Agong Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021 Untuk Bendung Covid 19


Agong isytihar darurat sehingga 1 Ogos 2021, untuk bendung Covid-19



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.


Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan.


“Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” katanya.


Ahmad Fadil berkata perkenan itu telah mengambil kira rundingan Seri Paduka dengan Raja-Raja Melayu.


Menurutnya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berhubung cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat ketika menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada 5.30 petang semalam (11 Jan) untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian yang kini mencecah empat angka.


Beliau berkata Seri Paduka memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh.


“Maka Al-Sultan Abdullah berpandangan bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Ahmad Fadil berkata perkenan Al-Sultan Abdullah berkenaan turut mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara berdasarkan statistik semasa COVID-19, khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri-negeri yang dipersembahkan semasa sesi taklimat itu.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2021/01/agong-isytihar-darurat-sehingga-1-ogos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Perkenan Darurat Hingga 1 Ogos 2021

Agong Perkenan Darurat Hingga 1 Ogos 2021

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 351 hits
559 total views 559 views today Kuala Lumpur Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memperkenan darurat bagi membendung pandemik Covid 19 Tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga su...
Yang Di Pertuan Agong Isytihar Darurat Bagi Membendung Penularan Pandemik Covid 19

Yang Di Pertuan Agong Isytihar Darurat Bagi Membendung Penularan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID 19 di Malaysia Datuk P...
Tiga Asas Untuk Agong Isytihar Darurat

Tiga Asas Untuk Agong Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 349 hits
MALAYSIA GAZETTEDi bawah Perkara 150 Yang di Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar atas sebab keselamatan negara atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam hampir berlaku...
Teks Penuh Ucapan Khas Proklamasi Darurat Malaysia Sehingga 1 Ogos 2021 Muhyiddin

Teks Penuh Ucapan Khas Proklamasi Darurat Malaysia Sehingga 1 Ogos 2021 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 565 hits
Intipati Utama Pengumuman Khas Darurat Perdana Menteri Januari 2021Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID19 daripada menjadi serius Darurat Kerajaan awam akan terus berfungsi Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk ...
Darurat Untuk Bendung Covid Atau Selamatkan Muhyiddin

Darurat Untuk Bendung Covid Atau Selamatkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 380 hits
Pengumuman PKP 2 0 dan pengisytiharan darurat telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Meskipun PKP 2 0 dianggap ada asasnya kerana kes positif Covid 19 yang mencanak namun apa kaitannya dengan pengisytiharan darurat Saya tid...
Ydp Agong Mempunyai Kuasa Ini Penjelasan Peguam Tentang 20 Kesan Darurat 2021

Ydp Agong Mempunyai Kuasa Ini Penjelasan Peguam Tentang 20 Kesan Darurat 2021

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 403 hits
182 total views 182 views today Negara kita telah mencipta sejarah apabila Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat buat negara ini pada 12 Januari lalu Proklamasi Darurat 2021 yang diperkenan Ser...
Agong Perkenan Darurat Covid 19

Agong Perkenan Darurat Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 269 hits
malaysiakini comDiterbitkan 12 Jan 2021 9 44 amYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala w...
Darurat Agong Ada Kuasa Ambil Milikan Sementara Aset Swasta Individu Untuk Perangi Covid 19

Darurat Agong Ada Kuasa Ambil Milikan Sementara Aset Swasta Individu Untuk Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 325 hits
Oleh KETUA Pengarah Keselamatan Negara Datuk Mohd Rabin Basir ketika sesi Bicara Naratif KUALA LUMPUR Pengisytiharan darurat memberikan kuasa kepada Yang di Pertuan Agong mengambil milikan sementara tanah bangunan atau harta alih daripada m...
Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 Oleh Perdana Menteri Malaysia

Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 Oleh Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 714 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Segalanya telah pernah bermula dahulu namun perjumpaan kali ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021 telah membuahkan hasil yang membawa kepada perkenan oleh S...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Mailbox Quota 97 Full Clear Your Cache

Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025