Dap Nafi Terlibat Dengan Penerbitan Komik Propaganda


Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan tidak terlibat dalam penerbitan buku komik berbentuk propaganda bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' terbitan Muzium Kebudayaan Komik Asia.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri hanya menyalurkan peruntukan tahunan sejak beberapa tahun lalu bagi membiayai bayaran sewa muzium itu yang terletak di ICT Mall, Kompleks Tunku Abdul Rahman (Komtar) di sini.


Menurutnya, penyaluran peruntukan itu dibuat kerana kerajaan negeri menganggap muzium tersebut merupakan salah satu produk pelancongan yang boleh menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini.


"Muzium komik ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri atau DAP Pulau Pinang. Ia terletak di Komtar dan sejak beberapa tahun lalu, memang kerajaan negeri memberi peruntukan untuk membayar sewa premis di ICT Mall.

"Peruntukan itu diberikan kerana kerajaan negeri menganggap muzium ini salah satu produk pelancongan. Sebagai balasan, muzium ini telah memberi tiket secara percuma yang diedarkan di hotel dan sekolah di Pulau Pinang. Kita tidak tahu apa-apa tentang buku komik ini kerana kerajaan negeri tidak campur tangan dalam pengurusan dan pengendalian muzium ini," katanya.

Kon Yeow berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Penang Digital Trade Zone di sebuah hotel di sini tadi.

Beliau berkata, hubungan antara kerajaan negeri dan Muzium Kebudayaan Komik Asia hanya berdasarkan penyaluran peruntukan tahunan sahaja.

"Hubungan kerajaan negeri hanya berdasarkan peruntukan tahunan untuk membiayai ruang sewaan muzium sahaja.

"Lain-lain perkara saya tidak dapat jawab kerana tidak ada pengetahuan tentang perkara ini (penerbitan komik). Sekali lagi saya tegaskan, muzium ini tidak ada kaitan dengan DAP Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, wakil muzium yang enggan dikenali berkata, pihaknya dikunjungi pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang pagi tadi selepas komik tersebut tular di media sosial.

Menurutnya, pegawai penguatkuasa itu meminta agar pihak muzium tidak menjual komik tersebut sehingga arahan lanjut dikeluarkan.

Tambahnya, komik tersebut yang diterbitkan Jun lalu dijual pada harga RM25 dengan dua versi iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Cina yang mana versi Bahasa Malaysia belum dicetak.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pengedaran komik tersebut di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan di negeri ini.

Muzium Kebudayaan Komik Asia dirasmikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 28 Mei 2016 ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Difahamkan, kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia tersebut adalah bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai 'Superman'

Sinar Harian
---------

Antara petikan kandungan buku adalah seperti dibawah :















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/10/dap-nafi-terlibat-dengan-penerbitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Izinkan Sebar Komik Propaganda Agungkan Dap Di Sekolah Ke Najib Suara Tv

Menteri Izinkan Sebar Komik Propaganda Agungkan Dap Di Sekolah Ke Najib Suara Tv

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 1037 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan persoalan sama ada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memberi kebenaran sebuah komik didakwa berbentuk propaganda diedarkan di sekolah menengah kebangsaan dan jenis keb...
Gesa Siasat Komik Sebar Propaganda Dap Komunis

Gesa Siasat Komik Sebar Propaganda Dap Komunis

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 1523 hits
Komunis direka watak baik terbitan komik bahaya IsmaBANGI Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia menyiasat serta memberi penjelasan mengenai pengedaran komik mengandungi propaganda parti tamak haloba...
Komik Propaganda Pro Komunis Penglibatan Dap Terbongkar Lagi

Komik Propaganda Pro Komunis Penglibatan Dap Terbongkar Lagi

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 1078 hits
Kenyataan Lee Chuan How ketua pemuda DAP tentang komik propaganda pro komunis telah dikritik keras oleh pihak netizen Rata ratanya jelek dengan cubaan melepaskan tengkuk sendiri dengan menafikan penglibatan DAP Padahal prakata komik itu dit...
Tular Isu Komik Propaganda Politik Pm Nafi Hadiahkan Komik Yang Sama Kepada Presiden China

Tular Isu Komik Propaganda Politik Pm Nafi Hadiahkan Komik Yang Sama Kepada Presiden China

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 587 hits
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa mereka akan mengambil keterangan pihak yang terbabit berkaitan dengan pengedaran komik propaganda yang didakwa diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan S...
Kdn Warta Perintah Larangan Penerbitan Komik Propaganda

Kdn Warta Perintah Larangan Penerbitan Komik Propaganda

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 274 hits
Kementerian Dalam Negeri hari ini mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga penerbitan bertajuk Inisiatif Jalur Jalan Meraih Manfaat Bersama serta versi bahasa Inggeris Belt Road Initiative For Win Winism dan versi bahasa Cina melalui Wart...
Terkini Komik Propaganda Dap Menghina Islam Tiga Halaman Baru Didedahkan

Terkini Komik Propaganda Dap Menghina Islam Tiga Halaman Baru Didedahkan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 516 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan halaman terbaharu komik propaganda yang belum diketahui umum Tiga lagi muka surat dari komik propaganda DAP yang telah diedar secara senyap kepada semua 2 500 buah sekolah menenga...
Komik Propaganda Diwartakan Haram Apa Pendirian Dap

Komik Propaganda Diwartakan Haram Apa Pendirian Dap

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 663 hits
BANGI 25 Safar 1441H Khamis Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim menuntut DAP menyatakan sikap sama ada bersetuju atau tidak dengan kandungan komik kontroversi Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama Beliau menega...
Pemimpin Dap Akan Ditangkap Lagi Terlibat Ltte

Pemimpin Dap Akan Ditangkap Lagi Terlibat Ltte

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 534 hits
Pemimpin DAP Akan Ditangkap Lagi Terlibat LTTE Polis akan terus menyiasat dan menangkap mana mana pemimpin atau ahli politik sekiranya terdapat bukti kukuh mengaitkan mereka dengan ideologi perjuangan Kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam...
Dap Spreading Propaganda And Communism In Schools Through Comic Books

Dap Spreading Propaganda And Communism In Schools Through Comic Books

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 1252 hits
Penang based Asia Comics and Cultural Museum curator Superman Hew Kuan Yew said the comic book titled Belt and Road Initiative for Win Winism is a proper publication which has been registered with ISBN
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Doa Dipermudahkan Urusan

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr