Darurat Keputusan Agong Tidak Boleh Dicabar Di Mahkamah



 
KUALA LUMPUR: Sesiapa saja boleh mencabar keputusan berhubung proklamasi darurat di mahkamah kerana ia adalah kebebasan kehakiman dan perundangan di negara ini.
Pakar perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu A Aziz berkata, namun Perkara 150 Fasal 8 menyatakan soal puas hati Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan pengisytiharan darurat itu tidak boleh dipersoalkan dan mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.
Katanya, beliau melihat orang yang memfailkan kes itu tidak mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya mengenai nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada baginda
Justeru, katanya ada ruang undang-undang yang dibincangkan dan persoalan teknikal sama ada boleh atau tidak dicabar di mahkamah.
“Saya melihat ini satu usaha yang baik… pergilah ke mahkamah supaya persoalan ini dapat diperjelaskan
“Dalam hal ini saya nampak ada orang itu terbabit meminda undang-undang tetapi kini beliau yang mempersoalkannya dan ini menyebabkan rakyat keliru dalam situasi ini,” katanya pada sesi soal jawab selepas menjadi panel webinar ‘Memahami Isu Darurat dan Masa Depan Gerakan Dakwah’ anjuran Yayasan Dawah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang dilaksanakan secara dalam talian, hari ini.
Beliau ditanya sama ada keputusan Yang di-Pertuan Agong berkaitan darurat itu boleh dicabar di mahkamah.
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Perdana Menteri kepada Yang si-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Peguam Anwar Ramkarpal Singh berkata, apa yang dicabar dalam permohonan itu bukanlah pengisytiharan darurat, sebaliknya keputusan Perdana Menteri melalui Jemaah Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat berkenaan.
Shamrahayu menjelaskan ada yang menyatakan puas hati Yang di-Pertuan Agong boleh dengan nasihat atau tanpa nasihat kerajaan.
Justeru, katanya ada juga pihak yang memfailkan kes di mahkamah mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat kerajaan untuk mengadakan darurat pada Oktober tahun lalu.
“Apa yang saya fahami kuasa Yang di-Pertua Agong itu tidak boleh dipersoalkan dan tiada semakan undang-undang mengenainya.
“Pada tafsiran saya, kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa budi bicara, sama ada dengan nasihat atau tanpa nasihat. Kalau ia kuasa budi bicara maka nasihat yang diberikan itu (Perdana Menteri) tidak relevan.
“Saya tidak mahu mendahului mahkamah dan tafsiran saya adalah tafsiran akademik semata-mata,” katanya.
Pakar perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, pula berkata berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, timbul persoalan adakah Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat.
Beliau menjelaskan apa yang penting dalam keputusan berhubung darurat itu, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan sepakat dan tiada protes untuk ia dilaksanakan begitu juga ketika permintaan darurat pada Oktober lalu apabila baginda menolaknya.
“Dalam hal ini mengikut Perkara 150 berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong, kuasa budi bicara atau prerogatif maka baginda sudah berpuashati atas permintaan Perdana Menteri mengenai darurat, perkara ini yang akan dipertimbangkan dan tidak timbul lagi isu nasihat Perdana Menteri itu,” katanya
The post Darurat: Keputusan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/30/darurat-keputusan-agong-tidak-boleh-dicabar-di-mahkamah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=darurat-keputusan-agong-tidak-boleh-dicabar-di-mahkamah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Boleh Ambil Alih Negeri Pembangkang Jika Darurat Bermotif Politik

Kerajaan Boleh Ambil Alih Negeri Pembangkang Jika Darurat Bermotif Politik

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 275 hits
Oleh Januari 24 2021 2 57pmFoto hiasan BERNAMAKUALA LUMPUR Pengisytiharan darurat bukan bermotifkan politik sebaliknya bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID 19 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana...
Oleh Kerana Pakar Perlembagaan Sahkan Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat Memohonnya Bukan Bererti Derhaka

Oleh Kerana Pakar Perlembagaan Sahkan Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat Memohonnya Bukan Bererti Derhaka

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 268 hits
Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz menyatakan Parlimen boleh bersidang semasa darurat Beliau berkata demikian dalam satu wacana anjuran FB Sinar Harian Beliau turut percaya tindakan melaksanakan darurat ialah untuk mengelakkan a...
Hanipa Persoal Tindakan Polis Siasat Anwar Rayu Agong Batal Darurat

Hanipa Persoal Tindakan Polis Siasat Anwar Rayu Agong Batal Darurat

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 363 hits
January 28 2021 10 20 AMBekas timbalan menteri Hanipa Maidin berkata gesaan membatalkan perisytiharan darurat yang dibuat oleh mana mana pihak bukan kesalahan jenayah PETALING JAYA Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempersoalkan tindakan p...
Bukit Aman Siasat Anwar Kerana Desak Agong Batalkan Darurat

Bukit Aman Siasat Anwar Kerana Desak Agong Batalkan Darurat

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 291 hits
On Jan 27 2021 difahamkan Bukit Aman sedang menyiasat Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang disiarkan secara dalam talian mendesak Yang di Pertuan Agong membatalkan proklamasi darurat Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahi...
Dakwah Boleh Dilakukan Ketika Darurat Wabak Hadi Awang

Dakwah Boleh Dilakukan Ketika Darurat Wabak Hadi Awang

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 337 hits
Oleh Abdul Hadi mahu pendakwah lebih proaktif berdakwah ketika tempoh wabak dan darurat bagi menarik minat orang ramai terhadap Islam Foto NSTP KUALA LUMPUR Pendakwah perlu lebih proaktif memperkenalkan Islam walaupun dalam keadaan situasi ...
Gabungan Ngo Serah Memorandum Kepada Agong Tolak Proklamasi Darurat

Gabungan Ngo Serah Memorandum Kepada Agong Tolak Proklamasi Darurat

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 272 hits
POSTED BY AMIR WRLRGabungan NGO Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia hari ini menyerahkan memorandum ke Istana Negara menolak proklamasi darurat yang diisytiharkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu Menurut ketua koordina...
Menteri Sarawak Cadang Rayu Agong Tarik Balik Darurat

Menteri Sarawak Cadang Rayu Agong Tarik Balik Darurat

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 330 hits
January 23 2021 James Jemut Masing berkata Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg antara mereka yang terbabit dalam perbincangan tidak rasmi berhubung perkara itu KUCHING Anggota Kabinet Sarawak bercadang merayu Yang di Pertuan Agong Sult...
Tolak Darurat Derhaka Kepada Agong Atau Kerajaan Pn

Tolak Darurat Derhaka Kepada Agong Atau Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 626 hits
POSTED BY AMIR WRLRTuduhan kononnya Pakatan Harapan atau sesiapa yang menolak perisytiharan darurat bermakna derhaka kepada titah Yang di Pertuan Agong menjadi polemik yang hangat diperbincangkan Bagi pakar undang undang Perlembagaan Dr Azi...
Anwar Akan Cabar Perisytiharan Darurat Di Mahkamah

Anwar Akan Cabar Perisytiharan Darurat Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 309 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang undang bagi mencabar perisytiharan darurat yang disifatkannya tidak berasas Langkah itu menyusul tindakannya menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sulta...
Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahli Parlimen Pas Tarik Balik Dakwaan Kait Rayer Dengan Rusuhan 13 Mei

Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game

Stronger Measures Being Taken To Deal With Digital Misconduct Among Students Fadhlina Tells Parliament

Siti Kasim Wants Zahid To Impose Gag Order On Gollum Akmal Before He Shames The Malays Further