Terpegun Jumpa Wany Hasrita Lawanya Dia
Salam dears… Siapa peminat Wany Hasrita sila angkat tangan? Amboi…ramai juga yaa peminat dia. Patut lah menang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31 hari tu. Dah laa ramai peminat, cantik plak tu…memang layak lah jadi duta Himalaya!
Mama ni asalnya bukanlah peminat Wany Hasrita, tapi lepas dah jumpa dia secara live, tetiba ehh macam minat laa plak. Sebabnya dah laa suara sedap…lawa dan peramah plak tu!
Sesi Beramah Mesra Bersama Wany Hasrita
Alkisahnya hujung minggu lepas Mama berpeluang join ‘Sesi Beramah Mesra Bersama Wany Hasrita’ di Guardian, Mahkota Parade Melaka.
Mula mula tu hampir give up juga laa ingat tak sempat sampai, sebab nak ke Melaka hari tu jalan jammed teruk! Tapi nasib baik lah sempat gak sampai on-time. Masa tu Wany baru je naik ke pentas. Peminat pun dah ramai kat situ.
Bila Wany mula menyanyi….fuhhh lemak merdunya suara dia! Terkesima jap Mama, tak sangka nyanyi live pun suara maintain wehhh.
Makin lama makin ramai laa yang datang. Bila Mama mendongak, nampak penuh orang kat tingkat atas semua dok keliling pandang pentas kat bawah. Pastu ramai ramai ikut Wany menyanyi, meriah dan rasa fun sangat masa tu!
Dan jadi lagi best, sebab Wany turut buat sesi kuiz untuk peminatnya. Soalan simple simple ja dan hadiahnya…produk Himalaya!
Wehhh serius best tengok diorang dapat Nourishing Skin Cream lah, Olive Extra Nourishing Cream lah, Anti Wrinkle Cream lah. Ishhh menyesal plak tak grab peluang jawab kuiz tu. Well aii kan pemalu orangnya, so kasi chance lah kat yang lain je hahahaa
Lepas selesai sesi kat pentas, ada sesi Wany Hasrita bertemu peminat plak kat Guardian. Ramai weh pakat berbaris nak dapatkan tandatangan dan bergambar ngan Wany Hasrita.
Masa tu lagi sekali Mama rasa kagum tengok cara Wany melayan peminat. Ramah dan mesra, mulut tak berhenti dok pot pet pot pet dan senyum ja. Cantik sangat!
Opkos Mama pun tak lepaskan peluang bergambar dengan Wany gak
Tertarik Nak Cuba Himalaya Baby Lotion
Dah alang alang ada kat Guardian tu kan, Mama ni opkos laa ambil peluang ‘cuci mata’ tengok apa lagi produk Himalaya yang ada kat situ.
Macam macam produk Himalaya Herbals ada di Guardian, Mahkota Parade Melaka ni.
Selama ni Mama memang guna Nourishing Skin Cream, jadi belek belek laa krim ngan lotion yang ada kat situ gak. Dan…Mama terpikat nak cuba Himalaya Baby Lotion plak. Sebab baunya wangi! Wangi yang soft ja, bukan wangi tajam menusuk hidung gitu.
Himalaya Baby Lotion ni dah ada sejak tahun 1930, lama dah ooo
Aik…Mama kan tak dak baby, apa kes pakai baby lotion. Heyy..aii pun nak kulit lembut halus mulus macam baby gak tau. Awat..tak boleh ka? Hahaha
Anyways, Mama suka lah Himalaya Baby Lotion ni sebab:
– Ianya berfungsi untuk menyihatkan, melembapkan dan melegakan kulit yang kering.
– Diperkaya dengan minyak Almond dan minyak Zaitun yang memang diketahui sangat baik untuk kulit.
– Menggunakan bahan semulajadi, hipoalergenik, bebas paraben, bebas lanolin dan tiada minyak mineral (mineral oil) yang tak bagus untuk kulit tau. Menurut ahli dermatologi Ava Shamban, “krim yang menggabungkan minyak mineral dan parafin sebenarnya boleh merosakkan lapisan kulit dan meningkatkan kehilangan air.” (sumber)
– Terbukti secara klinikal ianya cukup ‘mild and gentle’ untuk kulit, jadi bayi baru lahir pun boleh guna.
Tekstur Himalaya Baby Lotion ni very light, cepat meresap dan tak melekit.
Haaa menarik kan? Bagus kan produk Himalaya ni, tak rasa risau nak guna. Harga pun not bad, tak mahal. Memang recommended!
Maklumat Lanjut:
Website: Himalaya Herbals
Facebook: Himalaya Healthcare Malaysia
Instagram: Himalaya Malaysia
183 total views, 66 views today
The post Terpegun Jumpa Wany Hasrita…Lawanya Dia! appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2018/12/terpegun-jumpa-wany-hasrita-lawanya-dia.html/