Dakwah Boleh Dilakukan Ketika Darurat Wabak Hadi Awang


Oleh Rohaniza Idris Abdul Hadi mahu pendakwah lebih proaktif berdakwah ketika tempoh wabak dan darurat bagi menarik minat orang ramai terhadap Islam.-/Foto NSTP KUALA LUMPUR: Pendakwah perlu lebih proaktif memperkenalkan Islam walaupun dalam keadaan situasi terdesak seperti darurat dan wabak, kata Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, di dalam Islam, dakwah boleh dilakukan dalam apa juga suasana sama ada ketika waktu aman, darurat mahu pun dilanda wabak, tetapi pendakwah perlu kreatif dengan menggunakan amal kebajikan untuk menarik orang kepada Islam.
"Berdakwahlah menggunakan amal kebajikan kerana ia boleh menarik orang kepada Islam.
"Inilah masa kita memperkenalkan Islam kerana dakwah itu bukan sekadar bersyarah saja, tetapi memberikan khidmat kepada masyarakat seperti bantuan perubatan, khidmat sosial, memberi nasihat dan sebagainya," katanya berucap menutup webinar 'Memahami Isu Darurat dan Masa Depan Gerakan Dakwah' anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), yang diadakan secara dalam talian, di sini, hari ini.
Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, darurat dan wabak yang berlaku kini adalah ujian Allah untuk menguji serta mendidik kesabaran manusia.
Katanya, pada masa sama, ia mendidik manusia menggunakan akal fikiran bagi mengkaji dan menyelidik cara untuk melepaskan diri daripada wabak.
"Darurat dan wabak ini mendidik diri untuk menolong orang lain, membuat kebajikan bagi menolong mereka yang menghadapi wabak dan kesusahan," katanya.
Beliau berkata, khidmat kepada orang lain bukan hanya mendapat pahala, tetapi mendidik diri bersyukur dan bersabar selalu.
"Ilmu dan hasil kajian bukan hanya memberi pahala dan manfaat kepada masyarakat, tetapi juga melaksanakan dan mengembangkan lagi ajaran Islam," katanya.
Abdul Hadi berkata, pendakwah dinasihat tidak jumud dan duduk saja dalam suasana wabak serta darurat, sebaliknya perlu terus berusaha menyebarkan ajaran Islam.
Beliau berkata, YADIM sebagai organisasi dakwah juga berperanan besar memberi kefahaman mengenai darurat yang masih tidak difahami ramai.
"Pelaksanaan darurat perlu untuk memerangi wabak dengan menggembleng usaha dan tenaga pelbagai pihak termasuk pakar undang-undang, perubatan, motivasi serta sebagainya.
"Kita perlu bekerja secara berjemaah sebagai satu pasukan mengikut kebolehan masing-masing dan ini satu fardu kifayah," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/dakwah-boleh-dilakukan-ketika-darurat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai 50 Kerja Yang Boleh Dilakukan Ketika Pandemik Covid 19 Dan Perintah Kawalan Pergerakkan

Senarai 50 Kerja Yang Boleh Dilakukan Ketika Pandemik Covid 19 Dan Perintah Kawalan Pergerakkan

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 598 hits
Semenjak pandemik Covid 19 melanda negara dan seluruh dunia ramai diantara kita yang telah kehilangan sumber pendapatan Sama ada hilang sepenuhnya akibat diberhentikan kerja tidak dapat menjalankan bisnes seperti biasa ataupun hilang sebaha...
Oleh Kerana Pakar Perlembagaan Sahkan Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat Memohonnya Bukan Bererti Derhaka

Oleh Kerana Pakar Perlembagaan Sahkan Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat Memohonnya Bukan Bererti Derhaka

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 284 hits
Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz menyatakan Parlimen boleh bersidang semasa darurat Beliau berkata demikian dalam satu wacana anjuran FB Sinar Harian Beliau turut percaya tindakan melaksanakan darurat ialah untuk mengelakkan a...
Tukar Perdana Menteri Ketika Darurat Kerja Mengarut Kata Hadi

Tukar Perdana Menteri Ketika Darurat Kerja Mengarut Kata Hadi

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 311 hits
PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan perbuatan menukar perdana menteri pada saat negara melaksanakan perintah darurat bagi menyekat penularan wabak Covid 19 sebagai kerja mengarut Katanya ia juga boleh mengganggu usaha ke...
Ahli Parlimen Tegur Hadi Awang Cermin Dulu Diri Sendiri Kah Kah Kah Woiiii Lebai

Ahli Parlimen Tegur Hadi Awang Cermin Dulu Diri Sendiri Kah Kah Kah Woiiii Lebai

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 308 hits
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menulis bagaimana Mencetuskan Keraguan Kerja Syaitan Hakikatnya melumpuhkan Parlimen dengan alasan ingin menghadapi Covid 19 merupakan alasan dangkal kerana pada saat saat getir seperti ini Parlimen amat ...
Rasukan Syaitan Punca Melayu Muslim Malas Mendaftar Jadi Pengundi Tuan Guru Haji Hadi Awang

Rasukan Syaitan Punca Melayu Muslim Malas Mendaftar Jadi Pengundi Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 369 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata ramai orang muda Melayu beragama Islam di negara ini dirasuk syaitan syaitan tertentu kerana lemah mendaftar untuk menjadi pengundi Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini duta khas perdana menteri ke Ti...
Ini Kena Tanya Hadi Awang Sebab Dia Kata Rakyat Kelantan Senang

Ini Kena Tanya Hadi Awang Sebab Dia Kata Rakyat Kelantan Senang

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 283 hits
COVID 19 Fasiliti hanya mampu bertahan dua bulan Pengarah Kesihatan KelantanMuhafandi MuhamadJanuari 23 2021Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di Kota Bharu kini dijadikan salah satu PKRC di Kelantan Astro AWANIKOTA BHARU Jabatan Kesihatan Neg...
Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan Menghasut Penganut Agama Lain

Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan Menghasut Penganut Agama Lain

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon untuk membatalkan saman pemula dua penganut Kristian dari Sabah yang dikemukakan terhadapnya berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden PAS itu yang didakwa menghasut penganut agama berkenaan y...
Darurat Keputusan Agong Tidak Boleh Dicabar Di Mahkamah

Darurat Keputusan Agong Tidak Boleh Dicabar Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Sesiapa saja boleh mencabar keputusan berhubung proklamasi darurat di mahkamah kerana ia adalah kebebasan kehakiman dan perundangan di negara ini Pakar perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A Aziz berkata namun Perkara 150 Fasal 8 me...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Ralat Tak Tengok Supermoon

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah