Warga Asing Dengan Pas Lawatan Tamat Tempoh Diminta Pulang Sebelum 21 April


 Anis Ibrahim
Warga asing di Malaysia yang memegang pas lawatan sosial tamat tempoh susulan penutupan mungkin terpaksa meninggalkan negara sebelum 21 April.PETALING JAYA: Sejak tiga hari lalu, warga asing dari beberapa negara menerima emel dari kedutaan mereka di Malaysia, yang memaklumkan mereka hanya mempunyai masa sehingga 21 April untuk meninggalkan negara ini tanpa didenda atau ditahan.
Tarikh tamat itu berdasarkan tempoh penangguhan kerajaan Malaysia untuk warga asing yang memegang pas lawatan sosial tamat pada tahun lepas susulan terkandas akibat sekatan kawalan pergerakan.
Perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir pada 31 Mac, menjadikan 21 April sebagai tarikh akhir bagi tempoh penangguhan 14 hari itu. Walaupun PKP dilanjutkan hingga 14 April, kerajaan belum mengumumkan tempoh penangguhan itu diperbaharui, memaksa beberapa kedutaan asing untuk memberi amaran kepada rakyat mereka bahawa mereka mungkin mempunyai kurang dari dua minggu sebagai persiapan untuk meninggalkan, atau kekal (di negara ini) dan berdepan akibat.
Pada 7 April, warganegara Amerika Syarikat (AS) di Malaysia mula menerima emel dari program pendaftaran pengembara yang dijalankan Jabatan Negara AS mengenai tempoh penangguhan yang bakal tamat itu.

“Pihak berkuasa Malaysia tidak menunjukkan tempoh itu telah dilanjutkan,” menurut emel itu. “Warganegara AS di Malaysia yang memegang pas lawatan sosial yang sudah tamat tempoh perlu bersedia untuk meninggalkan Malaysia sebelum 21 April.”
Emel itu menyebut mereka yang kekal atau cuba meninggalkan negara ini selepas 31 April boleh dikenakan hukuman yang ketat, termasuk penahanan imigresen dan denda.
FMT difahamkan, sekurang-kurangnya tiga kedutaan diplomatik yang lain telah menghubungi warganegara mereka.
Tangkap layar emel dari program pengembara yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dihantarpada 7 April.Seorang warga Romania yang tinggal di sini menerima emel dengan arahan sama dari kedutaannya pada Khamis malam, dan kemudian pada malam itu, Suruhanjaya Tinggi Britain menghantar mesej sama sebagai respons kepada pertanyaan melalui media sosial. Pada petang Jumaat, Kedutaan Itali menulis surat kepada warganegara yang tinggal di Malaysia.
Seorang pegawai kedutaan AS berkata beliau tidak menyedari emel jabatan negara itu, sementara kedutaan asing di Britain dan Itali gagal dihubungi untuk pengesahan.
Warga asing yang sudah menerima emel, kini tidak pasti mengenai tindakan seterusnya – sama ada bersiap untuk pergi atau menunggu, dengan harapan kerajaan Malaysia akan mengeluarkan arahan yang lebih jelas mengenai status mereka.
Pas lawatan sosial Malaysia sah untuk satu kemasukan bagi tempoh tiga bulan dari tarikh ia dikeluarkan. Kebanyakan pemegang pas itu yang mahu tinggal lebih lama, meninggalkan negara ini untuk beberapa hari dan kembali semula, bertujuan menandakan bermulanya tempoh baru untuk tiga bulan.
Penutupan antarabangsa akibat pandemik Covid-19 menyebabkan pembaharuan pas lawatan secara maya dilihat mustahil, ketika bagi kebanyakan orang lain, pulang ke negara asal ketika ini menelan belanja yang besar.
Seorang warga asing yang tidak mahu dinamakan berkata dia tidak dapat memperbaharui pas lawatannya sejak Malaysia menutup sempadan negara.
“Dan sekarang rakan saya mendapat emel ini, memberitahu mereka perlu tinggalkan (negara ini) dalam masa kurang dari dua minggu? Ia tidak semudah didengar. Sebahagian daripada kami sudah mula menetap di sini. Saya sudah menyewa sebuah rumah dan saya mempunyai banyak kucing. Bagaimana saya mencari rumah untuk mereka?” katanya.
Katanya, warga asing seperti dia tidak kisah sekiranya perlu membayar visa pelancong dengan tempoh sah yang lebih lama.
“Kerajaan sepatutnya menawarkan visa pelancong satu tahun dengan bayaran kepada mereka yang sudah berada di sini, yang mempunyai rekod prestasi pembaharuan berkala pas lawatan sosial kami. Kami dengan senang hati akan membayar lebih untuk tinggal lebih lama, daripada terus bimbang setiap kali PKP berakhir.
“Alangkah baiknya sekiranya kerajaan Malaysia dapat menjelaskan apa yang akan berlaku pada kami,” katanya.
FMT cuba menghubungi Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud, namun gagal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/warga-asing-dengan-pas-lawatan-tamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eks Tokoh Ji Ingatkan Warga Tak Danai Terorisme Hati Hati Sebelum Berdonasi

Eks Tokoh Ji Ingatkan Warga Tak Danai Terorisme Hati Hati Sebelum Berdonasi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 223 hits
Sehingga itulah alasan JI tidak segan segan untuk memanfaatkan niat baik ratusan juta warga Indonesia yang ingin beramal
Baru Pulang Kerja Warga Cengkareng Disiram Bensin Dan Dibakar Hidup Hidup

Baru Pulang Kerja Warga Cengkareng Disiram Bensin Dan Dibakar Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 242 hits
Arnold tak menjelaskan secara rinci maksud kedatangan pelaku Menurut dia saat itu juga pelaku langsung menyiram cairan bensin ke tubuh korban Tak cuma itu pelaku juga menyulutkan api pada bagian baju
Kpdnhep Serbu Dua Kilang Cetak Logo Jenama Tiruan Didalangi Warga Asing

Kpdnhep Serbu Dua Kilang Cetak Logo Jenama Tiruan Didalangi Warga Asing

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 238 hits
205 total views 205 views today KUALA LUMPUR 30 Mac Dua premis kilang disyaki didalangi warga Bangladesh yang mencetak logo jenama tiruan pada pakaian diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kuala Lumpur semalam ...
Ramalan Gbp Usd Pada 8 April Laporan Cot As Akan Pulih Sepenuhnya Dari Wabak Dalam Tempoh Setahun

Ramalan Gbp Usd Pada 8 April Laporan Cot As Akan Pulih Sepenuhnya Dari Wabak Dalam Tempoh Setahun

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 208 hits
GBP USD 1H Menurut carta setiap jam harga pasangan GBP USD mengukuh di bawah koridor arah aliran menaik dan jatuh ke tahap pembetulan 76 4 Oleh itu jika harga pasangan ditutup di bawah tahap ini penurunan harga akan berterusan ke arah tahap...
Menang Lagi Warga Emas Menang Rm1 Juta Cabutan Ssp Sebelum Ini Menang Bmw

Menang Lagi Warga Emas Menang Rm1 Juta Cabutan Ssp Sebelum Ini Menang Bmw

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh WARGA emas yang pernah memenangi kereta BMW sebelum ini menang pula wang tunai RM1 juta dalam cabutan SSPN BSN Gambar hiasan TUAH ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu Begitulah agaknya tuah yang diperoleh oleh seorang warga...
Tips Dan Petua Berkawan Dengan Kawan Warga Asing Dari Seluruh Dunia

Tips Dan Petua Berkawan Dengan Kawan Warga Asing Dari Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 223 hits
Hari ni mari kita cerita pasal penpal online Budak budak zaman 80an pasti terkenang memori lama bila sebut penpal Zaman kami sekolah dulu ada satu majalah yang buat program penpal seluruh dunia Ada yang dapat penpal dari Jepun Amerika Austr...
Datuk Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan Sprm

Datuk Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA Satu lagi sindiket imigresen berjaya ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Imigresen kali ini melibatkan pas lawatan kerja sementara palsu Menurut sumber lima individu sudah ditahan termasuk ketua sind...
Hamzah Pelik Ngo Bantah Hantar Pendatang Asing Pulang Ke Negara Asal

Hamzah Pelik Ngo Bantah Hantar Pendatang Asing Pulang Ke Negara Asal

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 329 hits
Kerajaan akan terus menghantar pulang warga asing mengikut prosedur seperti yang telah ditetapkan undang undang negara kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin Hairan dengan tindakan pertubuhan bukan kerajaan mempersoal tindakan kerajaan m...
Kluster Pasai Sibu Sarawak Disahkan Tamat Hari Ini 13 April 2021 Kluster Terbesar Di Sarawak

Kluster Pasai Sibu Sarawak Disahkan Tamat Hari Ini 13 April 2021 Kluster Terbesar Di Sarawak

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 388 hits
Kluster Pasai Sibu Sarawak Disahkan Tamat Hari Ini 13 April 2021 Kluster Terbesar Di Sarawak Kluster pertama yang membuat kes di negeri Sarawak mendadak naik Alhamdulillah hari ini Kluster Pasai disahkan tamat oleh Kementerian Kesihatan Mal...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat