Dapur Fiezasani Ayam Grill Air Fryer Cepat Dan Sedap
Ayam Grill Air Fryer untuk menu diet mr hubby. Kisahnya Mr hubby tengah ikut program Lemak to lean untuk 1 minggu. Program ni seminggu je tapi lepas tu atas diri sendiri untuk consisten teruskan sendiri program kuruskan badan masing-masing. Udah joint program kuruskan badan ni selain kena exercise wajib jaga makan juga. Aihh pening k.fiezz nak cari menu untuk diet weiii sebab k.fiezz bukan kaki diet. haha. Tapi mr hubby tengah bersemangat nak kuruskan badan, kena lah bagi support. Bukan setakat sokongan beshe-beshe je. Kena seiring sekali penyediaan makanan sihat untuk mr hubby. Ni antara menu diet ayam air fryer yang dikongsi oleh coach program ni di You Tube dia. Jom lah masak sebab simple je ayam grill air fryer ni. Suka pula sis masak menu untuk orang diet ni. Simple giler.
AYAM GRILL AIR FRYER
Bahan - Bahan :
2 Keping Ayam (bahagian dada)Minyak Zaitun (Extra Virgin Oil) - Ada beza minyak zaitun yang untuk goreng & dressing. Baca instruction kat belakang botol sebelum beli. 1 -2 sudu kecil Paprika 1 sudu kecil Cayenne1 -2 sudu kecil Lada Hitam1 sudu kecil Perfect Pinch1 sudu kecil Mixed Herbs1 sudu kecil Garlic PowderBread crumbs (Serbuk Roti)K.fiezz tak ikut sangat pun sukatan 1 sudu kecil tu. Main agak-agak je. Untuk bagi rasa pedas, k.fiezz lebihkan lada hitam dengan paprika tu je.
CARA MASAK :
Ayam di belah bahagian tengah & letak minyak zaitun yang jenis dressing pada ayam. Sapu pada keseluruhan ayam.Campurkan segala bahan rempah ratus dalam 1 bekas kemudian gaul bagi sekata.Salutkan ayam dengan bahan-bahan tersebut. Lepas tu boleh masak dalam air fryer selama 10 minit, suhu 200 darjah celcius (5 minit sebelah kemudian 5 minit lagi sebelah). Anggaran masak ni ikut jenis air fryer masing-masing. K.fiezz guna air fryer jenis ELBA, total masak keseluruhan ayam bahagian dalam & luar selama 10 minit.SIAP untuk di makan. Boleh ratah gitu je atau makan dengan nasi (beras perang). Ikut selera masing-masing. Tapi seeloknya untuk orang diet, kena guna beras perang.
SEDAP TAK AYAM GRILL AIR FRYER NI?
Serius sedap weii ayam grill air fryer ni. Macamana sis tahu? Takkan masak untuk orang diet je yea tak?Harus lah menyelit juga untuk diri sendiri walaupun sis tak diet. hehe. Menu diet ayam air fryer ni lulus lalu kat tekak k.fiezz sebab ada rasa pedas-pedas campuran rempah ratus tu. Jadi bila makan tu tak lah rasa tawar, muak. Menu diet ni kena bagi juga rasa sedap supaya tak macam kena paksa bila makan, betul tak?Sebab tekak kita orang melayu ni suka yang pedas baru rasa selera makan, kita bagi rasa pedas tu. Yang penting rasa dia tu pedas tapi sihat untuk badan.
Ni je ke menu diet yang k.fiezz dah cuba? Eh...see the hand. Haha. Ada lagi tau. Nanti k.fiezz share satu-satu yea. hehe.
Best pula masak menu diet ni. Sonang sangat. Main bakar-bakar & campur je rempah-ratus. Kacau. Dah, siap.
Harap mr hubby konsisten untuk turunkan berat badan & sis konsisten sediakan menu makanan sihat untuk mr hubby..Caiyok caiyok caiyok..
SEDAP RUPANYA MENU DIET NI TAU....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/06/Dapur-FiezaSani-Ayam-Grill-Air-Fryer-Cepat-dan-Sedap.html