Dap Sudah Menjadi Kaduk Naik Junjung Bersatu Ibarat Sepah


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudinainulillia 20/05/2019

Pemuda Berjasa saran Bersatu kaji semula hubungan dengan DAP

BANGI, 15 Ramadan 1440H, Isnin – Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dinasihatkan menilai kembali hubungan dan kerjasama yang dibuat bersama parti tamak haloba DAP dan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).

Nasihat itu diberikan, Pemuda Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) susulan polemik isu program matrikulasi dan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang semakin berselirat dan bersimpul, serta tidak ada tanda-tanda ia akan reda dengan baik.

“Kenyataan awal Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengenai kuota kemasukan ke program matrikulasi dikekalkan dalam nisbah 90:10 untuk pelajar Bumiputera:bukan Bumiputera, mengundang reaksi negatif daripada kem beliau sendiri, hatta Timbalan Menteri Kewangan juga berdalih daripada menyatakan sokongan terhadap keputusan Kabinet.

“Tambahan pula keluar suara yang membantah keputusan berkenaan daripada rakan sekutu lama DAP, Parti Gerakan, yang suatu ketika dahulu bergandingan berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur,” kata Ketua Pemuda Berjasa, Iqbal Hakim Abdul Razak dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya, polemik ini berterusan apabila satu lagi kenyataan Maszlee telah dipetik baru-baru ini yang mengaitkan sistem kuota matrikulasi dengan diskriminasi dalam pasaran pekerjaan di Malaysia.

“Bertambah-tambah reaksi negatif daripada kumpulan-kumpulan bukan Bumiputera, baik dari kem PH mahupun pembangkang, sehingga wujud satu petisyen menuntut menteri pendidikan dilucutkan jawatannya,” katanya.

Iqbal Hakim berkata, Pemuda Berjasa melihat perkara ini bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana umum mengetahui kesepakatan dan kesatuan hati antara komponen PH adalah rapuh dan lemah.

Beliau berkata, situasi itu bukan hanya dapat dilihat dalam isu matrikulasi sahaja, bahkan dalam banyak lagi isu lain, di mana dapat dilihat kepimpinan PH sering menyanggah antara satu sama lain.

“Rakyat juga melihat betapa dalam PH yang jelas memaparkan imej berkuasa lagi menguasai adalah DAP. Rakan sekutu mereka yang lain hanya sekadar berperanan untuk membantu DAP mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada BN dalam PRU14.

“Setelah itu, DAP yang memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju polisi dan dasar negara. Lihat sahaja kepada tindak-tanduk mereka, lebih-lebih lagi dalam Kementerian Pendidikan di mana timbalan menteri pendidikan dipaparkan dengan imej bertindak cekap berbanding menteri pendidikan sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Pemuda Berjasa menyeru pimpinan Bersatu untuk melakukan muhasabah dan menilai kembali pakatan bersama DAP.

“Tindakan terbaik untuk kalian adalah dengan meninggalkan PH yang ternyata jelas dipergunakan oleh DAP untuk meraih sokongan rakyat majoriti di Malaysia iaitu orang Melayu dan Bumiputera, semata-mata demi mencapai kemenangan dalam PRU14. Kini mereka sudah jadi kaduk naik junjung, kalian pula ibarat habis madu sepah dibuang.

“Ketahuilah sesungguhnya kestabilan politik dan sosial di Malaysia hanya dapat dicapai dengan kesepakatan agenda rakyat majoriti, iaitu kesepakatan orang Melayu Islam dan Bumiputera, dalam usaha membentuk perpaduan nasional, pembentukan polisi dan hala tuju Kerajaan Malaysia demi mencapai Malaysia yang aman makmur dan sejahtera berpanjangan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/dap-sudah-menjadi-kaduk-naik-junjung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Profesor Dap Bimbang Zakir Naik Makin Popular Di Malaysia

Profesor Dap Bimbang Zakir Naik Makin Popular Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 337 hits
Pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik tidak boleh dibiarkan bersendirian di atas pentas tanpa ada pihak menjawab hujahnya kata profesor DAP Mohd Tajuddin Mohd RasdiProfesor seni bina dari University College Sedaya International itu berkata uc...
Melayu Bersatu Melalui Umno Pas Dikatakan Rasis Cina Bersatu Melalui Dap Apa Pula

Melayu Bersatu Melalui Umno Pas Dikatakan Rasis Cina Bersatu Melalui Dap Apa Pula

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 489 hits
KEMENANGAN Dap di PRK Parlimen Sandakan memang sudah dijangka Melihat kepada komposisi kaum di kawasan itu yang didominasi pengundi Cina kita memang sudah menjangkakan Dap akan menang Parti Bersatu Sabah bukan bersama Barisan Nasional lagi ...
Aidilfitri Harga Barang Naik Tapi Tidak Mendadak Menteri Puas Hati

Aidilfitri Harga Barang Naik Tapi Tidak Mendadak Menteri Puas Hati

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 325 hits
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun ada aduan kenaikan harga barang yang diterima kementeriannya setiap hari namun ia tidak berlaku secara mendadak Sehubungan itu kat...
Menhub Budi Karya Tiket Pesawat Mahal Berita Baik Orang Jadi Milih Naik Bus Lha Gimana Sih Pak

Menhub Budi Karya Tiket Pesawat Mahal Berita Baik Orang Jadi Milih Naik Bus Lha Gimana Sih Pak

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 235 hits
Tiket mahal bikin permintaan naik bus naik tiga kali lipat lho Siap siap nih pindah dari naik pesawat jadi naik bus T T
Harga Ron95 Diesel Kekal Ron97 Naik Lapan Sen

Harga Ron95 Diesel Kekal Ron97 Naik Lapan Sen

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 310 hits
PUTRAJAYA Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing masing kekal pada paras RM2 08 dan RM2 18 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 31 Mei depan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata harga runcit petrol RON97 p...
Inflasi As Terjaga Suku Bunga The Fed 2019 Dipercaya Tak Naik

Inflasi As Terjaga Suku Bunga The Fed 2019 Dipercaya Tak Naik

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 230 hits
PT Manulife Aset Manajemen Indonesia memperkirakan Bank Sentral AS Federal Reserve akan menahan suku bunga The Fed di level yang sama pada tahun ini Hal ini disampaikan Portfolio Manager Equity PT Manulife Aset Manajemen Indonesia Andrian T...
Jangan Salahkan Kerajaan Jika Harga Barangan Naik

Jangan Salahkan Kerajaan Jika Harga Barangan Naik

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 380 hits
Kerajaan tidak mengawal harga semua barang di negara ini sebaliknya ia ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran di pasaran kata Exco Kesihatan Alam Sekitar Koperasi dan Kepenggunaan S Veerapan Justeru beliau berkata orang ramai perlu...
Pt Golden Energi Target Penjualan Dan Produksi Batubara Naik 30 Persen Di 2019

Pt Golden Energi Target Penjualan Dan Produksi Batubara Naik 30 Persen Di 2019

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 219 hits
Sekedar informasi di tahun 2018 Perseroan berhasil membukukan angka penjualan sebesar Rp 190 miliar meningkat 230 persen dari tahun sebelumnya sebesar Rp 57 miliar
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas