Penjara Najib Permulaan Tangkap Tahan Dakwa Semua Perasuah



Tubuhkan PAC semak siasat semua setiap inci peruntukan di Jabatan/Agensi Kerajaan! Heret & Dakwa penjawat awam yang menerima rasuah, bersekongkol. 
Terdapat dua bentuk kesalahan: Pertama ialah di mahkamah undang-undang, kedua adalah kesalahan pada kaca mata dan persepsi di “mahkamah pendapat umum”. Akhirnya, bekas Perdana Menteri Najib Razak didapati tetap bersalah terhadap apa yang telah dibuktikan dalam sebelum ini oleh mahkamah tertinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan. Najib, yang cuba mengetepikan sabitan akhirnya menemui hukuman dan keadilan

Namun yang demikian, lumrah "keinginan, keinginan, keinginan” kekal. Sejauh mana Najib ingin kembali berkuasa untuk membebaskan dirinya daripada hukuman penjara 12 tahun dan denda berjumlah RM210 juta (dan empat lain yang masih belum selesai)

Ini belum lagi mengambil kira isterinya Rosmah Mansor, yang akan menghadapi situasi sama bulan depan.
Dalam perjuangan untuk menghapuskan rasuah, iaitu jenayah yang boleh menjatuhkan seluruh negara seperti yang kita saksikan sebagai antara punca utama situasi di Sri Lanka, mahkamah pendapat umum mesti tahu bahawa mereka yang didapati bersalah terlibat dalam rasuah sudah pasti akan menghabiskan segala kekayaan yang diperolehi secara haram untuk menjalankan kempen perhubungan awam secara halus dan terselindung untuk mengekalkan imej mereka yang seolah-olah tidak bersalah

Inilah sebabnya cendekiawan Profesor Mohd Kamal Hassan, yang menulis tentang rasuah dan kemunafikan, telah menerangkan dengan tepat punca situasi atau masalah yang dialami. Mereka yang terjebak secara dalam dalam rasuah— seperti rompakan besar-besaran iaitu sifat sebenar jenayah yang dilakukan Najib—akan terus mendakwa diri mereka sebagai mangsa penganiayaan politik

Setakat ini, ada yang termakan umpan orang-orang seperti Najib (dan mereka yang bakal menyusulinya) bahawa mereka tidak bertanggungjawab atas dakwaan jenayah yang telah dihadapkan kepada mereka. Jika itulah yang berlaku, maka “drama” mahkamah yang telah berlanjutan ini tidak akan memberi Malaysia peluang untuk bergerak kehadapan

Roda keadilan bukan sahaja mesti berfungsi tetapi perlu dilihat berfungsi, barulah budaya rasuah yang endemik di Malaysia akan dapat diatasi untuk mengembalikan erti sebenar kebebasan dan kemerdekaan, di mana semua rakyat yang mempunyai kesedaran akan bercita-cita untuk memenuhi dan mencapai standard tertinggi sebuah negara berdasarkan kedaulatan undang-undang

Kesanggupan Najib untuk mengangkat sumpah mubahalah di tempat suci seperti masjid hanya beberapa hari sebelum keputusan mahkamah dijatuhkan adalah bukti bahawa dia sanggup pergi jauh dalam penyalahgunaan pegangan syariat Islam. Dalam perundangan Islam tidak ada situasi di mana seseorang boleh bersumpah (apatah lagi sumpah laknat) untuk menafikan kesalahannya

Itulah sebabnya dalam undang-undang Islam, semua usaha wajar dilakukan untuk memastikan orang itu tidak dituduh hanya kerana fitnah niat jahat orang lain

Demi mengekalkan kuasa keluarganya di Pahang, sebagai Ahli Parlimen Pekan Najib Razak telah lama menyiapkan anaknya untuk menggantikannya sekiranya dia dilucutkan kelayakan untuk kekal di arena politik

Ini adalah percubaan untuk mengekalkan cengkamannya dalam pentadbiran, tidak kiralah betapa lemahpun genggamannya, mungkin melalui kedudukan anaknya dalam sistem Parlimen untuk membuat pelbagai gerakan taktikal yang boleh membersihkan kesalahannya demi mengekalkan peluang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja suatu hari nanti

Institusi diraja Malaysia adalah pembela kesucian Islam. Sememangnya Najib dan Umno mungkin tidak sedikit pun segan menggunakan agama dan Tuhan atau memanipulasi semua sumber kuasa untuk membebaskan dirinya

Oleh itu, institusi diraja, termasuk tentera dan polis, institusi-institusi Islam yang berada di bawah perintah institusi diraja harus diingatkan tentang kemungkinan aktiviti atau gerakan muslihat Umno pada masa akan datang

Di sini jelas kepentingan mahkamah pendapat umum di Malaysia dan di luar negara. Tiada sesiapa, terutama mana-mana ahli tetap Majlis Keselamatan PBB dan negara anggota Asean harus dimanipulasi oleh Najib atau konco-konco dan orang-orang upahannya untuk untuk mempengaruhi mana-mana pihak agar percaya dia tidak bersalah

Perlu diingat yang Najib, isterinya dan beberapa pihak lagi telah diberi kelonggaran sejak peringkat awal kes-kes ini, dengan beberapa saksi masih bebas

Najib tidak harus terlepas daripada cemuhan yang datang dengan keputusan mahkamah ini. Rasuah sememangnya barah negara—kenyataan Profesor Syed Hussin Alatas yang sering dipetik oleh Ketua Pembangkang  Anwar Ibrahim

Semua pelajar dan penjawat awam di Malaysia harus diberi amaran tentang jenayah rasuah dan akibatnya yang besar di dunia dan di akhirat. Rasuah bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh

Rakyat yang memperjuangkan pembaharuan, terutamanya PH, mempunyai sebab untuk bergembira dengan keputusan mahkamah terhadap Najib. Namum, perlu kita sedar bahawa haiwan yang cedera, terumatanya yang terperangkap dan terdesak, adalah yang paling berbahaya

Perlu diingat Najib dan orang yang seumpamanya telah merasai kuasa selama kira-kira 61 tahun sebelum dijatuhkan hukuman. Mereka akan mencari jalan untuk menyerang kembali pada tahun-tahun akan datang

Gaya politik mereka tidak akan memihak kepada reformasi seperti yang dianjurkan dan diperjuangkan oleh PH. Sebaliknya, mereka akan mengamalkan gaya politik yang keji, permusuhan dan perpecahan, serta pelbagai aktiviti memujuk orang ramai untuk mengundi mereka dan parti politik mereka demi mempertahankan diri mereka sendiri—walaupun mereka jelas melanggar undang-undang dan kesopanan moral

Buat masa ini keputusan mahkamah terhadap Najib, walaupun amat penting, hanyalah permulaan kecil jika dibandingkan dengan tahap serius barah korupsi dan kemunafikn yang teruk melanda negara ini

Ini hanyalah permulaan kerana usaha memerangi rasuah adalah perjalanan yang sangat panjang dan sukar terutamanya apabila ia telah menjadi cara hidup

RAIS HUSSIN
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/08/penjara-najib-permulaan-tangkap-tahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokman Adam Menyalak Najib Razak Masuk Penjara

Lokman Adam Menyalak Najib Razak Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 254 hits
Mengikut Lokman PM Ismail Sabri Yaakob di belakang usaha untuk memenjarakan Najib dan Zahid Hamidi Lokman marah sebab PM tidak salah guna kuasanya untuk menggugurkan kes Najib dan Zahid Kalau PM buat apa yang Lokman suruh Umno akan kalah te...
Mahkamah Persekutuan Kekal Sabitan Najib Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta

Mahkamah Persekutuan Kekal Sabitan Najib Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 224 hits
PUTRAJAYA 23 Ogos Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Panel lima haki...
Najib Akan Jalani Hukuman Penjara Mulai Hari Ini

Najib Akan Jalani Hukuman Penjara Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 166 hits
Malaysiakini Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 ke atas Najib k...
Najib Tiba Di Penjara Kajang

Najib Tiba Di Penjara Kajang

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 164 hits
Faiz ZainudinNajib Razak yang dikawal ketat polis tiba di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman berkait dana RM42 juta SRC International KAJANG Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Penjara Kajang p...
Najib Malam Ini Di Penjara Tapi Orang Ramai Riuh Pula Usik Presiden Umno

Najib Malam Ini Di Penjara Tapi Orang Ramai Riuh Pula Usik Presiden Umno

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 284 hits
FAZLI RADZIIni malam pertama Datuk Seri Najib Razak di Penjara Kajang tetapi orang ramai dilihat riuh pula usik Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah pecah amanah dan pengubahan wang haram dan...
Najib Ke Penjara Hari Kemenangan Buat Rakyat Malaysia Dap

Najib Ke Penjara Hari Kemenangan Buat Rakyat Malaysia Dap

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 254 hits
Berakhirnya proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dan dikekalkan sabitan hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak merupakan hari kemenangan gilang gemilang kepada rakyat Malaysia yang cintakan keadilan Menurut S...
Terkini Najib Ke Penjara Mahkamah Persekutuan Kekal Sabitan

Terkini Najib Ke Penjara Mahkamah Persekutuan Kekal Sabitan

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 397 hits
Aug 23 2022 Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap Najib Razak dalam kes SRC International Beliau merupakan bekas perdana menteri pertama ke penjara
Perubahan Politik Dr M Bawa Najib Ke Penjara Kata Gta

Perubahan Politik Dr M Bawa Najib Ke Penjara Kata Gta

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 200 hits
Dr Mahathir Mohamad diangkat Gabungan Tanah Air sebagai pencetus perubahan politik sehingga membawa bekas perdana menteri Najib Razak ke muka pengadilan PETALING JAYA Keputusan Mahkamah Persekutuan melibatkan kes SRC International terhadap ...
Banding Ditolak Najib Razak Divonis 12 Tahun Penjara Karena Korupsi 1mdb

Banding Ditolak Najib Razak Divonis 12 Tahun Penjara Karena Korupsi 1mdb

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 176 hits
Najib dijatuhi hukuman 12 tahun penjara atas kasus korupsi skandal 1Malaysia Development Berhad
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord