Kdn Warta Perintah Larangan Penerbitan Komik Propaganda


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga penerbitan bertajuk 'Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama' serta versi bahasa Inggeris 'Belt & Road Initiative For Win-Winism' dan versi bahasa Cina melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 288/2019.

KDN menerusi kenyataan berkata, warta Perintah Larangan itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).


Perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini dilarang secara mutlak di Malaysia.


KDN berkata, penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

“Kandungan penerbitan ini antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan mengelirukan mengenai komunis serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

“Ia juga boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda mengenai sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha dan perjuangan tokoh serta pemimpin negara terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.

“Kandungan penerbitan ini dilihat tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta dibimbangi boleh memecah belahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki apa-apa juga maksud seperti itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mengetahui penerbitan mungkin melanggar undang-undang negara diedarkan di pasaran, boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN di talian telefon 03 - 88868047 atau faks 03 - 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/10/kdn-warta-perintah-larangan-penerbitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kdn Haramkan Komik Propaganda China

Kdn Haramkan Komik Propaganda China

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 503 hits
Kementerian Dalam Negeri hari ini mewartakan perintah larangan terhadap komik Inisiatif Jalur Jalan Meraih Manfaat Bersama termasuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina penerbitan tersebut KDN dalam kenyataannya berkata penerbitan itu dike...
Komtar Kdn Serbu Muzium Komik Rampas Komik Propaganda

Komtar Kdn Serbu Muzium Komik Rampas Komik Propaganda

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 312 hits
Kementerian Dalam Negeri menyerbu Muzium Kebudayaan Komik di Kompleks Tun Abdul Razak di sini pagi tadi Difahamkan serbuan dan pemeriksaan dibuat Bahagian Pengkuatkuasaan KDN pada kira kira jam 11 pagi Sumber berkata pemeriksaan selama seja...
Perintah Larangan Komik Dilaksana Berdasarkan Asas Kukuh

Perintah Larangan Komik Dilaksana Berdasarkan Asas Kukuh

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 267 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dap Nafi Terlibat Dengan Penerbitan Komik Propaganda

Dap Nafi Terlibat Dengan Penerbitan Komik Propaganda

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 1809 hits
Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan tidak terlibat dalam penerbitan buku komik berbentuk propaganda bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama terbitan Muzium Kebudayaan Komik Asia Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keraja...
Kdn Rampas 28 Komik Propaganda Di P Pinang

Kdn Rampas 28 Komik Propaganda Di P Pinang

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 314 hits
THE MALAYSIAN TIMES GEORGE TOWN Kementerian Dalam Negeri merampas 28 komik Inisiatif Jalur Jalan Meraih Manfaat Bersama dalam dua serbuan di dua lokasi berbeza di Pulau Pinang di sini semalam Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Ch...
Kdn Siasat Komik Didakwa Berunsur Propaganda

Kdn Siasat Komik Didakwa Berunsur Propaganda

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 508 hits
Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik didakwa berunsur propaganda yang dipercayai diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaa...
Komik Propaganda Dilarang Di Malaysia Kata Kementerian Dalam Negeri

Komik Propaganda Dilarang Di Malaysia Kata Kementerian Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 663 hits
Sumber gambar dari Malaysian GazetteSemalam pihak Kementerian Dalam Negeri telah mewartakan perintah larangan terhadap naskah komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama untuk semua versi terjemahan Warta perintah larangan itu me...
Penyebaran Komik Propaganda Kebetulan Yang Dirancang Dr Ahmad Zahid

Penyebaran Komik Propaganda Kebetulan Yang Dirancang Dr Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 662 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penyebaran buku komik propaganda yang mempromosikan idealogi komunis bukanlah sesuatu kebetulan sebaliknya ia adalah kebetulan yang dirancang Jelas beliau perkara ini pastinya telah dir...
Komik Propaganda Diwartakan Haram Apa Pendirian Dap

Komik Propaganda Diwartakan Haram Apa Pendirian Dap

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 721 hits
BANGI 25 Safar 1441H Khamis Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim menuntut DAP menyatakan sikap sama ada bersetuju atau tidak dengan kandungan komik kontroversi Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama Beliau menega...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord