Dari Perspektif Undang Undang Kemungkinan Belanjawan 2021 Ditolak Di Dewan Rakyat




AHMAD SHAHRIL SHAHRIL
S. 1: Apa akan jadi jika Belanjawan sulung Kerajaan Perikatan Nasional ditolak di Parlimen pada hari Khamis 26 November 2020?


J.   : Dari segi konvensyen itu bermakna ahli-ahli Dewan Rakyat tidak mempunyai keyakinan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN pimpinannya.


S. 2:Apa yang terjadi pada Belanjawan tahun 2021 itu apabila ditolak?


J.    :Belanjawan itu lupus di Dewan Rakyat. Tidak boleh dibawa ke Dewan Negara. Tidak boleh dipersembahakan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.


S. 3:Bagaimana pula nasib Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinet pimpinannya?


J.   : Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengikut konvensyen perlembagaan perlu meletak jawatan. Kabinet pimpinannya juga turut meletak jawatan apabila Perdana Menteri meletak jawatan.Perdana Menteri perlu menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong.


S. 4: Bolehkah PM Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan Darurat seluruh Malaysia setelah Belanjawan 2021 kalah di Dewan Rakyat?


J.    : Muhyiddin Yassin tidak boleh berbuat demikian.Apabila Belanjawan 2021 Kerajaan PN ditolak di Dewan Rakyat itu bermakna Ahli Parlimen Pagoh itu sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Beliau sudah tidak ada locus standi sebagai seorang Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.


S. 5: Adakah alasan lain jika ada, selain isu locus standi untuk yang Di-Pertuan Agong menolak permohonan Muhyiddin Yassin supaya disytiharkan Darurat?


J.   : Kalah dalam pengundian Belanjawan tahunan negara tidak boleh jadi alasan untuk perisytiharan darurat. Ada tiga sebab utama di dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk Darurat diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Pertama ada ancaman keselamatan negara; kedua ada ancama terhadap kehidupan ekonomi; dan ketiga ada ancaman terhadap ketenteraman awam.Ketiga-tiga alasan itu tidak wujud sekarang atau pada 26 November nanti. Keselamatan Malaysia sekarang tidak terancam.Tidak ada tentera negara asing sedang atau akan menyerang Malaysia. Ekonomi Malaysia akan terus berjalan walaupun Belanjawan 2021 tersebut kalah di Dewan Rakyat. Kilang dan industri berjalan. Bank- bank beroperasi seperti biasa. Pelabuhan-pelabuhan seluruh negara tidak ditutup.Rakyat bekerja walaupun setengahnya dari rumah kerana PKPB atau PKPD. Pejabat-pejabat kerajaan masih menjalankan tugas seperti lazimnya, mungkin mengikut SOP dan norma baharu.Begitu juga ketenteraman awam tidak terancam. Polis dan Tentera siap sedia.Rakyat tidak ada yang berdemonstrasi atau merusuh sekarang.Semuanya akur ikut SOP dan berdisiplin. Jadi tidak ada asas untuk isytihar darurat.


S. 6: Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat bolehkah Muhyiddin Yassin menghadap Yang Di-Pertuan Agong supaya dibubarkan Parlimen dan Pilihanraya Umum diadakan?


J.   : Perdana Menteri yang kalah di Dewan Rakyat kerana Belanjawan Kerajaannya ditolak oleh ahli-ahli Parlimen sudah hilang kedudukan atau locus standi untuk bertindak sebagai seorang Perdana Menteri yang sah untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum.


S. 7: Kalau semua langkah Perdana Menteri yang kalah Belanjawannya di Dewan Rakyat tersekat kerana halangan undang-undang Perlembagaan dan konvensyen Perlembagaan, jadi apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar lakukan sekiranya senario yang digambarkan itu benar-benar berlaku?


J. : Yang Berhormat Ahli Parlimen Pagoh itu tiada pilihan lain. Beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.


S. 8: Apa jadi jika Perdana Menteri meletakkan jawatan?


J.    : Semua Menteri kabinet juga secara otomatik gugur dari jawatan dan Kerajaan PN ikut sama tumbang.


S.9: Jika senario ini benar-benar berlaku pada Khamis 26 November ini. Apa jalan penyelesaiannya?


J.  : Yang Di-Pertuan Agong akan melantik seorang Perdana Menteri Baharu. Sebuah Kabinet dengan Jemaah Menteri akan terbentuk dan sebuah Kerajaan baharu akan ditubuhkan.


S.10: Apakah tugas utama kerajaan baharu itu?


J.     : Perdana Menteri yang baharu perlu segera menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk menasihati Baginda supaya sidang khas Parlimen dipanggil seawal bulan Disember 2020 ini untuk meluluskan Belanjawan Negara di bawah Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 102 (a) Perlembagaan Persekutuan itu membenarkan melalui undang-undang perbelanjaan bagi sebahagian tahun 2021 sebelum lulus Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2021 tersebut.


S. 11: Mengapa perkara ini perlu?


J.      : Supaya Kerajaan baharu ada peruntukan wang untuk membayar gaji atau emolumen kakitangan awam, ada wang untuk membayar frontliners dan ada wang untuk operasi kerajaan.


S.12: Adakah situasi perbelanjaan bagi sebahagian tahun ini pernah berlaku?


J.     : Ada. Pernah berlaku. Pilihanraya Umum Malaysia tahun 1999 telah diadakan sebaik sahaja Belanjawan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan November. Sebelum Belanjawan itu diluluskan, Parlimen telah dibubarkan dan Pilihanraya Umum tahun 1999 diadakan.Kerajaan baharu yang dibentuk selepas itu telah menggunakan peruntukkan Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan  untuk menguruskan operasi kerajaan dan membayar gaji kakitangan awam.


s.13 : Apakah yang rakyat Malaysia perlu faham tentang situasi kemungkinan Belanjawan Kerajaan PN ditolak oleh ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat pada 26hb November ini?


J.     : Rakyat perlu tenang. Jangan ada kegentaran. Tidak perlu panik dan takut. Negara Malaysia kita ini berjalan secara hukum. Kita mengamalkan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan yang terpahat sebagai prinsip-prinsip Rukun Negara. Perlembagaan Negara kita akan menjadi kompas perundangan dalam situasi  negara menghadapi kemelut politik seperti sekarang ini.


Sekian.


Hassan Abdul Karim


Ahli Parlimen Pasir Gudang
Selasa 17 November 2020.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/dari-perspektif-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

Belanjawan 2021 Speaker Hanya Benarkan 80 Ahli Parlimen Berada Di Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR Hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat sepanjang tempoh persidangan mesyuarat ketiga termasuk ketika pembentangan Belanjawan 2021 esok Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata perkara itu...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 454 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Beberapa Kemungkinan Jika Belanjawan 2021 Ditolak

Beberapa Kemungkinan Jika Belanjawan 2021 Ditolak

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 306 hits
Belanjawan Negara Malaysia bagi tahun 2021 yang dibentang pada 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz masih dibahaskan oleh ahli ahli Dewan Rakyat di peringkat dasar Pengundian di peringkat dasar dija...
Anwar Beri Bayangan Belanjawan 2021 Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat

Anwar Beri Bayangan Belanjawan 2021 Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 231 hits
nbsp KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal awal lagi sudah memberi bayangan Belanjawan 2021 yang telah dibenatngkan Jumaat lepas tidak akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen Beliau beberapa kali menyifatkan bajet...
Dap Hipokrit Bising Belanjawan 2021 Gagal Sedia Pekerjaan Dulu Dap Punca Rakyat Tak Ada Kerja

Dap Hipokrit Bising Belanjawan 2021 Gagal Sedia Pekerjaan Dulu Dap Punca Rakyat Tak Ada Kerja

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 260 hits
UMNO ONLINE KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menganggap Dap bersikap hipokrit apabila bising Belanjawan 2020 kononnya gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sedangkan ini kerana katanya Da...
Belanjawan 2021 Mensyukuri Rezeki Kala Diuji Rakyat Terkesan Seharusnya Diutamakan

Belanjawan 2021 Mensyukuri Rezeki Kala Diuji Rakyat Terkesan Seharusnya Diutamakan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 252 hits
Oleh Suberi HusseinUmum mengetahui negara sedang berperang dengan pandemik COVID 19 Perperangan ini telah bermula sejak Januari 2020 dimana sehingga ke hari ini masih belum nampak penghujungnya Ribuan rakyat telah dijangkiti oleh virus ini ...
Belanjawan 2021 Bagi Memelihara Kesejahteraan Rakyat Negara

Belanjawan 2021 Bagi Memelihara Kesejahteraan Rakyat Negara

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR 20 Rabiulawal 1442H Jumaat Dalam menghadapi krisis pandemik COVID 19 dan ekonomi negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerajaan membentangkan Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara bagi memelihar...
Belanjawan 2021 Kerajaan Perlu Berjiwa Besar Bantu Semua Lapisan Rakyat Tajuddin

Belanjawan 2021 Kerajaan Perlu Berjiwa Besar Bantu Semua Lapisan Rakyat Tajuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 272 hits
UMNO ONLINE KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kerajaan hari ini perlu berjiwa besar untuk membantu semua lapisan masyarakat agar dapat meneruskan kesinambungan hidup dalam berdepan dengan...
Belanjawan 2021 Kenapa Kerajaan Masih Berkira Kira Untuk Rakyat

Belanjawan 2021 Kenapa Kerajaan Masih Berkira Kira Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 322 hits
Secara keseluruhan Belanjawan 2021 kelihatan komprehensif kerana menyentuh semua sektor kritikal termasuk memfokuskan golongan B40 serta perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik COVID 19 Sungguhpun begitu belanjawa...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos