Cara Buat Agar Agar Santan Yang Paling Mudah Tapi Sedap
Hidangan Agar-Agar Santan Pandan atau Agar-Agar Lumut ni antara manisan kegemaran orang tua dulu-dulu. Malah kanak-kanak pun suka sebab rasanya memang sedap. Walaupun nampak ringkas dan mudah, kalau salah cara memang tak menjadi. Nak cuba buat Agar-Agar Santan Pandan ni untuk hidangan keluarga? Resipi perkongsian saudari Alza Rysya Lee ni boleh anda cuba.
RESIPI AGAR-AGAR SANTAN / AGAR-AGAR LUMUT
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar tali (20gm atau 25gm) – beli online DISINI5 cawan air1 1/4 cawan gula pasir – beli online DISINISecubit garam – beli online DISINI1 cawan santan – beli online DISINI1 cawan pati pandan ( lihat cara perah pati pandan di bawah)Sedikit pewarna hijau1 biji telurCARA MEMASAK:
1. Kisar 7-8 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil 1 cawan pati sahaja. Ketepikan.
2. Ambil loyang bersesuaian dan sejukkan dalam peti beku selama 10 minit.
3. Satukan santan, garam dan telur dalam bekas. Kocak / pukul perlahan ( jangan kisar guna blender). Ketepikan.
4. Dalam bekas berasingan, masak agar-agar, air pandan dan air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan sedikit pewarna hijau.
5. Bila mendidih, masukkan bancuhan santan tadi. Kacau hingga betul-betul mendidih ( seakan hampir meruwap). Padamkan api.
6. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan di bawah kipas.
7. Bila bahagian atas agar-agar agak beku, masukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah. Biar agar-agar mengeras sepenuhnya.
8. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Alza Rysya Lee
Anda mencari FOOD STEAMER? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan
Cara Mudah Buat Dadih Homemade Yang Sedap & Tak Perlu Guna Dadih Segera
Tak Manis & Lembut Je. Ini Cara Agar-Agar Marble Yang Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/01/cara-buat-agar-agar-santan-yang-paling.html