Dapur Fiezasani Resipi Salad Ayam Grill Yang Sedap


Cuti honeymoon, blog pun bercuti juga..Jom ambil mood nak sambung membebel kat blog. K.fiezz nak kongsi resipi terbaru yang k.fiezz cuba. Resipi diet untuk mr hubby. Diet mr hubby ni on off on off. So k.fiezz pun masak menu diet untuk mr hubby ni kadang on kadang off juga.hehe. Ni menu diet terbaru untuk mr hubby iaitu salad ayam grill. K.fiezz cari dari Mr Google sajo. Ada beberapa resipi diet dalam satu entry yang k.fiezz jumpa dari 1 blog ni. Share kat mr hubby artikel yang ada beberapa resipi untuk diet tu. Mr hubby pilih resipi salad ayam grill ni. Kebetulan masa k.fiezz nak cuba resipi ni, hari yang ada pasar tani kat pejabat k.fiezz. Senang nak beli daun salad sikit je. Kalau kat pasaraya, kan kena beli selambak besar lepas tu sampai 2 pula tu. Adeh jenuh nak perabiskan. Kebetulan ada pasar tani, k.fiezz boleh  beli daun salad yang saiz kecil & jual dalam kuantiti sikit. Biasa kat pasar tani jual kuantiti sikit-sikit je. Betul tak. Jadi moh lah mencari daun salad dulu. Tak ada daun salad, macam tak complete pula resipi salad ayam grill ni..
Misi mencari daun salad di pasar tani berjaya. Jadi misi mencuba resipi salad ayam grill pun onzz.hehe..
RESIPI SALAD AYAM GRILLTengok resipi salad ayam grill ni memang senang bangat. Itu yang k.fiezz lagi tertarik nak cuba. hehe. Nampak sedap pun iya juga. hehe. So jomss ke dapur..
Bahan-Bahan Salad Ayam Grill
1 @ 2 ketul Dada Ayam1 Sudu Kecil Serbuk Cayenne1 Sudu Kecil Serbuk Paprika1 Ulas Bawang Putih (sagat halus dengan penyagat)1/2 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam2 Sudu Besar Minyak ZaitunSedikit Garam,pepper & serbuk perasa cendawanDaun Salad Baby tomato (belah 4)Untuk Dressing
Mustard1/2 Perahan Lemon (K.fiezz guna 1 biji limau kasturi) sebab tak ada stok lemon kat rumahCara Masak Salad Ayam GrillBersihkan ayam & toskan kejap. Kalau nak cepat, lap ayam bagi kering.Lumurkan serbuk cayenne, paprika, bawang putih, lada hitam, minyak zaitun, garam, serbuk perasa cendawan. Gaulkan sekata. Belahkan sikit untuk bagi bahan meresap masuk dalam ayam. Perapkan dalam 1 jam.Sementara itu, rendamkan sekejap daun salad dalam air sejuk. Kemudian tos & potong kasar. Lepas cukup sejam atau lebih perap ayam, guna air fryer untuk grill ayam. K.fiezz masak guna Elba Air Fryer (suhu - 180 & tempoh masa - 12 minit depan & 12 minit belakang)Keluarkan ayam & hiris nipis. Masukkan ayam dalam bekas yang dah ada daun salad, baby tomato & dressing. Siap untuk hidang.

SEDAP TAK SALAD AYAM GRILLK.fiezz ada try rasa sikit menu mr hubby ni. Eh sedap lah weiii..haha. Masuk bakul angkat sendiri. Mr hubby pun cakap sedap. haha. Tapi serius sedap..Sis suka...Untuk salad ayam grill ni k.fiezz buat 2 versi. Satu lagi dalam bentuk wrap. Risau mr hubby lapar pula makan salad ayam je, jadi k.fiezz letak sikit untuk buat wrap. 
Overall resipi salad ayam grill ni memang sedap & menyelerakan untuk orang yang nak jaga pemakanan. Idak lah bosan je kan menu orang diet. Orang malas nak diet sebab selalunya makanan diet tak sedap tapi yang ni k.fiezz gerenti korang suka...
Diet tak semestinya tak boleh nak makan sedap & makan sayur je hari-hari. Kena balance juga pemakanan kita dari segi pengambilan lauk-pauk, sayur-sayuran, buah-buahan..Betul tak. Jadi untuk salad ayam grill ni complete set. 


DIET-DIET PUN NAK MAKAN SEDAP JUGA, BETUL TAK?hehe...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/10/Dapur-FiezaSani-Resipi-Salad-Ayam-Grill-Yang-Sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Perap Resipi Ayam Bakar Kicap Ni Memang Juicy Sedap

Tak Perlu Perap Resipi Ayam Bakar Kicap Ni Memang Juicy Sedap

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 192 hits
Ayam Bakar Kicap yang juicy dan sedap Resipi ini cukup mudah kerana ia tidak perlu diperap Tahap kepedasannya juga boleh diubah suai mengikut selera masing masing Sangat sedap dinikmati bersama dengan Bagi anda yang gemar mencuba resepi bar...
Sedap Tanpa Minyak Cubalah Resipi Ikan Mabong Air Asam Rebus

Sedap Tanpa Minyak Cubalah Resipi Ikan Mabong Air Asam Rebus

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 220 hits
Kalau ke kedai nasi campur pasti pernah jumpa menu Ikan Kembung atau Mabong Masak Air Asam Rebus ni kan Menu yang sangat simple dan membuka selera Nak cuba masak menu ni hari ni Jom cuba resipi perkongsian saudari Afy Al HAbibi ni Sedap Pas...
Resipi Semur Ayam

Resipi Semur Ayam

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 311 hits
Kali ni resipi semur ayam enak banget ni dimasak oleh bibik MY tengok aje sambil main henpon Jadi gambar masa masak takde lah Ada gambar lepas masak aje Resipi Semur AyamBahan bahan Seetengah ekor ayam dipotong sederhana dan cuci bersih2 su...
Resipi Ayam Goreng Spicy Homemade Rasa Macam Ayam Goreng Mcd

Resipi Ayam Goreng Spicy Homemade Rasa Macam Ayam Goreng Mcd

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 259 hits
Hidangan Goreng Spicy pastinya menjadi kegemaran ramai Lagi rangup lagi sedap Tapi jika kita ni ada anak anak ramai jenuh juga nak beli di restoran Lebih lebih lagi di zaman segala harga barang meningkat naik ni Pastinya memerlukan belanja ...
Resipi Puding Biskut Sultana Paling Sedap Makan Sejuk Sejuk

Resipi Puding Biskut Sultana Paling Sedap Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 360 hits
Bila sebut pasal Puding biasanya diperbuat dari roti telur atau biskut lemak Tapi menerusi hantaran saudari Hamidah HA beliau berkongsi resipi Puding Biskut Sultana yang dicuba dari empunya asal Pn Salbiah Mohd Noh Wow Biskut ni kalau dimak...
Resipi Asam Gumpal Inti Kacang Hijau Mudah Buat Sedap

Resipi Asam Gumpal Inti Kacang Hijau Mudah Buat Sedap

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 296 hits
Sedapnya Kuih Asam Gumpal Biasanya bila tiba bulan kuih ini menjadi pilihan ramai Di sesetengah kawasan agak sukar nak dapatkan juadah juadah kegemaran terutamanya pilihan orang Pantai Timur Andai ada pun tak sama seperti rasa yang kita mak...
Resipi Puding Roti Marble Guna Agar Agar Tali Sedap Elok Hasilnya

Resipi Puding Roti Marble Guna Agar Agar Tali Sedap Elok Hasilnya

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 279 hits
Roti Marble memang jadi kegemaran ramai Jika ada lebihan roti yang dah hampir keras dan nak tamat tempoh anda boleh hasilkan sajian manisan ni Dari dibiarkan begitu sahaja pastinya membazir kan Tak susah pun Malah resipi perkongsian saudari...
10 Jenis Resipi Kek Yang Sedap Mudah Dibuat

10 Jenis Resipi Kek Yang Sedap Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 370 hits
Menu minum petang kek antara yang senang untuk disediakan Pelbagai jenis kek yang boleh dibuat antaranya kek coklat kek pandan kek nestum dan juga kek mango cheese Paling menarik dalam koleksi 10 resipi kek ini anda boleh cuba kek sarang se...
Mak Kongsi Resipi Sambal Ikan Gonjeng Masin Sedap Gaul Nasi Panas

Mak Kongsi Resipi Sambal Ikan Gonjeng Masin Sedap Gaul Nasi Panas

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 256 hits
Sambal Ikan Gonjeng Masin perkongsian saudari Nuriani Buang ini sangat istimewa Mana tidaknya ia adalah resipi yang dikongsi dari ibunya Sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan ternyata sambal ini sangat sedap dan membuka...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah