2 Datuk Seri 6 Datuk Antara 118 Ahli Geng Nicky Ditahan




Kuala Lumpur: Seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee pada 20 hingga 28 Mac lalu.
Antara individu yang ditahan berkenaan adalah dua adik kepada Soon Hee, masing-masing bergelar Datuk Seri serta Datuk berusia 28 dan 30 tahun, selain seorang lagi Datuk Seri bersama lima Datuk lain.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, daripada jumlah itu, 42 lelaki membabitkan 27 warga tempatan serta 15 warga China serta enam wanita termasuk tiga warga China ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Dua belas lagi individu membabitkan 11 warga China termasuk seorang wanita serta seorang wanita Myanmar ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/69, manakala lapan lagi lelaki tempatan ditahan kerana didapati positif dadah.
"Dua puluh lima lelaki dan 25 wanita warga tempatan pula dibebaskan selepas proses dokumentasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Abdul Hamid berkata, pihaknya merampas wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM773,145 serta 16 kenderaan mewah bernilai RM6.67 juta dalam serbuan berkenaan.
"Selain itu, kami juga merampas pelbagai barangan lain seperti jam tangan berjenama yang akan dinilai semula oleh pakar bagi mendapatkan nilaian sebenar.
"Kami juga sudah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4.05 juta dan 35 kenderaan bernilai RM8.86 juta membabitkan 21 individu dan 16 entiti termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia serta Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.
"Tindakan lanjut menjejak dan membekukan aset-aset berupa tanah, rumah dan bangunan sedang dijalankan," katanya.
Beliau berkata, operasi khas itu dijalankan susulan maklumat risikan yang diperoleh pada pertengahan Januari lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor selepas Operasi Pelican 2.0 membabitkan kegiatan Macau Scam.
Katanya, hasil siasatan dilakukan mendedahkan kewujudan aktiviti penipuan dalam talian menggunakan 'akaun keldai' dan mempunyai transaksi kewangan dengan syarikat milik Winner Dynasty Group.
"Hasil daripada dapatan itu, pihak task force mengembangkan lagi siasatan dan mendapati terdapat sejumlah 'keldai akaun' yang mempunyai kaitan dengan syarikat dan individu bersekutu dengan Syarikat Winner Dynasty Group.
"Keldai akaun berkenaan dipercayai terbabit dengan aktiviti jenayah komersial seperti along, pelaburan tidak wujud dan tipu jual beli dalam talian," katanya.
Katanya, semakan mendapati terdapat lima syarikat yang bersekutu dengan Winner Dynasty Group berserta pengarahnya dipercayai terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis Johor mengesan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersil.
Ayob Khan dipetik berkata, Soon Hee, 33, yang beralamat terakhir di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.
Menurutnya, Polis Johor mengadakan operasi dan serbuan di Puchong, Selangor dan menahan 12 individu termasuk seorang lagi yang bergelar Datuk Seri.
Selain itu, polis Johor juga mengesan bekas Timbalan Pendakwa Raya, Md Azar Izwam Mohd Arifin @ Datuk A Janus, 42, kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial berhubung kes sama berkaitan Soon Hee ~ MyMetro
Harian Metro juga melaporkan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay telah mendedahkan Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dipercayai melarikan diri dengan membawa 'bekalan' lapan beg yang dipenuhi wang tunai.
"Maklumat diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati Nicky mempunyai wang berjumlah RM40 juta di dalam akaun milik peribadinya," katanya.
Beliau berkata, Nicky Liow mempunyai hubungan rapat dengan dua adiknya yang bergelar Datuk Seri serta Datuk masing-masing berusia 28 dan 30 tahun.
"Semakan juga mendapati Nicky mempunyai 12 rekod berkaitan kesalahan jenayah termasuk mendatangkan kecederaan, ugutan dan dadah. 
Nicky Liow lari bawa lapan beg dipenuhi wang tunai
Juga dilaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat pegawai dan anggotanya yang membocorkan maklumat dalam usaha polis memburu Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.
Beliau berkata, ada 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan.
Menurutnya, kebanyakan individu dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket ini adalah pegawai dan anggota polis selain agensi penguat kuasa lain.
"Mereka ini (anggota penguat kuasa) bergaul, menjadi ahli, membantu dan menerima suapan daripada sindiket berkenaan.
"Saya akan memperhalusi dan menyiasat akaun bank bagi menyiasat kaedah pembayaran dibuat dan lain-lain perkara untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang.
"Saya akan ambil tindakan kerana tiada isu mahu cover (lindung) dan tiada apa mahu dimalukan. Ini hakikatnya.
"Betapa teruknya keadaan ini. Sampai bila? Saya tidak akan jemu dengan perkara ini. Teruskan bersihkan elemen ini di mana penjenayah masuk dalam PDRM, atur tindakan dapat perlindungan. 
Polis bocor maklumat, ambil duit perbuatan jijik 
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nicky Liow diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan V Prakash di talian 0125209767 atau mana-mana balai polis berdekatan... terima kasih.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/03/2-datuk-seri-6-datuk-antara-118-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Johor Cari Datuk Seri Nicky

Polis Johor Cari Datuk Seri Nicky

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 321 hits
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan Datuk Seri Nicky yang dicari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial JOHOR BAHRU Polis mengesan seorang Datuk Seri bagi membantu siasatan be...
Datuk Seri Nicky A Triad Leader Who Has Links To International Crime Lords

Datuk Seri Nicky A Triad Leader Who Has Links To International Crime Lords

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 287 hits
From having a net worth of RM1 billion to having connections with the world s most wanted individuals here is what has been revealed about Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee Over the past few weeks news of businessman Datuk Seri Nicky Liow Soon...
Gerakan Memburu Datuk Seri Nicky

Gerakan Memburu Datuk Seri Nicky

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 265 hits
1 Op Pelican 3 0 yang dilancarkan bagi memburu Geng Nicky dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor Jabatan Siasatan Jenayah Johor dan Pasukan Gerakan Am Batalion 4 melibatkan 220 pegawai dan anggota polis 2 Lapan orang ken...
Datuk Seri Antara 32 Dikompaun Berhibur Di Pusat Hiburan

Datuk Seri Antara 32 Dikompaun Berhibur Di Pusat Hiburan

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 141 hits
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri antara 32 individu yang dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat dengan berhibur di sebuah pusat hiburan di Pusat Perniagaan Gemilang di Bu...
Datuk Seri Nicky Terlepas Sebab Maklumat Operasi Bocor Pegawai Terlibat Dikenal Pasti Ayob Khan

Datuk Seri Nicky Terlepas Sebab Maklumat Operasi Bocor Pegawai Terlibat Dikenal Pasti Ayob Khan

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 216 hits
Oleh Ayob Khan menunjukkan gambar suspek Datuk Seri Nicky Liow yang sedang diburu Gambar FB Polis Johor KETUA Polis Johor Datuk Ayob Khan Ali Pitchay berkata beliau tidak akan melepaskan anggota atau pegawai polis yang bersekongkol dengan D...
Saya Bukan Cakap Kosong Hendak Tangkap Polis Terlibat Datuk Seri Nicky

Saya Bukan Cakap Kosong Hendak Tangkap Polis Terlibat Datuk Seri Nicky

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 317 hits
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap semasa temubual ekslusif Malaysia Gazette di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur Foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Bila siasatan kita terhadap mereka dah lengkap kita akan tangkap ...
Cops Tracking Down Former Dpp For Suspected Ties To Datuk Seri Nicky

Cops Tracking Down Former Dpp For Suspected Ties To Datuk Seri Nicky

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 241 hits
Johor police are tracking down a former deputy public prosecutor to assist in the investigation into several money laundering cases and commercial crimes in the state The man has been identified as Md Azar Izwan Mohd Arifin Datuk A Janus 42...
Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram

Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 300 hits
JOHOR BAHRU Polis mengesan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Datuk Seri Nicky Liow S...
Businessman Bergelar Datuk Seri Diburu Polis Disyaki Terbabit Dalam Sindiket Penipuan Scam

Businessman Bergelar Datuk Seri Diburu Polis Disyaki Terbabit Dalam Sindiket Penipuan Scam

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 282 hits
Businessman bergelar Datuk Seri diburu polis disyaki terbabit dalam sindiket penipuan scamAhli Perniagaan yang bergelar Datuk Seri sebelum ini yang dilaporkan pernah mencederakan dua anggota RELA pada empat tahun lalu kini sedang giat dikes...
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Bila Pak Arab Main Heli

Do You Know About Bakul Sia

Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer