Dapur Fiezasani Resipi Sup Ayam Sihat


Percubaan masak resipi sup ayam sihat minggu lepas. Mr hubby nak menu untuk diet katanya. Halah k.fiezz failed betul kalau menu sihat ni tau sebab tak reti nak masak apa. Dah la masak resipi diet sihat ni banyak tak boleh guna dalam masakan macam sos-sos, minyak masak, kicap, kiub, serbuk perasa & lain-lain. Banyak lah lagi, ni antaranya yang k.fiezz tahu. Tengok senarai tu, failed tau sebab semua k.fiezz guna dalam masakan. Tapi sebab mr hubby nak menu sihat sekarang ni, cari juga resipi diet sihat kat Mr Google. K.fiezz terjumpa satu blog ni yang kongsi resipi-resipi diet sihat dari Coach pakar kesihatan. K.fiezz tengok satu per satu semua resipi diet sihat yang dikongsi dalam blog tu. Nampak senang resipi-resipinya. Jadi jom lah try salah satu resipi diet sihat iaitu sup ayam sihat. Hah, semua sihat-sihat lah ayat belakangnya. haha. 
Senang je masak resipi sup ayam sihat yang coach tu kongsikan. K.fiezz cuba satu per satu dulu, yang lain-lain, sabar. Sila beratur. Nanti sis cuba, hokay. No worry. Maklumlah dah berusia ni nak amalkan makanan sihat gitu. hehe. 
RESIPI SUP AYAM SIHAT
Betul ke senang resipi sup ayam sihat dari coach tu. Meh k.fiezz tunjuk cara dia. Bila dah cuba masak resipi ni, serius senang je. Tak payah nak menumis bagai. Semua campak je dalam periuk, lepas tu biar sampai masak. Rasa sihat pun sihat sebab tak guna sebarang minyak. Ewah. kemain, baru je berjinak-jinak buat menu resipi diet sihat k.fiezz ooii..Feeling macam dah bertahun makan makanan seimbang. haha. 
Eh banyak lak k.fiezz ni membebel, jom tengok resipi sup ayam sihat ni.

BAHAN SUP AYAM SIHATAyam (guna bahagian dada - kalau boleh)2 ulas Bawang Putih *kisar2 biji Bawang Merah Besar *sebiji kisar & sebiji potong bulatSikit Halia *kisarKulit Kayu ManisBunga CengkihBuah PelagaKentang (k.fiezz potong 4)Lobak Merah (boleh guna kalau ada)1 sk Lada hitam *kisarGaramDaun Sup & Daun Bawang (hiasan)CARA MASAK SUP AYAM SIHATAyam potong kecil-kecil & kemudian direbus dahulu.Nampak ayam dah masak, baru masukkan bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga.Biarkan sekejap, kemudian masukkan lobak, kentang & lada hitam (kisar),bawang merah yang dipotong bulat. Masukkan garam. Kacau-kacau & biarkan sampai kentang & lobak lembut. Cuba rasa, kalau semua dah okey dari segi rasa, kentang & lobak pun dah lembut. SIAP!!!Nak makan baru letakkan daun sup & daun bawang untuk naikkan aroma sup ayam sihat ni. Lagi rasa berselera gitu. SEDAP TAK SUP AYAM SIHAT NISedap tak rasa sup ayam sihat ni? K.fiezz tanya mr hubby, dia kata lagi sedap dari sup biasa yang k.fiezz masak. Sup biasa tu ada guna minyak, kiub uolls. haha. Bila mr hubby kata yang sup ayam sihat ni lagi sedap, kembang kempis hidung sis sebab hat ni tak guna perasa tambahan. Cuma balance rasa dengan garam sahaja

Kalau korang yang baru nak mencuba resipi diet sihat, boleh cuba menu ni. Sebab sangat simple & tak banyak kerja. Bila balik kerja petang-petang, rushing nak sediakan makan malam, boleh cuba resipi sup ayam sihat ni. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas sangat & yang penting sihat

Sikit tips nak sediakan masakan sihat ni seperti di bawah :-Wajib kurangkan garam & gulaTak guna sebarang kiub dan serbuk perasaTak gunakan minyak (kukus & bakar sahaja)Gunakan bahan segar & bukan di prosesDada ayam tinggi protein & kurang lemak. Jadi pilih dada ayam berbanding bahagian lainJangan guna segala sos-sos (cili, tomato, tiram & yang seangkatan). Banyakkan guna bahan semulajadi (bawang, cili, halia)Bila k.fiezz dah cuba masak resipi diet sihat ni, memang betul proses memasak menu diet ni senang, jimat duit & paling penting dapat kuruskan badan lebih sihat

MASAK SECARA SIHAT UNTUK LEBIH SIHAT!!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/09/Dapur-FiezaSani-Resipi-Sup-Ayam-Sihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapur Fiezasani Cuba Resipi Kerabu Taugeh Yang Senang Nak Buat Ni

Dapur Fiezasani Cuba Resipi Kerabu Taugeh Yang Senang Nak Buat Ni

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 283 hits
Lagi resipi sihat gitu Eh tapi tak pasti lah kerabu taugeh ni boleh masuk dalam kategori resipi sihat ke tidak sebab salah satu bahan dia ada guna kicap cair Rasanya kalau tak masuk kicap cair ni macam tak boleh nak makan pula sebab rasa ko...
Resipi Lengkap Roti Naan Cheese Ayam Tandoori Keema Daging

Resipi Lengkap Roti Naan Cheese Ayam Tandoori Keema Daging

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 256 hits
Anda penggemar roti naan cheese dan ayam tandoori Rindu nak makan sama macam di kedai mamak Nah anda boleh cuba resipi lengkap daripada Tahrunnisah Jali ini Bukan saja boleh buat naan cheese dan ayam tandoori sendiri di rumah tetapi juga hi...
Sedap Mudah Resipi Nasi Ayam Hainan Versi Abah Masak

Sedap Mudah Resipi Nasi Ayam Hainan Versi Abah Masak

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 566 hits
Nasi Ayam Hainan adalah resepi yang popular di kalangan orang orang Cina Lain orang lain cara buatnya Kalau anda nak cuba kelainan bolehlah cuba resipi yang ini Melalui perkongsian daripada Adnan Mat Abu ini resipi nasi ayam Hainan ini vers...
Terlajak Sedap Resipi Ayam Meraung Confirm Buat Makan Bertambah

Terlajak Sedap Resipi Ayam Meraung Confirm Buat Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 253 hits
Enaknya jika dapat menikmati sajian Ayam Meraung yang sangat sedap dan mudah ni Ditambah pula dengan sos yang padu memang betul betul nikmat Nak cuba masak sajian istimewa ini untuk keluarga Resipi mudah perkogsian saudari Mas Salleh ni ant...
Sedapnya Dapat Makan Sup Wantan Ini Resipi Cara Buatnya

Sedapnya Dapat Makan Sup Wantan Ini Resipi Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 346 hits
Sedapnya dapat makan wantan dengan sup panas panas ni Kena pula dengan cuaca redup di luar Lagi berselera makan Ada orang kata nak buat wantan ni kena sabar kerana ia mengambil sedikit masa untuk disiapkan RESIPI CARA BUAT WANTANBAHAN KULIT...
Resipi Ayam Goreng Serai Thai

Resipi Ayam Goreng Serai Thai

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 388 hits
Sedapnya Ayam Goreng Serai Thai ni Cukup rasa rempah ramuannya Goreng pula garing garing dan dimakan panas Wafuh Memang membuka selera Apa kata hari ni cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni Merecik rasa dia Anda pasti sukakan ras...
Dapur Fiezasani Tortilla Wrap Diet Yang Senang Dan Tak Guna Sebarang Sos

Dapur Fiezasani Tortilla Wrap Diet Yang Senang Dan Tak Guna Sebarang Sos

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 331 hits
Tortilla Wrap Diet untuk mr hubby Mr hubby sekarang ni nak makan malam portion sikit Contoh macam makan nasi nak portion nasi sikit Adeh Pening jap sis nak buat sebab i tak diet haha Part nasi tu tak ada masalah Hat lauk tu apa benda lah na...
Resipi Ayam Bakar 3 Bahan Paling Mudah Sedap Untuk Bbq Dengan Keluarga

Resipi Ayam Bakar 3 Bahan Paling Mudah Sedap Untuk Bbq Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 380 hits
Dalam banyak banyak resipi Ayam Bakar mudah yang ada rasanya resipi perkongsian saudari Nurul Shuhadah Dzaki ni yang paling sempoi dan ringkas Mana tidaknya untuk menyediakan juadah enak ini anda hanya menggunakan 1 bahan asas dan 2 bahan s...
Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Guna 3 Bahan Saja

Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Guna 3 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 266 hits
Sejak lockdown ni kita buat menu layan tekak anak anak berkelah depan rumah Ayam goreng ni kegemaran anak anak nak cepat memang pakai bestari jela Menerusi perkongsian resipi daripada Suhasnida Ismail ayam goreng ini memang rangup seperti m...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza