Penyatuan Politik Umat Melayu Mengganggu Dap


ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY DALAM satu temu bual khas oleh RTM dan Astro Awani baru-baru ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan: “Dalam keadaan sejak saya duduk di kerusi Perdana Menteri, saya tidak fikir soal politik, soal pokok sekarang ini rakyat tidak mahu dengar dah dan sudah muak dengar cerita-cerita politik.”Hakikatnya dewasa ini fokus rakyat adalah pada kemajuan peperangan terhadap COVID-19 dan bagaimana kehidupan mereka dapat dipulihkan sebagaimana sedia kala. Dalam keadaan masing-masing terbelenggu dan tertekan dengan suasana semasa sudah pasti politik tidak membangkitkan selera, malah pergantungan rakyat kini lebih pada kemampuan Kerajaan membawa mereka keluar dari kemelut ini
Terkini berdasarkan laporan harian Kementerian Kesihatan Malaysia ternyata Malaysia sedang mencatatkan kemajuan yang positif dalam peperangan menangani pandemik ini
Tambahan pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN bernilai RM250 bilion yang diumumkan PM dilihat cukup dialu-alukan rakyat. Adalah diyakini jika Malaysia berjaya mengawal wabak ini dengan baik, PM dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka menerima kredit dari semua pihak dan ini akan meyakinkan rakyat bahawa mereka kini punya Kerajaan yang cekap dan mampu memimpin negara dengan baik
Perkembangan seumpama inilah yang dibimbangi dan tidak disenangi musuh politik PN iaitu Pakatan Harapan (PH) terutama DAP yang sedang mengintai peluang untuk kembali berkuasa setelah tersingkir apabila memegang tampuk kuasa cuma 22 bulan
DAP kesal walaupun punya perwakilan terbesar iaitu 42 kerusi di Parlimen namun ia tidak berada di arus perdana, menguasai Kerajaan sebagaimana sebelumnya ketika PH berkuasa
Kerana itu walaupun sebagaimana ditegaskan PM, di saat ini rakyat muak dengan cerita-cerita politik lantaran mahu fokus pada isu penting yang dihadapi negara, namun DAP tidak peduli. Tumpuan mereka adalah bagaimana mahu kembali berkuasa setelah tertendang keluar apabila bekas PM Tun Dr Mahathir meletak jawatan sekali gus merobohkan Kerajaan DAP, PKR, PAN dan BERSATU ketika itu
Terbaru Dr Ong Kian Meng, Ahli Parlimen DAP Kawasan Bangi di dalam satu artikelnya cuba mengadu domba Kerajaan PN, dengan membangkitkan keraguan mengenai kejujuran dan kerjasama parti-parti yang mendukungnya
Dalam suasana rakyat dan negara berhadapan dengan cabaran wabak COVID-19, DAP lebih ghairah mahu memporak-perandakan Kerajaan, barangkali mengharapkan ia boleh jatuh dan mereka dapat kembali berkuasa
Dr Ong cuba menggambarkan yang PN ini satu ikatan politik yang goyah dan tidak stabil. Parti-parti yang membentuknya saling berbalah dan curiga-mencurigai antara satu dengan lain. Umno umpamanya kata Dr Ong tidak selesa apabila terpaksa memain peranan nombor dua dalam PN sedang mereka punya kerusi terbanyak berbanding BERSATU yang kini memegang jawatan PM
Menurut Dr Ong lagi kerjasama parti-parti Umno dan PAS dalam PN hanya bersifat sementara semata-mata untuk memastikan Kerajaan ini tertegak. Sejurus Parlimen dibubarkan katanya Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional akan bekerjasama merebut kerusi-kerusi majoriti Melayu, meminggirkan BERSATU sama-sekali
Tambah beliau sukar bagi Umno bekerjasama dengan BERSATU kerana parti itu dilihat mahu menggantikan Umno dan malah telah menerima beberapa MP Umno ketika berlaku proses ‘lompat-melompat’ selepas PRU14 lalu. Apakah agenda artikel Dr Ong ini
Sudah pasti mahu mencetuskan huru-hara di kalangan parti-parti yang bernaung di bawah PN, selain menghilangkan keyakinan rakyat kononnya PN ini rapuh dan tiada masa depan. Mungkin dengan itu PN akan bercakaran dan rakyat pula akan menolak PN pada PRU akan datang
Setelah hilang kuasa secara mendadak angkara peletakan jawatan Tun Dr Mahathir, Dr Ong dan partinya sudah pasti kecewa dan kesal. Berpuluh tahun DAP memerah otak dan menyusun langkah untuk peroleh kuasa dengan perancangan yang licik, tiba-tiba lesap begitu sahaja akibat perebutan kuasa dan perbalahan dalam PH sendiri
Dr Ong sedar kiranya parti-parti politik Melayu terbesar iaitu Umno, PAS dan BERSATU dapat bekerjasama dan bermuafakat dengan baik, peluang untuk DAP kembali berkuasa pasti berkecai apatah lagi dalam suasana PKR dan PAN pula semakin dipinggirkan umat Melayu
Hakikatnya di Malaysia mana-mana parti atau blok yang mahu memegang kuasa, mereka perlulah sokongan undi orang-orang Melayu sebagaimana DAP capai dalam PRU ke-14 lalu setelah berjaya memperkakaskan Tun Dr Mahathir, PKR dan PAN
Jika parti-parti Melayu terbesar tidak bertanding sesama sendiri sebagaimana pengalaman PRU14 dan sebaliknya mengemukakan satu calon di setiap kerusi khususnya di kerusi majoriti Melayu, maka mereka akan memperoleh bilangan kerusi terbanyak, cukup untuk memerintah negara. Realiti inilah yang dibimbangi dan menjadi mimpi ngeri buat DAP
Yang paling bimbang dan terancam apabila BERSATU, Umno dan PAS dapat bekerjasama membentuk Kerajaan PN, adalah DAP. Lalu tiap-tiap parti Melayu tadi khususnya BERSATU, Umno dan PAS perlu memikul tanggungjawab besar
Jika penyatuan umat Melayu Islam boleh membawa kepada kestabilan politik, dan perpaduan rakyat Malaysia, dan memastikan tiada parti pelampau dan rasis dapat berkuasa, maka sudah sampai ketikanya semua pihak mengenepikan perbezaan dan agenda peribadi dan meletakkan kepentingan agama, bagsa dan negara di hadapan
Pembentukan Kerajaan PN adalah bukti kemampuan umat Melayu memimpin dan membawa kestabilan politik dan ekonomi pada negara. Rata-rata perkembangan ini disenangi rakyat dan diterima dengan hati terbuka buktinya dalam menghadapi COVID-19 ini majoriti rakyat berdiri padu di belakang Kerajaan. Oleh itu parti-parti berkenaan jangan sekali-kali persiakan pengharapan rakyat
Pembentukan Muafakat Nasional pada bulan September 2019 lalu, telah menyatukan Umno dan PAS yang sebelumnya berbalah puluhan dekad. Ia merupakan satu pencapaian besar umat Melayu Islam di tanah air. Sehingga kini di mana ceruk pun permuafakat itu diterima baik dan disanjung
Kini melalui PN kita menerima kawan baru dan sekali lagi pimpinan umat Melayu perlu mengambil langkah bijak, meletakkan agenda perpaduan Melayu teratas, Islam sebagai tonggak penyatuan, tidak mustahil gagasan besar akan terbentuk melumpuhkan sama-sekali apa sahaja cita-cita PH apalagi DAP di masa depan
Marilah dalam semangat bulan Ramadan yang penuh barakah ini kita bersama memikirkan masa depan umat dan negara secara serius. Semoga Allah S.W.T kurniakan kita kekuatan untuk terus menerajui negara berteraskan agama dan bersendikan perpaduan ummah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/penyatuan-politik-umat-melayu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Bantu Orang Melayu Jual Kuih Raya

Dap Bantu Orang Melayu Jual Kuih Raya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 376 hits
Korang korang nak tahu Berita PANAS derr Ada MP cina dari DAP sorang ni kan alaaa yang korang suka panggil cina DAP KOMUNIS lah cina TONGSAN lah ahhhhh cina DAP tu lah korang tahu apa dia buat ishhhhh tak tahu nak bagi tahu macam mana eemm ...
Melampau Betul La Dap Ni Kejam Pada Orang Melayu Dan Penduduknya

Melampau Betul La Dap Ni Kejam Pada Orang Melayu Dan Penduduknya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 281 hits
YUSOFF ISMAILRakyat Pulau Pinang Terima Insentif Khas Kerajaan Negeri1 Rebat bagi cukai taksiran tahun 2020 bagi kedua dua pihak berkuasa tempatan 2 Bantuan RM500 kepada penjaja penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan kedai persendir...
Politik Putar Angin Dalam Agenda Melayu Islam

Politik Putar Angin Dalam Agenda Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 163 hits
SENYAP dan sunyi tiada lagi dendangan suara sahut menyahut membangkitkan unsur unsur kebencian serta kecurigaan dalam masyarakat hilang sudah daripada pandangan tiada lagi kata kata yang membangkitkan resah perkauman nada nada Islam teranca...
Keriau Tak Dapat Glc Ka Mamat Ni Hang Sumbang Apa Kat Umat Melayu Islam

Keriau Tak Dapat Glc Ka Mamat Ni Hang Sumbang Apa Kat Umat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 338 hits
best la cerita ni DAP BAKAL KEMBALI PERINTAH NEGARA DAN BERKUASA SEMULA DALAM NEGARA PUNCA SEGELINTIR PEMIMPIN UMNO BARU berusia lebih 2 bulan Kerajaan Perikatan Nasional sudah mula nampak goyah dalam ikatan mereka dan menunggu masa untuk t...
Cubaan Biadab Untuk Mengganggu Titah Yang Di Pertuan Agong Apakah Melayu Islam Tidak Lagi Kisah Bila Raja Raja Dihina

Cubaan Biadab Untuk Mengganggu Titah Yang Di Pertuan Agong Apakah Melayu Islam Tidak Lagi Kisah Bila Raja Raja Dihina

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 378 hits
Kamarul YusoffMaklumat yang berwibawa telah diperolehi mengenai perancangan pihak tertentu untuk mengganggu titah perasmian Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al...
Bagaimana Cina Dap Bantu Bangsa Melayu Berdikari Mencari Duit

Bagaimana Cina Dap Bantu Bangsa Melayu Berdikari Mencari Duit

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 421 hits
Korang korang nak tahu Berita PANAS derr Ada MP cina dari DAP sorang ni kan alaaa yang korang suka panggil cina DAP KOMUNIS lah cina TONGSAN lah ahhhhh cina DAP tu lah korang tahu apa dia buat ishhhhh tak tahu nak bagi tahu macam mana eemm ...
Rakyat Tuntut Penasihat Dap Bersara Politik

Rakyat Tuntut Penasihat Dap Bersara Politik

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 280 hits
Tidak sampai 9 jam lebih 12 000 tandatangan petisyen desak Kit Siang tunai janjiTIDAK sampai 9 jam petisyen untuk bersara politik dilancarkan lebih 12 000 tandatangan telah dikutip Petisyen yang dilancarkan oleh Ahmad Abdul di itu bagi menu...
Solat Jumaat Kerajaan Melayu Islam Jadi Bisu Dapat Ghanimah

Solat Jumaat Kerajaan Melayu Islam Jadi Bisu Dapat Ghanimah

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 284 hits
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi seluruh negara sudah menunjukkan angka positif dalam usaha membendung wabak Covid 19 Perak adalah antara negeri bebas kes Covid 19 Hospital di seluruh Perak juga dilaporkan sudah bebas dari pesakit Covid...
Arab Bodoh Bodohkan Melayu

Arab Bodoh Bodohkan Melayu

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 370 hits
Tetapi sendiri sentiasa suka duduk dalam kekayaan dan kebesaran dan menghendaki hormat dunia ini Maka ada pada seorang 4 5 orang gundik dan 2 3 orang bini dan menyukakan harta dunia ini seperti emas dan perak supaya boleh puas nafsunya Baha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba