Dap Hancur Melayu




1. Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hancurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam Kerajaan Malaysia.

2. Ya. Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu dan rasuah. Dalam penjara pun terdapat ramai banduan Melayu.

3. Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancur mereka?

4. Ya. Dahulu kita dijajah oleh British. Tetapi negara sebesar India pun dijajah oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda.

5. Kita jemput British untuk nasihat kita dalam bidang pentadbiran. Tetapi seperti di lain-lain tempat. British ambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka.

6. Lepas Perang Dunia II, British kembali ke Malaya dan merancang untuk benar-benar menjadikan negeri-negeri Melayu milik mereka. Mereka mencadang menubuh Malayan Union yang ditadbir secara langsung dari Whitehall London. Raja-raja Melayu akan hanya menjadi pentadbir agama Islam dan adat istiadat Melayu. MacMichael paksa Raja-Raja Melayu serah negeri-negeri mereka kepada British.

7. Tidak ada rundingan dengan orang Melayu sama sekali. Tetapi kita tahu, orang Melayu bangun dan menentang Malayan Union. Ringkasnya British, suatu kuasa dunia yang baru menang perang terpaksa tunduk kepada orang Melayu, terpaksa batal Malayan Union hanya dua tahun selepas diisytihar.

8. British ingat mudah untuk rampas negeri Melayu seperti mereka rampas Palestin untuk diberi kepada Yahudi. Percubaan untuk rampas negeri Melayu, untuk sebenarnya hancurkan bangsa Melayu gagal. Gagal kerana orang Melayu menentang.

9. Mungkin sekarang ada Melayu bacul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada penolakan Malayan Union, Melayu tuntut kemerdekaan. Pemuda Melayu tuntut kemerdekaan pada 1957. British bersetuju kemerdekaan diberi pada 1959.

10. Melayu tolak dan tetapkan kemerdekaan pada 1957. Dan 1957 menjadi tarikh kemerdekaan. Banyak syarat yang cuba dikenakan tetapi Melayu tolak.

11. Apabila British terbang pesawat Concorde tanpa izin dari Malaysia, Kerajaan pimpinan Melayu perkenal dasar “Buy British Last”. Kita beli Syarikat Guthrie milik British dalam satu “Dawn Raid” yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia. Semua syarikat penjajah dibeli oleh Malaysia kerana diarah oleh pemimpin Melayu.

12. Demikian juga dengan kuasa besar yang lain. Biasanya tiap pemimpin baru negara-negara kecil di dunia, apabila dilantik akan minta untuk pergi mengadap Presiden Amerika. Kita tidak. Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, hanya pergi Amerika Syarikat (US) tiga tahun selepas dilantik walaupun duta Amerika Syarikat cuba mendapat temujanji sesudah sahaja Perdana Menteri baru Malaysia mengambil alih.

13. Pemimpin Melayu Malaysia sering menegur kuasa-kuasa besar apabila mereka melaku kezaliman ke atas negara yang lemah. Suara pemimpin Melayulah yang lantang menegur selewengan kuasa besar kepada Israel.

14. Percubaan dibuat oleh penyangak matawang untuk Kerajaan pimpinan Melayu Malaysia mengemis bantuan International Monetary Fund (IMF) dan World Bank. Badan-badan ini menawar pinjaman jika Malaysia letak ekonomi Malaysia dibawah mereka.

15. Kita tolak. Kita cipta cara kita sendiri untuk mengatasi masalah keturunan nilai Ringgit. Maka pakar-pakar kewangan dunia pun berkata kita akan muflis – bankrap. Tetapi tidak. Kita pulih semula dengan cepat walaupun pemimpin Malaysia ini orang Melayu, jentera pentadbiran Melayu.

16. Dan banyak lagilah peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan.

17. Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenar penyangak jadi pemimpin. Pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan hancurkan orang Melayu.

18. Kita tubuh sebuah Parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia.

19. Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 May 2018, parti ini kalah.

20. Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri.

21. Maka hancurlah parti ini kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi utama perjuangan orang Melayu.

22. Maka dimomok orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP. Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut dihancur oleh DAP. Takut kepada Guan Eng. Orang Melayu takut kepada Guan Eng.

23. Dari mana datang bacul ini. Nak dapat perlindungan dari siapa? Dari Najib? Dari Kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak?

24. Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah?

25. Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?

26. Pemuda Melayu dahulu lawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan dari Najib. Sudah jadi baculkah?

27. Saya malu. Amat malu.

28. Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

29. DAP tidak mungkin hancur Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin.

http://chedet.cc/?p=3059
12 Mei 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/dap-hancur-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Hancur Kerana Pilih Penyangak Sebagai Pemimpin Bukan Dihancurkan Dap

Melayu Hancur Kerana Pilih Penyangak Sebagai Pemimpin Bukan Dihancurkan Dap

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 408 hits
MALAYSIA DATELINE Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata DAP tidak mungkin menghancurkan orang Melayu tetapi orang Melayu akan hancur apabila mereka memilih penyangak sebagai pemimpin Kata beliau rupa rupanya ada orang Melayu...
Dap Hancur Melayu Mahathir Malu Sebab

Dap Hancur Melayu Mahathir Malu Sebab

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 566 hits
Kelmarin tiada ribut tiada isu terkini panas tentang DAP tetiba Dr Mahathir menulis tentang DAP Beliau malu amat malu Kononnya Melayu dimomokkan sehingga begitu takut kepada DAP dan Melayu itu bacul DS Najib Razak dicuit seolah olah momokka...
Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 536 hits
DR MAHATHIR Saya tidak yakin bahawa DAP dengan begitu mudah boleh hancurkan orang Melayu Sebab itu saya berkata tunggulah Gambar failPUTRAJAYA Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau tidak boleh menerima alasan yang...
Melampau Betul La Dap Ni Kejam Pada Orang Melayu Dan Penduduknya

Melampau Betul La Dap Ni Kejam Pada Orang Melayu Dan Penduduknya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 281 hits
YUSOFF ISMAILRakyat Pulau Pinang Terima Insentif Khas Kerajaan Negeri1 Rebat bagi cukai taksiran tahun 2020 bagi kedua dua pihak berkuasa tempatan 2 Bantuan RM500 kepada penjaja penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan kedai persendir...
Penyatuan Politik Umat Melayu Mengganggu Dap

Penyatuan Politik Umat Melayu Mengganggu Dap

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 260 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAHDAILY DALAM satu temu bual khas oleh RTM dan Astro Awani baru baru ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Dalam keadaan sejak saya duduk di kerusi Perdana Menteri saya tidak fikir soal polit...
Pas Jawab Dr M Melayu Bacul Sahaja Sanggup Bersama Dap

Pas Jawab Dr M Melayu Bacul Sahaja Sanggup Bersama Dap

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 341 hits
PAS menyifatkan Melayu yang berani melawan DAP sebagai berprinsip sebaliknya mereka yang bersekongkol dan mengikut telunjuk parti itu sebagai Melayu bacul Ia sebagai menyanggah kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mendak...
Dap Tak Pernah Gadai Rizab Melayu

Dap Tak Pernah Gadai Rizab Melayu

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 309 hits
Ipohmali Ucapan Sultan Nazrin memberi penghargaan kepada Kerajaan PH waktu di Pembukaan Dewan Undangan Negeri Perak Tengahhari tadi bila aku menulis pujian Sultan Perak tentang prestasi Negeri sepanjang 2019 yang mencatatkan lebihan 52 Juta...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba