Bersatu Minta Muhyiddin Bubar Parlimen Tapi Mkn Nasihat Darurat Kata Sumber



BERSATU bulan lepas sudah memberi mandat kepada Muhyiddin Yassin untuk membubarkan Parlimen, sehinggalah Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihati sebaliknya dan mencadangkan perintah darurat untuk menangguhkan pilihan raya, kata beberapa sumber.

Mandat itu diberikan kepada Muhyiddin oleh Biro Politik Bersatu yang bermesyuarat beberapa hari selepas ketua pembangkang Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, pada 13 Oktober lalu, kata pemimpin tinggi parti

“Bersatu sudah siap sedia untuk pilihan raya. Biro Politik sudah setuju dan serahkan kepada Tan Sri (Muhyiddin) untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya bubarkan Parlimen

“Tetapi selepas itu, apabila Tan Sri bangkitkan dalam mesyuarat MKN minggu berikutnya, beliau dinasihatkan supaya memohon pengisytiharan darurat (daripada Yang di-Pertuan Agong),” kata seorang ahli Biro Politik Bersatu, dengan syarat tidak dinamakan

Seorang lagi pimpinan tinggi Bersatu mengesahkan Biro Politik Bersatu bermesyuarat pada hujung minggu selepas Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong, untuk menyembah maklum beliau ada sokongan yang cukup bagi membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Muhyiddin

“Ya, ada mesyuarat. Ya, ada bincang untuk bubar Parlimen. Kita setuju untuk bubar. Mesyuarat serahkan kepada Tan Sri Muhyiddin,” kata sumber, yang juga tidak mahu dinamakan

The Malaysian Insight difahamkan Muhyiddin meminta nasihat MKN bagaimana pilihan raya boleh diadakan dalam keadaan pandemik Covid-19, terutama setelah kes meningkat mendadak selepas pilihan raya negeri Sabah pada hujung September

“Mesyuarat MKN kemudian mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) mengenai keadaan semasa.
“MKN juga diberitahu bagaimana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) susah hendak dapatkan petugas bagi pilihan raya kecil Batu Sapi.
“Polis pula beritahu lebih 10,000 anggota dan pegawainya menjalani kuarantin, dan kalau ada pilihan raya ia tidak akan dapat mengerahkan pasukan,” kata sumber

Atas maklum balas itu, mesyuarat MKN kemudiannya membincangkan cadangan mengenai pengisytiharan darurat untuk menangguhkan pilihan raya sehingga keadaan Covid-19 reda, tambah sumber

The Malaysian Insight difahamkan cadangan pengisytiharan darurat dibincangkan dalam mesyuarat MKN pada Rabu 21 Oktober, sebelum diangkat untuk diputuskan oleh Jemaah Menteri.
Jemaah Menteri membincangkan cadangan itu dalam mesyuarat khas pada Jumaat 23 Oktober. Ia dipersetujui oleh semua menteri, lalu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada petang yang sama

“Ini bukan kehendak perdana menteri tetapi keputusan Kabinet, yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata sumber

Yang di-Pertuan Agong pada 25 Oktober, selepas mendengar pandangan Raja-Raja Melayu, memutuskan tidak memberi perkenan kepada permohonan Jemaah Menteri untuk pengisytiharan darurat

Baginda merasakan kerajaan telah berjaya menangani krisis Covid-19 dengan berkesan dan berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk pengisytiharan darurat

Dalam pada itu, seorang sumber kerajaan yang maklum mengenai perbincangan tersebut memberitahu Muhyiddin dan Bersatu sedia untuk menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan

“Kalau betul kerajaan hilang majoriti, siapa yang ada majoriti? Tak ada siapa pun

“Jalan yang terbaik tentunya pilihan raya lagi sekali,” kata sumber

Seorang sumber dalaman Bersatu pula memberitahu The Malaysian Insight, jentera parti telah diminta oleh pimpinan parti sejak Jun lagi untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum sebelum akhir tahun ini

Antara persiapan itu termasuk meninjau sokongan rakyat terhadap kerajaan, sentimen rakyat terhadap isu dan pemimpin, serta mengenal pasti bakal calon dan meneliti pengagihan kerusi antara parti-parti politik

Sepatutnya bubar bulan ini
Sekurang-kurangnya dua sumber Bersatu pula memberitahu The Malaysian Insight, Muhyiddin sebenarnya sudah lama mengintai satu tarikh dalam bulan ini untuk membubarkan Parlimen

Seorang sumber kanan dalam parti memberitahu mengikut perancangan asal Parlimen sepatutnya dibubar pada minggu ini selepas Belanjawan 2021, yang dibentang di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu
“Kalau ikutkan paling awal Parlimen bubar pada Isnin (hari ini), selepas pembentangan belanjawan,” katanya

Sebelum ini, Muhyiddin pernah membayangkan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas Pilihan Raya Negeri Sabah

Dalam satu wawancara minggu lalu, Muhyiddin berkata kerajaan Perikatan Nasional memang berharap untuk mendapat mandat baharu daripada rakyat melalui pilihan raya

Katanya, pilihan raya umum boleh dibuat sekiranya isu berkaitan pandemik Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara dapat diselesaikan

“Jika dua perkara ini dapat kita selesaikan, saya memang mengharapkan kita mendapat satu mandat baharu,” katanya dalam satu wawancara dengan Bernama dan media terpilih minggu lalu

Mandat Parlimen ke-14 dijadual berakhir pada 15 Julai 2023.

Noor Azam ShairiKamles Kumar



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/bersatu-minta-muhyiddin-bubar-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubar Parlimen Ada Bincang Tapi Tiada Keputusan Kata Najib

Bubar Parlimen Ada Bincang Tapi Tiada Keputusan Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 232 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 5 42 pmMesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat sebarang keputusan tentang sama ada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu membubarkan Dewan Rakyat s...
Hanya Darurat Dapat Halang Pilihan Raya Kata Muhyiddin

Hanya Darurat Dapat Halang Pilihan Raya Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 352 hits
freemalaysiatoday com October 31 2020 4 50 PMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya kecil di Batu Sapi dan pilihan raya negeri Sarawak hanya boleh ditangguhkan sehingga pandemik Covid 19 berakhir sekiranya darurat diisytihark...
Sambut Dengan Meriah Tapi Patuhi Jarak Fizikal Kata Muhyiddin Dalam Perutusan Sempena Deepavali

Sambut Dengan Meriah Tapi Patuhi Jarak Fizikal Kata Muhyiddin Dalam Perutusan Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 289 hits
November 13 2020 8 35 PMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata seluruh masyarakat perlu bersama sama menghormati dan menghargai kepelbagaian yang wujud di negara ini KUALA LUMPUR Muhyiddin Yassin berharap dalam mematuhi prosedur operasi s...
Palsu Dakwa Wajah Saya Umno Tapi Jiwa Bersatu Kata Noraini

Palsu Dakwa Wajah Saya Umno Tapi Jiwa Bersatu Kata Noraini

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 303 hits
Dakwaan beberapa pemimpin Umno cenderung menyokong parti lain yang dikatakan berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu adalah tidak benar sama sekali kata Ketua Wanitanya Dr Noraini Ahmad Dakwaan ini adalah fitnah dan sengaja disebarkan sebagai ca...
Apa Pilihan Muhyiddin Setelah Dapat Kata Dua Najib

Apa Pilihan Muhyiddin Setelah Dapat Kata Dua Najib

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 265 hits
ZANIRUN BABAApa pilihan Muhyiddin setelah dapat kata dua dari Najib dan BN 1 Selamat diri malu menjadi PM pertama dalam sejarah terpaksa pinda bajet yang dirangka olehnya tetapi ambil resiko kehilangan jawatan kerana gagal dapat undi yang c...
Cadangan Supaya Menarik Balik Sokongan Kepada Muhyiddin Turut Dibincangkan Kata Zahidi Zainul Abidin

Cadangan Supaya Menarik Balik Sokongan Kepada Muhyiddin Turut Dibincangkan Kata Zahidi Zainul Abidin

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 242 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin mengesahkan bahawa cadangan supaya menarik balik sokongan kepada Muhyiddin turut dibincangkan Pandangan tarik sokongan daripada Muhyiddin ini ada juga pandangan tersebut macam macam tapi ma...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien