Dato Seri Anwar Ibrahim

Datuk Rameli Musa Adalah Kawan Rapat Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 511 hits
1 Beberapa hari ini nama Datuk Rameli Musa timbul atas isu yang semua sedia maklum hari ini 2 Saya tidak berhajat mengulas mengenai isu tersebut kerana saya tidak terlibat dan tidak mengetahui hujung pangkal perkara 3 Namun saya merasa bert...
Mahathir Told To Rope Anwar Into Government

Mahathir Told To Rope Anwar Into Government

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 196 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has been urged to rope PKR president Anwar Ibrahim into the government ahead of the latter s scheduled takeover of the top post The call was made by the Minority Rights Action Party a strategic partner of ...
Gambar Rafizi Abdul Hadi Rameli Api Fitnah Anwar Mula Membara

Gambar Rafizi Abdul Hadi Rameli Api Fitnah Anwar Mula Membara

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 350 hits
GAMBAR yang dimuat naik oleh Rafizi Ramli dalam blognya hari ini UTUSAN ONLINE BLOGRafizi kongsikan gambar Abdul Hadi dengan seseorang dipercayai RameliKUALA LUMPUR 2 Mac PKR sekali lagi berusaha menolak teori bahawa pihak yang membayar wan...
Sprm Mohon Saya Jangan Dedah Kenyataan Rameli Musa

Sprm Mohon Saya Jangan Dedah Kenyataan Rameli Musa

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 326 hits
Jadi kita tengok dulu apa akan berlaku selepas ini Sekiranya tidak ada apa apa tindakan dari SPRM atau PDRM maka Malaysia Today akan terus mendedahkan isu rasuah salah guna kuasa penyelewengan dan lain lain kesalahan lagi di bawah kerajaan ...
Rameli Musa Being Investigated For Stealing 1mdb S Money

Rameli Musa Being Investigated For Stealing 1mdb S Money

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 353 hits
Anwar has got Rameli into a real mess of gigantic proportions Now this is no longer just about the RM1 4 million which Anwar alleged Rameli paid Clare It is also about the RM90 million that Clare alleged Najib paid Hadi PAS and a number of ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand