Dalca Tulang Tanpa Santan Yang Sangat Sedap



Hari ini ramai sahabat sahabat rakan sekerja yang masih bekerja menerima bonus. Alhamdulillah dapat juga menampung perbelanjaan persekolahan anak anak atau menampung bayaran cukai pendapatan.
Teringat beberapa tahun dahulu, saya diberikan zero bonus oleh boss saya. Dengan kata lain, saya tidak diberikan bonus langsung. Seolahnya saya langsung tak bekerja sehingga tidak layak mendapat bonus. Dia meminta saya mencerminkan muka sendiri dengan melihat cermin. Jangan lihat kaca katanya. Takut nampak orang lain. 
Sebenarnya perkara yang sama patut dia juga lakukan. Apa apa pun ujian itu tidak menjadikan saya miskin dan berhutang walaupun di saat itu saya sangat sedih dan rasa sangat demoralise. Sebaliknya dia yang berhutang dengan saya akan tanggungjawab yang perlu dijawab di hadapan Allah. 
Lebih lebih lagi di saat saya mengerjakan umrah, rancak mereka cuba menjatuhkan saya. Memanggil staf saya untuk cuba mencari kelemahan saya. Kesimpulannya di dunia ini, setiap apa yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan. Jangan mudah mudah nak campakkan orang itu orang ini sebagai high performance, orang ini non performancer dsb. Jangan, kerana anda akan ditanya tat kala malaikat maut memunculkan dirinya. Belum lagi di Padang Mahsyar. 
Ok, setakat ini dahulu untuk kali ini. Kepada mereka yang bergelar boss, jangan buat silap dengan manusia kerana dosa tersebut hanya boleh diperbetulkan dengan manusia yang kita aniayai.
Sebelum kita teruskan, nak tanya jika anda dah klik iklan google di atas? Yang view blog saya dalam sehari hampir 100K tapi yang klik hanya 1000 sahaja. Jadi adakah anda termasuk dalam yang 1000 atau tidak? Jika tidak, bolehlah bagi satu klik. Hahaha.
Saya sebenarnya baru teringat yang blog saya telah ditukar platfrom domain blog dengan tidak menggunakan blogger yang percuma. Saya guna yang berbayar. Pengalaman pahit saya ialah bila saya terlupa membayar yuran tahunan. 
Sebenarnya yuran tidak mahal tapi terlupa. Blog cattery www.catalisacattery.com saya langsung hilang tanpa dapat dikesan lagi. Sedih dan sangat kecewa. Jadi saya sangat kuatir jika blog kesayangan ini satu hari, tidak dibayar yuran kerana terlupa. Memang saya bayar setiap 5 tahun sekali. 


Saya sebenarnya tak suka makan dalca. Tak tahu kenapa tapi setiap kali ke majlis perkahwinan yang menyediakan lauk dalca, memang saya tak akan ambil. Mungkin kerana saya tak biasa makan lauk ini. Kalau di kampung saya, akan disediakan teresek dan sira labu untuk hidangan sayur dalam majlis perkahwinan. 
Seingat saya, ini adalah kali kedua saya menyediakan lauk dalca. Pertama kali, rasanya dua puluh tahun lepas menggunakan resepi yang diajar oleh Haji Hasbullah, rakan sekerja di jabatan Personel ketika itu. 
Tapi serious dalca saya hari ini sangat mantap, sangat sedap sehinggakan saya makan menambah nambah. Dah habis makan nasi, tambah lagi dalca untuk dicicah dengan roti gardenia. Terasa betapa nikmatnya bila apa yang kita kunyah terasa sedap di selera kita. Ada juga benda yang kita makan, tak terasa sedap. Mungkin ketika itu, makan kerana lapar sahaja.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa tengok video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Dalca Tulang Tanpa Santan Yang Sangat SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg tulang lembu 5 sudu besar serbuk kari daging - 60 gram 1 cawan kacang dal - direbus2 kuntum bunga lawang1 inci kayu manis2 kuntum bunga cengkih2 liter air 1- 1 ½ sudu besar garam1- 1 ½ sudu kecil pes asam jawa¾ cawan minyak masak 
Bahan kisar:10 biji bawang merah4 ulas bawang putih2 inci halia
Bahan Sayuran:3-4 biji ubi kentang - belah empat2 batang lobak merah - potong panjang 1 inci2-4 biji terung bulat - potong1 mangkuk bunga kobis2 biji tomato belah empat3 batang cili hijau - potong 21 mangkuk kacang buncis 
Bahan Tumis:2 sudu minyak masak8 biji bawang merah - hiris2 tangkai daun kari
Cara cara:Tulang direbus dengan 2 liter air bersama kacang dal sehingga empuk. Saya masak guna periuk tekanan selama 25 minit. Nota: kalau masak guna periuk biasa, bolehlah direndam kacang dal satu malam supaya cepat empuk. 

Sementara daging direbus, panaskan minyak dan tumis rempah sekawan dengan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari daging dan kacau rata lagi sehingga garing. Masukkan air dan biarkan sehingga terbit minyak. 
Setelah daging empuk, tuang bahan tumis ke dalam kuah daging. Kacau rata dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan, jika suka. Santan adalah opsyenal. Nota: saya tak masukkan santan. Warna akan lebih pucat jika menggunakan santan.
Masukkan sayuran dari yang keras sehingga yang mudah lembut dan masak sehingga lembut. Akhir sekali, masukkan tomato, pes asam jawa dan garam. Renihkan seketika.
Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang hiris dan daun kari sehingga keperangan. Tuang ke dalam periuk sekali dengan minyak. Jangan dikacau. Tutup periuk dan biarkan selama beberapa minit sebelum dikacau. 


Sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi tomato atau dicicah dengan roti canai dan roti putih. Selamat mencuba...





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/01/dalca-tulang-tanpa-santan-yang-sangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Agar Agar Santan Yang Paling Mudah Tapi Sedap

Cara Buat Agar Agar Santan Yang Paling Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 388 hits
Hidangan Agar Agar Santan Pandan atau Agar Agar Lumut ni antara manisan kegemaran orang tua dulu dulu Malah kanak kanak pun suka sebab rasanya memang sedap Walaupun nampak ringkas dan mudah kalau salah cara memang tak menjadi Nak cuba buat ...
Nasi Lemak Sambal Udang Dengan Sate Yang Sangat Sedap

Nasi Lemak Sambal Udang Dengan Sate Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum HARI ke 19 tahun 2021 Pertama kali dalam tahun ini masak nasi lemak Seingat Sk setiap tahun Sk pasti memasak nasi lemak beberapa kali Kalau hari hari pertama tahun baru tu memang menunya nasi lemak la hehehe Biasanya Pak Inc...
Gaul Gaul Je Dah Siap Kerabu Bayam Brazil Ni Memang Sangat Sedap

Gaul Gaul Je Dah Siap Kerabu Bayam Brazil Ni Memang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 251 hits
Pasti ramai yang taman Bayam Brazil Salah satu menu yang boleh dibuat ialah Kerabu Bayam Brazil Jangan takt ahu rasanya memang sangat sedap ya Tidak perlu lauk pauk yang susah Ada satu menu ni sahaja sudah boleh membuka selera Cukup rasa pe...
Red Velvet Cupcakes Ree Yang Sangat Sedap

Red Velvet Cupcakes Ree Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 270 hits
Assalamualaikum DAH lama adore dengan Red Velvet Cupcakes air tangan rakan fb Ree Zaini Sebagai penggemar kek merah baldu ni Sk agak cerewet juga nak membeli sebab takut rasa tepung aje Red Velvet ni bukan setakat warna merah tu yang pentin...
Mana Makanan Cikgu Kawan Menangis Takut Sekolah Dia Relaks Tanya Makanan Sedap

Mana Makanan Cikgu Kawan Menangis Takut Sekolah Dia Relaks Tanya Makanan Sedap

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 372 hits
Tahun 2021 adalah tahun istimewa bagi anak anak yang bersekolah kerana sesi persekolahan secara bersemuka tidak berlangsung seperti sebelum ini Hanya pelajar yang menduduki peperiksaan awam dan anak anak tadika serta taska swasta saja yang ...
Cara Buat Popia Carbonara Sedap Mudah Tanpa Guna Sos Segera

Cara Buat Popia Carbonara Sedap Mudah Tanpa Guna Sos Segera

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 424 hits
Teringin nak makan Popia Carbonara yang sangat mudah dan sedap Resipi perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba Bahan bahannya pun ringkas sahaja Paling penting ia sedap dan buka selera Jom lihat resipinya RESIPI POPIA CA...
Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap Pedas Padu

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap Pedas Padu

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 359 hits
Masakan lemak cili padi memang sinonim dengan Negeri Sembilan Memang sedap pedas dan menyelerakan Bertambah tambah nasi dibuatnya Mudah sahaja sebenarnya nak masak masak lemak cili padi ala Negeri Sembilan ni Simple sangat Jom kita cuba res...
Petua Buat Ikan Masin Homemade Yang Sedap Tahan Lama Tak Hapak

Petua Buat Ikan Masin Homemade Yang Sedap Tahan Lama Tak Hapak

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 348 hits
Ikan Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya hidangan Selain goreng ia boleh dimasak sambal acar gulai kari dan sebagainya Namun agak sukar untuk mendapatkan produk yang dihasilkan oleh orang Muslim Jadi untuk mengelakkan rasa was was pua...
Sangai Beras Tumbuk Kasar Ini Petua Buat Daging Pekasam Homemade Yang Sedap

Sangai Beras Tumbuk Kasar Ini Petua Buat Daging Pekasam Homemade Yang Sedap

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 288 hits
Suka makan Daging Pekasam Biasanya beli je kan Apa kata kali ni anda cuba buat sendiri Maklumlah kadang kala ada hari yang kita takt ahu nak masak dan makan apa Hidangan pekasam daging ni boleh membangkitkan selera makan anda Resipi perkong...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever