Resipi Lengkap Roti Naan Cheese Ayam Tandoori Keema Daging



Anda penggemar roti naan cheese dan ayam tandoori? Rindu nak makan sama macam di kedai mamak?
Nah, anda boleh cuba resipi lengkap daripada Tahrunnisah Jali ini. Bukan saja boleh buat naan cheese dan ayam tandoori sendiri di rumah, tetapi juga hidangan sampingan lain seperti timun yogurt dan keema daging.
 
RESIPI CARA BUAT ROTI NAAN CHEESE

BAHAN ROTI NAAN:
300gm tepung gandum
1 ½ sudu kecil yis
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 sudu besar yogurt (natural)*
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
Cheese mozarella | diparut
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung 
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA-CARA:
1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dari resepi di atas. Bakinya nanti masukkan dalam tepung dan sedikit saja air suam. Kacau biarkan selama 5 minit. *jika yis aktif. Campuran tersebut akan mengembang seperti dalam gambar.

2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung. Aduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung. Aduk sebati, kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Uli sehingga adunan licin 10-15 minit.
4. Biarkan adunan naik sekali ganda. Tutup adunan dengan kain lembap selama 45 minit suhu agak suam-suam panas (seperti dalam ketuhar suhu 35c atau kawasan yang agak-agak panas untuk mempercepatkan proses kenaikan doh).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Adunan dah naik, bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung. Bulat-bulatkan seperti dalam gambar sehingga habis. Biarkan seketika dalam 10 minit tutup dengan kain.
6. Ambil sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan mozarella parut di tengah-tengah doh dan tutup semula (macam buat pau).
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan-lahan supaya cheese tadi tak terkeluar.
8. Panaskan non stick pan, tak perlu letak minyak ye. Api jangan kuat, sederhana sahaja atau perlahan.

9. Letak roti tadi atas non stick pan. Tutup kejap dengan penutup. Balik-balikkan roti tadi. Bila ia menggelembung, leperkan ia.

10. Siap angkat, boleh dihidang dengan kari pekat atau keema daging, ayam tandoori dan timun yogurt.

** Jika yogurt takde tak mengapa, abaikan. Cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye.
** susu segar tu jangan curah sampai habis, nanti terlembik pula. Masukkan sedikit demi sedikit. Adunan ni tak keras dan tak lembik, erti kata lain tak lekat di tangan.
** jika anda suka letak madu, siap masak layang-layangkan madu atas roti naan tadi.

 
RESIPI AYAM TANDOORI MAMAK HAJI

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
6 atau 8 ketul ayam yang disingkirkan lemak-lemak yang berlebihan
½ cawan atau 125 gm yoghurt asli / Greek-Style (nestle cawan kecil)
2 sudu besar rempah tandoori
2 sudu besar pes halia bawang putih | dilulurkan kesemua ketulan ayam
2 sudu besar jus limau nipis.
1 sudu garam masala (saya tak letak sebab takde)
½ sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar daun ketumbar segar | dicincang halus
2 sudu besar minyak masak (minyak ini bukan untuk apa, tak bagi melekat bila goreng dengan minyak sedikit)
½ sudu kecil serbuk pewarna oren merah (kalau tak ada, tambah serbuk kunyit sedikit tapi saya tak letak
1 biji bawang labu bersaiz besar | dihiris bulat
Garam dan perasa makanan (aji) secukup rasa (tak mahu aji, guna gula sikit)

CARA-CARA:
1. PENYEDIAAN PES TANDOORI – 4 sudu besar air stok ayam atau air biasa dengan adun serbuk tandoori, garam masala, serbuk jintan putih, lada putih dan minyak. Masak di atas dapur dengan api kecil dan jadikan pes.
2. Masukkan yoghurt, daun ketumbar dan pes tandoori (telah sediakan) dan garam secukup rasa. Kalau nak warna tandoori ayam berwarna merah menyala, masukkan pewarna kalau suka. Gaul sebati adunan ini.
3. Ketulan ayam bahagian tebal daging, kelar sedikit dan tekan sedikit dan masukkan pes campuran garam + serbuk cili dan jus limau nipis. Ini untuk daging yang tebal cepat masak dan juga bahagian dalam daging itu berasa.
4. Masukkan semua ketulan ayam dalam pes tandoori yang telah sediakan. Pastikan ketulan ayam disalut dengan baik.
5. Peram selama lebih dari sejam atau yang terbaik semalaman dalam peti sejuk bahagian dingin.
6. Panaskan kuali leper tak melekat kalau ada. Kalau tak ada, kuali biasa pun boleh. Masukkan sedikit minyak masak dalam 1/4 bahagian ketulan ayam dan goreng dengan api dapur yang sederhana. Jangan hangus, kita cuma nak keluarkan air ayam yang berlebihan. Goreng dalam 50 peratus masak.
7. Sementara itu, panaskan ketuhar dalam suhu 180C bersama chargrill plate (plate bakar). Sapukan minyak selaput nipis di permukaan chargrill.
8. Susun hirisan bawang yang dipotong bulat di atas. Hirisan bawang ini bukan saja memberi haruman kepada ayam, tetapi ia menentukan pengudaraan baik di bawah ketulan ayam dengan permukaan plate chargrill itu. Kadangkala permukaan ketulan ayam akan berair sangat dan bila sejat isi ayam akan melekat. Kalau bakar ayam penuh buat begini.
9. Masa pembakaran awal adalah 30-40 minit, selepas itu terbalikkan ketulan ayam dengan sapukan pes yang berlebihan itu di permukaan ketulan ayam.
10. Bakar kembali dalam 40 minit lagi dan sapukan minyak sekali kala pada ketulan ayam supaya permukaannya tidak kering. Tunggu hingga ketulan daging ayam bertukar kepada warna keemasan, ambil seketul cuba potong dan pastikan ia masak dengan sempurna.
RESIPI TIMUN YOGURT
2 batang timun | diracik halus
2 cawan plain yogurt
Sedikit garam
Sedikit dry mint
CARA-CARA:
Campurkan kesemuanya dalam satu bekas.

 
RESIPI KEEMA DAGING
1/2 kg daging | dipotong kecil & dibersihkan
Sedikit halia
3 biji bawang putih | dicincang halus
2 biji bawang besar saiz sederhana | dicincang halus
2 sudu kecik serbuk ketumbar | ditumbuk
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar cili kisar
1 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1@2 biji tomato | dipotong dadu
Kacang peas
Sedikit minyak (untuk menumis)
2 sudu yogurt plain
1 sudu besar garam masala

CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia. Biar ia naik bau dan masukkan cili kisar.
2. Masukkan rempah 4 beradik (kayu manis, lawang, cengkih,pelaga), kemudian masukkan rempah serbuk ketumbar dan jintan putih dan garam masala.
3. Kemudian masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sedikit air lagi. Jangan terlalu cair sangat ye sebab ia tak guna santan. Masukkan tomato, kacang peas, yogurt dan perasakan dengan garam.
Kredit resipi: Tahrunnisah Jali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: 
Sedapnya  Tauhu Bergedil Ketam, Setiap Gigitan Terasa Isi Ketam!

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: 
The post Resipi Lengkap Roti Naan Cheese, Ayam Tandoori & Keema Daging  appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/08/resipi-lengkap-roti-naan-cheese-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Lasagna Roti Daging Berkeju Mudah Untuk Makan Malam

Resipi Lasagna Roti Daging Berkeju Mudah Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 255 hits
Bagi penggemar sajian Lasagna resipi perkongsian saudari Cik Daa ini antara yang mudah dan boleh dicuba Bahan bahannya mudah sahaja Lasagna ini menggunakan roti sandwic sebagai asasnya dan dilapisi dengan sos daging dan juga keju yang enak ...
Resipi Puteri Ayu Cheese Warna Warni Comel Sedap Dimakan

Resipi Puteri Ayu Cheese Warna Warni Comel Sedap Dimakan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 233 hits
Puteri Ayu Cheese perkongsian saudari Nitaharry ni memang memukau selera Nampak gebu dan sedap Bagi anda yang menggemari keju pun boleh mengolahnya menjadi Apam Puteri Ayu Cheese Bagi yang kurang gemar keju bolehlah masak Puteri Ayu yang di...
Resipi Mudah Cheese Cake Versi Bayi Hanya Guna 3 Bahan Boleh Tambah Berat Badan Anak

Resipi Mudah Cheese Cake Versi Bayi Hanya Guna 3 Bahan Boleh Tambah Berat Badan Anak

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 363 hits
Keju adalah makanan yang sedap dan memiliki khasiat tertentu untuk bayi Selain membekalkan sumber tenaga keju juga mampu memberi lemak baik kepada bayi Selain susu keju juga adalah sumber kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi ...
Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Guna 3 Bahan Saja

Resipi Ayam Goreng Ala Kfc Guna 3 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 252 hits
Sejak lockdown ni kita buat menu layan tekak anak anak berkelah depan rumah Ayam goreng ni kegemaran anak anak nak cepat memang pakai bestari jela Menerusi perkongsian resipi daripada Suhasnida Ismail ayam goreng ini memang rangup seperti m...
Resipi Ayam Bakar 3 Bahan Paling Mudah Sedap Untuk Bbq Dengan Keluarga

Resipi Ayam Bakar 3 Bahan Paling Mudah Sedap Untuk Bbq Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 368 hits
Dalam banyak banyak resipi Ayam Bakar mudah yang ada rasanya resipi perkongsian saudari Nurul Shuhadah Dzaki ni yang paling sempoi dan ringkas Mana tidaknya untuk menyediakan juadah enak ini anda hanya menggunakan 1 bahan asas dan 2 bahan s...
Resipi Puding Roti Pelangi Campur 2 Jenis Susu Jadi Lagi Sedap Nak Buat Pun Mudah

Resipi Puding Roti Pelangi Campur 2 Jenis Susu Jadi Lagi Sedap Nak Buat Pun Mudah

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 268 hits
Hujung minggu inilah masa untuk mama bereksperimen mencuba segala jenis makanan kesukaan anak anak Apa kata hujung minggu ini mama cuba sediakan puding roti pelangi ini pula untuk keluarga Gabungan bahan yang mudah dengan campuran dua jenis...
Sedap Tak Kering Ini Resipi Puding Roti Bakar Sos Kastad Yang Sangat Best

Sedap Tak Kering Ini Resipi Puding Roti Bakar Sos Kastad Yang Sangat Best

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 219 hits
Suka makan Puding Roti Jika kit acari resipi manisan ni ada pelbagai jenis Ada yang kukus ada yang bakar Kali ini saudari Syazwany Bakri ada kongsikan resipi Puding Roti versi bakar yang beliau gunakan untuk jualan Bolehlah anda cuba nanti ...
Sedap Mudah Resipi Nasi Ayam Hainan Versi Abah Masak

Sedap Mudah Resipi Nasi Ayam Hainan Versi Abah Masak

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 548 hits
Nasi Ayam Hainan adalah resepi yang popular di kalangan orang orang Cina Lain orang lain cara buatnya Kalau anda nak cuba kelainan bolehlah cuba resipi yang ini Melalui perkongsian daripada Adnan Mat Abu ini resipi nasi ayam Hainan ini vers...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm