Datin Paduka Eina Azman Tunaikan Nawaitu Dia Untuk Bantu Keluarga Ini Jumpa Doktor Dan Inilah Jawapan Doktor
KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Paduka Eina Azman bersyukur, hasrat membantu dua beradik yang menghidap penyakit kulit serius dipermudahkan apabila dia berpeluang membawa mereka bertemu pakar, sebentar tadi.
Eina berkata, luahannya yang dimuat naik di laman sosial, baru-baru ini mendapat perhatian ibu dua kanak-kanak itu, Nurul Ain Abdullah, 29, yang bersetuju membawa mereka bertemu pakar kulit.
“Alhamdulillah, atas persetujuan ibu mereka, saya dapat membawa mereka bertemu pakar kulit di sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor memaklumkan, mereka berpeluang untuk pulih, namun memakan sedikit masa. Kami juga bersedia menghulurkan bantuan setiap bulan bagi meringankan beban keluarga itu,” katanya.
Pelakon yang popular menerusi drama, Rahsia Hati Seorang Perempuan itu berkata, hatinya tersentuh apabila mendapat tahu mengenai penderitaan yang ditanggung Lela Safiya Azmi, 2, dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi, enam bulan.
Selepas berbincang dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah,
Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman sepakat membawa dua kanak-kanak itu dan ibu mereka mendapatkan rawatan dengan pakar kulit.
“Sebagai ibu yang mempunyai sepasang anak yang sedang membesar, saya sebak melihat penderitaan dua beradik itu.
“Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya berada dalam situasi mereka. Itu yang menggerakkan hati saya untuk membantu keluarga ini.
“Saya difahamkan, ibu kanak-kanak itu turut menghidap ekzema sejak remaja, selain penglihatannya kurang jelas.
Mereka bergantung hidup kepada pendapatan suami Nurul, Shahrul Azmi Aziz, 27, yang menerima RM850 sebulan sebagai kelindan lori.
“Sedih apabila dimaklumkan, mereka sering dipandang rendah, malah dua beradik itu juga sukar tidur malam kerana tidak selesa dan pedih dengan keadaan kulit mereka,” katanya.
Eina juga berharap, usaha murninya itu dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk sama-sama membantu meringankan beban keluarga terbabit.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Ini Komen Eina Azman Di INSTAGRAM
Salam guys… alhamdullilah harini eina n husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yun88 … di atas permintaan ramai yang minta eina share tentang keluarga kak nurul
sebentar tadi eina bawa kak nurul dan suami n dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya.
Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga. Insyallah di beri rezeki yang lebih eina n suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih insyallah
eina terdetik nak tlg keluarga kak nurul sbb eina fikir eina pun ada anak kecil @aubreykarl .
Kalau aubreykarl sakit sikit pun eina dah rasa down n sedih apatah lagi kak nurul?? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sedih sgt eina hubby tgk anak2 kak nurul tadi menangis sebab tahan sakit . Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah…
View this post on Instagram
Salam guys… alhamdullilah harini eina n husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yurns88 … di atas permintaan ramai yang minta eina share tentang keluarga kak nurul
sebentar tadi eina bawa kak nurul dan suami n dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya. Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga. Insyallah di beri rezeki yang lebih eina n suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih insyallah
eina terdetik nak tlg keluarga kak nurul sbb eina fikir eina pun ada anak kecil @aubreykarl . Kalau aubreykarl sakit sikit pun eina dah rasa down n sedih
apatah lagi kak nurul?? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
sedih sgt eina hubby tgk anak2 kak nurul tadi menangis sebab tahan sakit
Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun maybank 562085617913 Nurul Ain Abdullah…
A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on Nov 21, 2018 at 2:12am PST
Sumber: Instagram Eina Azman via kualalumpurviral
The post Datin Paduka Eina Azman Tunaikan Nawaitu Dia Untuk Bantu Keluarga Ini Jumpa Doktor Dan Inilah Jawapan Doktor appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/12/27/datin-paduka-eina-azman-tunaikan-nawaitu-dia-untuk-bantu-keluarga-ini-jumpa-doktor-dan-inilah-jawapan-doktor/