Datin Maria Farida Maintain Cantik Pada Usia 50 Tahun


28 Mac ini, genap 50 tahun usia Datin Maria Farida. Meskipun pada awalnya beliau agak segan untuk berkongsi usia sebenar, namun kerana enggan menyembunyikan hakikat tersebut daripada pengetahuan para peminat… aktres jelita ini akhirnya akur. Mengakui mula merasai perubahan diri yang dialaminya saat ini, Datin Maria bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik.
Kagum dengan susuk tubuh langsing dan rupa paras yang tak makan dek usia, persoalan tentang amalan petua sihat dan cantik lantas diajukan kepada beliau. Tenang menjawab pertanyaan berkenaan, isteri Datuk Rahman ini sambil tersenyum membuka bicara.
“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang. Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kosmetik ini yang mempunyai berat berat 54kg.

Di samping suami tercinta, Datuk Rahman
Pelik juga macam mana Datin Maria Farida boleh kekal ramping dan menawan walau bakal cecah umur 50 tahun. Iyalah, kebanyakan wanita akan pergi ke gym untuk maintain langsing tapi lain pula caranya bagi pelakon Anak Mami Nasi Kandaq ini.
“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula. Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujar pemilik label MF Cosmetique ini lagi.
Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan. Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.

Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”

Sibuk dengan mengembangkan perniagaan kosmetik miliknya, Datin Maria Farida berkata, “MF Cosmetique ini all in one. Ada eye shadow, blusher, lipstick, eyeliner, eye brow, highlighter… hanya dalam satu palet. Dunia perniagaan ini memang mencabar. Ada masa kita di atas dan kadang kala di bawah.

Jadi cabaran yang terpaksa saya lalui sekarang adalah untuk mendapatkan lebih ramai agen dan stokis memandangkan produk saya ini masih baru di pasaran. Bukan mudah hendak bahagikan masa di antara kerjaya usahawan dan aktres. Tapi alhamdulillah, ramai yang menyokong dan membantu.”

terdahulu.. TAMPIL melancarkan produk kosmetik keluarannya bawah jenama MF Cosmetique, pelakon jelita, Datin Seri Maria Farida, 48, bersyukur kerana penat lelahnya selama setahun melakukan kajian dan pembangunan (R&D) membuahkan hasil.
Memilih untuk mengeluarkan palet alat solek yang dinamakan Glamrush, Maria yang dikenali kerana kecantikan tidak menafikan pemilihan produk itu disebabkan dirinya yang gemar kelihatan cantik sepanjang masa.
Menurutnya, tidak semua orang mempunyai waktu yang cukup untuk mengoles solekan pada wajah lantaran kesibukan diri menguruskan rutin harian.
“Oleh itu, palet Glamrush yang saya hasilkan ini merupakan set alat solek yang lengkap serba-serbi. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja, malah saiznya yang kompak menyenangkan pengguna untuk menyimpan di dalam beg tangan mereka.
“Bahkan, belum ada lagi produk sebegini yang memuatkan semua jenis bahan solekan dalam satu palet. Ada gincu, pembayang mata, pemerah pipi dan sebagainya.
“Bukan itu sahaja, harganya juga berpatutan. Hanya RM198 sahaja setiap satu,” katanya yang ditemui usai majlis pelancaran produk itu baru-baru ini.
Tambah Maria, menghampiri usia hampir setengah abad, dia sedar setiap orang akan dimamah usia.
“Bezanya lambat atau cepat. Wanita terutama perlu tahu langkah-langkah penjagaan kulit wajah yang betul agar sentiasa kelihatan segar.
“Alat solek sekadar menambahkan lagi seri wajah. Pemakanan perlu dijaga sebaik-baiknya untuk tampil sihat, di samping melakukan senaman sesuai agar kelihatan bertenaga,” katanya berkongsi petua.
Dalam pada itu, Maria berterima kasih kepada suaminya, Datuk Seri Abdul Rahman Shakur yang menjadi tulang belakang memastikan MF Cosmetique direalisasikan.
“Setakat ini, ada beberapa perancangan telah disusun untuk menjamin masa depan perniagaan yang lebih dinamik dan berterusan.
“Kami juga mempunyai rencana untuk mengeluarkan produk kosmetik lain selain set alat solek ini. Kena tunggu masa yang sesuai,” katanya.
Lebih setahun berhenti berlakon
Tidak mahu fokus terhadap kelahiran ‘bayi sulungnya’ terganggu, Maria mendedahkan bahawa kehilangan kelibatnya dari lapangan seni lakon sejak kebelakangan ini adalah disebabkan perniagaannya itu.

Atas nasihat suami yang merupakan ahli perniagaan, Maria berkata, lelaki itu banyak memberi tunjuk ajar kepadanya untuk bergelar seorang usahawan.
“Dia tahu akan selok-belok dunia perniagaan, manakala saya pula ada sedikit pengetahuan tentang kecantikan. Jadi gabungan kami ini diharap mampu membina empayar perniagaan yang gemilang.
“Sebab itulah saya beritahu pengurus untuk menolak setiap tawaran berlakon yang hadir supaya boleh memberi tumpuan penuh.
“Alhamdulillah, tempoh yang ditetapkan telah pun berlalu dan akhirnya kini saya bakal kembali semula berlakon,” katanya.
Bagaimanapun, buat masa ini Maria sedang memilih untuk pembabitannya dalam beberapa produksi drama dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.
Maria berkata, sebelum ini terlalu banyak halangan yang ditempuhi untuk mengeluarkan produk tersebut termasuklah berulang-alik ke kilang bagi melakukan pemantauan terutama terhadap kualiti.
“Beberapa kali juga saya menukar formula supaya alat solek dihasilkan bermutu tinggi dan tahan lama. Alhamdulillah, berkat kesabaran, semua itu berjaya diperoleh,” tambahnya
Foto: Instagram Datin Maria Farida dan utusan malaysia
The post Datin Maria Farida Maintain Cantik Pada Usia 50 Tahun appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/datin-maria-farida-maintain-cantik-pada-usia-50-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Gambar Terbaru Datin Maria Farida Yang Tidak Dimamah Usia Walaupun Sudah Berusia 50 Tahun Persis Wanita Usia 20 An

10 Gambar Terbaru Datin Maria Farida Yang Tidak Dimamah Usia Walaupun Sudah Berusia 50 Tahun Persis Wanita Usia 20 An

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 1236 hits
28 Mac ini genap 50 tahun usia Datin Maria Farida Meskipun pada awalnya beliau agak segan untuk berkongsi usia sebenar namun kerana enggan menyembunyikan hakikat tersebut daripada pengetahuan para peminat aktres jelita ini akhirnya akur Men...
Menteri Cantik Manis Ini Akhirnya Menamatkan Zaman Bujangnya Pada Usia 36 Tahun

Menteri Cantik Manis Ini Akhirnya Menamatkan Zaman Bujangnya Pada Usia 36 Tahun

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 864 hits
MENTERI Tenaga Sains Teknologi Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin yang juga merupakan ahli parlimen Bakri melangsungkan perkahwinan dengan ketua pegawai eksekutif IOI Properties Group Bhd Lee Yeow Seng dalam satu majlis di sini ha...
Ibu Muda Usia 30 Tahun Sudah Punya 8 Anak Tetap Cantik Dan Berjualan Jamu

Ibu Muda Usia 30 Tahun Sudah Punya 8 Anak Tetap Cantik Dan Berjualan Jamu

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 606 hits
Dewi adalah wanita yang saat ini ini tinggal di Pangkal Pinang Sumatra Selatan Selain cantik jika dilihat sepintas tidak ada yang istimewa dari wanita entrepreneur ini Tapi jika kita sudah mengenalnya barulah kita tahu dia itu istimewa alia...
Kejaya Jacinda Ardern Sebelum Menjadi Pemimpin Wanita Pertama Di Dunia Pada Usia 37 Tahun Buat Ramai Terkejut

Kejaya Jacinda Ardern Sebelum Menjadi Pemimpin Wanita Pertama Di Dunia Pada Usia 37 Tahun Buat Ramai Terkejut

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 523 hits
Kejaya Jacinda Ardern Sebelum Menjadi Pemimpin Wanita Pertama Di Dunia Pada Usia 37 Tahun Buat Ramai Terkejut Merupakan pemimpin termuda di dunia Jacinda Ardern mengambil alih New Zealand sebagai perdana menteri pada usia 37 tahun Ketika in...
Wow Aaron Aziz Terkejut Anak Usia 9 Tahun Mampu Lukis Tragedi Sedih New Zealand

Wow Aaron Aziz Terkejut Anak Usia 9 Tahun Mampu Lukis Tragedi Sedih New Zealand

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 639 hits
Aaron bersama anaknya Dahlia Arissa PELAKON Aaron Aziz melahirkan rasa terkejut apabila anak bungsunya Dahlia Arissa 9 mampu melukis kejadian serangan masjid di Christchurch New Zealand Aaron 43 berkata dia tidak menyangka kanak kanak itu m...
Dipoligami Syekh Puji Saat Usia 12 Tahun Begini Kondisi Rumah Tangga Ulfa Lutfiana

Dipoligami Syekh Puji Saat Usia 12 Tahun Begini Kondisi Rumah Tangga Ulfa Lutfiana

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 519 hits
Masih segar di ingatan publik Tanah Air bagaimana Pujiono Cahyo Widianto atau Syekh Puji menikahi bocah dibawah umur Syekh Puji menikah seorang gadis berusia 12 tahun bernama Lutfiana Ulfa Lutfiana sendiri dinikahi Syekh Puji sebagai istri ...
10 Tempat Cantik Untuk Girls Trip Tahun 2019

10 Tempat Cantik Untuk Girls Trip Tahun 2019

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 948 hits
Jika ada sesiapa di luar sana yang memahami keperluan perjalanan dan keutamaan anda menemui tempat yang indah membeli belah untuk cenderahati menikmati makanan tempatan dan nampak seronok ketika melakukan semua itu bersama kawan kawan anda ...
Sekurang Kurangnya Hingga Usia 4 Tahun Ibu Ayah Kena Hadap Drama Bila Anak Mengamuk

Sekurang Kurangnya Hingga Usia 4 Tahun Ibu Ayah Kena Hadap Drama Bila Anak Mengamuk

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 377 hits
Toodler tantrums atau defiant age pernah dengar Adakah ini normal untuk mengamuk atau sekadar mengambil perhatian si dewasa oleh si cilik Perkongsian dari Terapis Cara Kerja boleh membantu ibu bapa yang berdepan keadaan ini Anak memang muda...
Kanak Kanak Oku Usia 6 Tahun Hero Mangsa Gempa Lombok

Kanak Kanak Oku Usia 6 Tahun Hero Mangsa Gempa Lombok

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 301 hits
Kanak kanak OKU usia 6 tahun hero mangsa gempa Lombok Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 24 Mar 2019 9 00PM
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad