Beberapa Kemungkinan Jika Belanjawan 2021 Ditolak


 
Belanjawan Negara Malaysia bagi tahun 2021 yang dibentang pada 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz masih dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat di peringkat dasar. Pengundian di peringkat dasar dijangka akan berlaku pada 25hb November.
2. Belanjawan 2021 ini membawa dilema, tidak sahaja kepada Kerajaan Perikataan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) tetapi juga kepada Blok Pembangkang.
3.Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang telah berucap membahas Belanjawan 2021. Najib Razak, Pengerusi Backbencer Barisan Nasional juga telah berucap. Presiden Amanah Mohamad Sabu, Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP serta Tun Dr Mahathir Mohamad semuanya telah berucap. Ketua parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk Pengerusi Parti Pejuang semuanya telah mengisytiharkan secara terbuka di dalam Dewan Rakyat bahawa mereka hanya akan menyokong Belanjawan 2021 itu sekiranya cadangan dan pindaan yang mereka tuntut diterima oleh Kerajaan PN.
4.Ini dilema yang dialami oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Tunduk akur menerima tuntutan dan desakan PH, BN dan Pejuang akan menampakkan kelemahan kerajaan PN pimpinan beliau.Jika TSMY berkeras enggan meminda Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangannya itu, maka besar kemungkinan proses pengundian belah bagi akan berlaku di Dewan Rakyat. Ada kemungkinan Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 itu tidak dapat diluluskan oleh Dewan Rakyat.
5.Perkara 68(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Belanjawan tahunan negara mestilah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Rang Undang-Undang berkenaan kewangan tidak boleh datang dari Dewan Negara. Jika Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat. Apa akan jadi? Rang Undang-Undang yang tidak lulus itu tidak boleh dibawa ke Dewan Negara. Ia juga tidak boleh dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.
6. Dalam keadaan sedemikian, apa implikasinya? Kerajaan PN pimpinan TSMY tidak ada wang untuk menguruskan negara bagi tahun 2021.Sesebuah Kerajaan hanya boleh berbelanja dengan menggunakan peruntukan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen.
7.Apa pilihan yang PM Muhyiddin Yasin ada, jika beliau menghadapi senario sedemikian? Pilihan pertama ialah TSMY meletak jawatan sebagai Perdana Menteri bersama-sama seluruh anggota kabinet Kerajaan PN. Dalam erti kata lain Kerajaan PN tumbang.Soalannya adakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan pimpinannya mesti meletak jawatan jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan oleh ahli-ahli Parlimen?
8.Diteliti di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa tidak ada peruntukan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri dan Kabinet mesti meletak jawatan jika kalah dalam undian berkenaan Belanjawan Tahunan di Dewan Rakyat. Malaysia sejak Merdeka tidak pernah mengalami situasi di mana Rang Undang-Undang Belanjawan ditolak oleh Dewan Rakyat. Yang ada ialah amalan lazim atau disebut konvensyen yang diamalpakai di negara-negara demokarasi khususnya di dalam Komenwelth bahawa Perdana Menteri dan kabinet hendaklah meletak jawatan apabila kalah dalam undian Belanjawan tahunan.Kekalahan sedemikian dianggap kerajaan berkenaan khusus Perdana Menterinya tidak mendapat kepercayaan yang cukup di kalangan ahli parlimen.
9. Jadi, secara andaian yang mungkin, apa pilihan lain yang PM Muhyiddin Yassin ada,jika beliau enggan meletak jawatan? Muhyiddin boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menasihati Baginda supaya Dharurat seluruh negara diiystiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan atas alasan wujud keadaan dharurat yang besar di mana kehidupan ekonomi terancam akibat Belanjawan Negara tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat. Persoalannya adakah TSMY sanggup menghadap Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua memohon perisytiharan Dharurat selepas permohonannya kali pertama tidak lama dahulu ditolak oleh Baginda?
10. Pilihan lain yang ada pada Muhyiddin Yassin jika Belanjawan ditolak ialah beliau terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menasihati Baginda supaya Parlimen Penggal ke-14 ini dibubarkan dan satu Pilihanraya Umum diadakan. Apa risiko yang Muhyiddin mungkin hadapi jika berbuat demikian? Ada kemungkinan bahawa permohonan Perdana Menteri itu ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.
11.Apakah pilihan yang lazimnya dipakai di negara-negara demokrasi lain apabila Rang Undang-Undang Belanjawan Negara ditolak oleh Parlimen yang patut konvesyen ini dicontohi di Malaysia.Pilihannya ialah Perdana Menteri itu wajar menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan surat perletakan jawatan.Dengan berbuat demikian Kabinetnya juga gugur. Kerajaannya tumbang dan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan kuasa Baginda berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dengan melantik Perdana Menteri baru berdasarkan Perkara 43(2)(a). Sebuah Kabinet baru akan dibentuk dan sebuah Kerajaan baru ditubuhkan dengan tugas pertamanya ialah membentangkan Belanjawan tahun 2021.
12.Pemimpin-pemimpin blok pembangkang juga menyedari dilema yang mereka hadapi.Mereka tidak dapat menerima Belanjawan seperti apa yang telah dibentangkan di parlimen. Jika mereka tolak secara keseluruhan mungkin akan berlaku pergolakan politik yang hebat seperti yang dinyatakan di atas. Blok pembangkang tentu tidak bersetuju Perisytiharan Dharurat diisytiharkan kerana Belanjawan Kerajaan PN tewas diparlimen.Blok Pembangkang juga tentu berpandangan bahawa Pilihanraya Umum tidak patut diadakan dalam masa terdekat di mana Pandemik Covid-19 masih di peringkat bahaya dan Perintah PKPB dikuatkuasakan di banyak negeri.
13.Blok pembangkang juga dalam dilema kerana mereka tidak pasti apakah langkah yang akan diambil oleh PM Mahyuddin Yassin dan Kerajaan PN jika pada 25 November nanti Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 ditolak oleh Dewan Rakyat.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Sabtu 14 November 2020.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/beberapa-kemungkinan-jika-belanjawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Perspektif Undang Undang Kemungkinan Belanjawan 2021 Ditolak Di Dewan Rakyat

Dari Perspektif Undang Undang Kemungkinan Belanjawan 2021 Ditolak Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 265 hits
AHMAD SHAHRIL SHAHRILS 1 Apa akan jadi jika Belanjawan sulung Kerajaan Perikatan Nasional ditolak di Parlimen pada hari Khamis 26 November 2020 J Dari segi konvensyen itu bermakna ahli ahli Dewan Rakyat tidak mempunyai keyakinan terhadap Pe...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 460 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Tiada Sebab Belanjawan 2021 Ditolak Tengku Zafrul

Tiada Sebab Belanjawan 2021 Ditolak Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 1229 hits
mykmu netKUALA LUMPUR Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz optimis Belanjawan 2021 akan diterima kerana ia memberi fokus dalam membantu rakyat dan menjana semula ekonomi negara Menurut beliau belanjawan yang dibentang...
Beberapa Info Belanjawan 2021

Beberapa Info Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 278 hits
Kuala Lumpur Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen hari ini Ia adalah Belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada...
Belanjawan 2021 Tiada Apa Yang Menarik Malah Bahaya Jika Ianya Disokong

Belanjawan 2021 Tiada Apa Yang Menarik Malah Bahaya Jika Ianya Disokong

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 237 hits
Rata rata rakyat tampak tidak gembira dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi Bagi mereka tiada perkara menarik yang boleh membuatkan rakyat tersenyum dengan pembentangan belanja...
Belanjawan 2021 Lebih 2 Bilion Dana Disalurkan Untuk Pelbagai Inisiatif Lestari

Belanjawan 2021 Lebih 2 Bilion Dana Disalurkan Untuk Pelbagai Inisiatif Lestari

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 321 hits
Pelbagai inisiatif baru diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi Menarik sekali tumpuan yang besar turut diberikan ke arah pembangunan lestari negara Dana terbesar sebanyak 2 bilion diperuntukkan untuk Green Technology Fi...
Belanjawan 2021 Bukti Kerajaan Prihatin Bantu Depani Cabaran Ekonomi

Belanjawan 2021 Bukti Kerajaan Prihatin Bantu Depani Cabaran Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 346 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI 20 Rabiulawal 1442H Jumaat Dalam keadaan negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID 19 Belanjawan 2021 bajet kali pertama dibentang Perikatan Nasional disifatkan satu inisiatif yang memp...
Fitnah Baharu Daripada Pemimpin Ph Kononnya Abdul Hadi Awang Tak Hadi Perbentangan Belanjawan 2021

Fitnah Baharu Daripada Pemimpin Ph Kononnya Abdul Hadi Awang Tak Hadi Perbentangan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 355 hits
Pada 27hb Februari 2019 Presiden PKR fitnah TGHA dengan sehelai kertas fotokopi hitam legam sebagai bukti kukuh kononnya TGHA bayar 1 4 Miliyuun Ringgek kepada Editor Sarawak Report untuk selesai kes sivil saman fitnah dimahkamah UK Hari in...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya