Melayu Bersatu Melalui Umno Pas Dikatakan Rasis Cina Bersatu Melalui Dap Apa Pula



KEMENANGAN Dap di PRK Parlimen Sandakan memang sudah dijangka. Melihat kepada komposisi kaum di kawasan itu yang didominasi pengundi Cina, kita memang sudah menjangkakan Dap akan menang
Parti Bersatu Sabah (PBS) bukan bersama Barisan Nasional (BN) lagi. PBS sudah meninggalkan BN dan tidak lagi berada dalam komponen itu. Walau bagaimanapun oleh kerana PBS merupakan parti pembangkang maka sebagai menunjukkan solidariti, UMNO Sabah membantu calon PBS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini
PRK ini mengesahkan lagi bahawa sokongan pengundi Cina masih kepada Dap. Semasa Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) sokongan pengundi Cina terhadap Dap berada pada tahap 95 peratus. Ini bermakna orang Cina telah bersatu di bawah Dap untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang ketika itu diterajui BN
Jika dilihat daripada keputusan PRU lalu, Dap menguasai negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka malah Johor
Di dalam Parlimen pula, Dap merupakan parti kedua terbesar selepas PKR. Kemenangan mereka di kerusi campuran pengundi Cina yang ramai. Ini jelas menunjukkan orang Cina bersatu di bawah Dap untuk menumbangkan Kerajaan BN. ‘Trend’ sokongan ini berterusan dan dapat dilihat di PRK Sandakan
Kita tidak menyalahkan orang Cina untuk bersatu menyokong Dap. Itu hak mereka berlandaskan hak demokrasi. Itu hak mereka untuk memperkukuhkan solidariti kaum mereka. Itu hak mereka untuk meneruskan agenda mereka bagi menuntut lebih banyak yang mereka anggap hak mereka. Demi demokrasi tiada siapa berhak menghalang
Cuma yang menghairankan mengapa hak-hak tersebut tidak boleh diperjuangkan oleh orang Melayu
Apabila orang Melayu ingin bersatu di atas platform Perpaduan Ummah seperti penyatuan kerjasama antara UMNO dan PAS, ada pula pihak tertentu yang keras menentang. Pemimpin Dap seperti Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng membuat kenyataan menuduh kerjasama ini sebagai satu pengistiharan perang terhadap orang bukan Melayu
Malah Pengerusi Dap Perak, Nga Kor Ming membuat kenyataan bahawa jika UMNO-PAS berjaya menubuhkan kerajaan, Malaysia kononnya akan ditadbir oleh kerajaan ala Taliban
Persoalannya kenapa orang Melayu dihalang daripada bersatu bersama UMNO-PAS dan dituduh pula dengan pelbagai persepsi negatif, sedangkan mereka merasakan tidak salah pula orang Cina bersatu di bawah Dap
Apakah hak untuk bersatu memperkukuhkan kerjasama kaum hanya merupakan hak orang “Cina Dap” semata-semata? Apakah Orang Melayu tidak mempunyai hak untuk bersatu
Jika bersatu itu dianggap rasis dan boleh mengancam kaum lain? Orang Cina bersatu dengan Dap bukan sahaja untuk menuntut apa yang mereka fikir hak mereka, tetapi turut mencabar dan menggugat hak orang Melayu dan Bumiputera
Sedangkan orang Melayu bersatu hanya untuk mempertahankan hak mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial yang sedang digugat dan dicabar oleh Dap
Saya harap Dap tidak bersikap bias terhadap orang Melayu. Jangan kerana untuk menutup sikap perkauman mereka yang rakus dan jahat, maka orang Melayu dilemparkan pelbagai fitnah sedangkan dalam masa yang sama Dap menghalalkan pula segala tindak tanduk chauvanis mereka
Sejak merdeka negara berada dalam keadaan aman sejahtera. Sikap toleransi dan hormat-menghormati antara kaum membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman makmur dan tenteram. Janganlah cuba pecah-belahkan keadaan sedia ada. Gunakan hak masing-masing dalam ruang lingkup yang telah dipersetujui berlandaskan Perlembagaan
Jangan menceroboh ke luar garisan sempadan yang dibenarkan. Ingat! Keamanan dan kemakmuran negara adalah tanggungjawab bersama
MCA juga merupakan parti kaum Cina yang memperjuangkan kepentingan kaum tersebut tetapi perjuangan mereka di dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan. Namun MCA dianggap pembelot kepada kaum cina oleh penyokong Dap
Jelas bahawa Dap bukan sahaja rasis tetapi cuba mencabar dan merobah sesuatu yang dipersetujui oleh semua kaum di dalam “sosial kontrak” yang seterusnya membentuk Perlembagaan Persekutuan
Tindakan Dap ini merupakan “time bomb” kepada kedamaian Malaysia. Penghinaan tanpa henti kepada Islam dan Bangsa Melayu secara terbuka tanpa henti benar-benar mencabar kesabaran kaum Melayu
Kerisauan saya ialah kesabaran orang Melayu yang semakin tercabar. Kekhuatiran saya apabila kesabaran yang sudah sampai kepada kemuncak ini akhirnya akan membinasakan keamanan negara dan boleh mencetuskan huru-hara yang pernah tercatat dalam lipatan sejarah negara
Penghinaan terhadap Islam dan Melayu harus dihentikan dan tidak sesekali boleh dijadikan perkara enteng dan remeh
Dengan semangat Ramadan yang berkat ini saya menyeru orang Melayu supaya bersatu dan istiqamah tanpa kita perjudikan sikap kepartian yang jelas telah merugikan kaum pada hari ini
Melayu dipecah-belahkan kepada banyak segmen agar lemah, tetapi dalam masa yang sama “orang cina Dap” jelas dalam politik kaum mereka sehingga ada pihak yang sudah terlalu berani menuntut sesuatu yang bukan hak mereka pun
Melayu perlu bersatu untuk mempertahankan hak kita dan mengekalkan segala isi kandungan Perlembagaan Persekutuan yang sama kita persetujui sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan bertoleransi. Keamanan bukan sesuatu yang boleh dijual-beli
Dengan itu marilah kita sama-sama tanpa mengira ugama, kaum atau latar belakang keturunan mengekalkan keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini tanpa memperjudikan masa depan Malaysia
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2019/05/melayu-bersatu-melalui-umno-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pas 13 Mei Bukan Salah Melayu Atau Cina Tapi Dap

Pemimpin Pas 13 Mei Bukan Salah Melayu Atau Cina Tapi Dap

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 654 hits
ULASAN Tragedi 13 Mei 1969 telah membuka mata masyarakat mengenai peri pentingnya menjaga hubungan kaum dalam Malaysia Sikap hormat menghormati bertolak ansur bertoleransi dan menjauhi sifat sifat yang terkeji seperti berdengki beriri hati ...
Pemimpin Dap Tutup Mulut Jangan Fitnah Kerjasama Umno Dan Pas Shamsul Anuar Nasarah

Pemimpin Dap Tutup Mulut Jangan Fitnah Kerjasama Umno Dan Pas Shamsul Anuar Nasarah

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 337 hits
Pemimpin Dap tutup mulut jangan bercakap dan menuduh UMNO dan PAS dengan tuduhan yang tidak benar dan tidak betul ujar Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Jelas beliau 61 tahun Barisan Nasional memimpin negara ini ...
Kerjasama Pas Umno Lebih Baik Dari Bersatu

Kerjasama Pas Umno Lebih Baik Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 327 hits
Hashim Jasin ALOR SETAR Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin mendedahkan pada peringkat awal mereka bimbang jika kerjasama antara UMNO dan Pas tidak diterima akar umbi sekali gus dikhuatiri mengundang perpecahan Bagaimanapun katanya kerjasam...
Umno Dalam Bahaya Jika Dap Dapat Pujuk Melayu Azwan Bro

Umno Dalam Bahaya Jika Dap Dapat Pujuk Melayu Azwan Bro

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 275 hits
Umno dalam bahaya sekiranya tidak mereformasikan parti itu menjelang tahun hadapan kata Anggota Dewan Negara Senator Khairul Azwan Harun Bekas naib ketua pemuda Umno itu memberikan amarannya berkata ini kerana partinya mungkin akan tertingg...
Himpunan Pas Umno Semalam Jadi Bahan Lawak

Himpunan Pas Umno Semalam Jadi Bahan Lawak

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 724 hits
Penyertaan pemimpin Umno dan PAS dalam Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Kuala Lumpur semalam disifatkan sebagai hipokrit demi kepentingan politik parti masing masing dengan mempergunakan nama Islam Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berk...
Dr M S Slap For Muhyiddin Leads Umno Vp To Surmise Bersatu In Crisis

Dr M S Slap For Muhyiddin Leads Umno Vp To Surmise Bersatu In Crisis

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 321 hits
Dr Mahathir Mohamad s announcement that Mazlan Bujang has been appointed as the new Johor Bersatu chairperson has fuelled speculation of a rift between the party s chairperson and its president Muhyiddin Yassin according to an Umno leader M...
Siapa Lagi Mahu Masuk Bersatu Benarkah Bekas Pemimpin Umno Sudah Mula Menyesal

Siapa Lagi Mahu Masuk Bersatu Benarkah Bekas Pemimpin Umno Sudah Mula Menyesal

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 268 hits
Rasanya sudah lama kita tidak mendengar khabar berita mengenai beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah bertindak melompat menyertai Bersatu sebaik BN kalah dalam PRU14 lalu Bagaimana keadaan mereka agaknya makin gembira atau semakin berduka...
Informasi Pas Sokong Pbs Kerana Dap Ekstrem Terhadap Pribumi Sabah

Informasi Pas Sokong Pbs Kerana Dap Ekstrem Terhadap Pribumi Sabah

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 378 hits
Fanatik Perkauman Ada Dalam DAPMARANG Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan memberi sokongan kepada calon Parti Bersatu Sabah dalam Pilihan Raya Kecil Sandakan Ini termasuk Pilihan Raya Kecil Sandakan Seti...
Guan Eng Pays Tribute To Late Pas Spiritual Leader Nik Aziz During Dap National Congress

Guan Eng Pays Tribute To Late Pas Spiritual Leader Nik Aziz During Dap National Congress

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 350 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has acknowledged the role of the late PAS spiritual leader Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat played in keeping the then Pakatan Rakyat together In his policy speech at the 2019 DAP National Congress Lim said Nik...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023