Dakwaan Serangan Seksual Bekas Pembantu Penyelidik Mahu Batal Tuntutan Balas Anwar




KUALA LUMPUR - Bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa dia diserang secara seksual oleh Ketua Pembangkang itu, memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan balas Anwar.
Muhammed Yusoff Rawther turut memfailkan permohonan baharu untuk menghapuskan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Anwar kerana mendakwa ia tidak relevan dengan samannya.
Beliau berkata, tuntutan balas Anwar bersifat spekulatif, kabur dan tidak mempunyai kejelasan dan butiran.
“Tuntutan balas itu tidak mengenal pasti sebarang kausa tindakan,” katanya, selain menambah bhawa ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah.
Yusoff, yang memfailkan permohonan itu pada Selasa berkata, tuntutan balas itu adalah sesuatu yang difikirkan kemudian dan tiada kaitan dengan relief yang dimohon daripada samannya.
Katanya, permohonan untuk menghapuskan perenggan tertentu dalam pembelaan Anwar dibuat kerana ia tidak relevan dan gagal menjawab dakwaan yang timbul daripada samannya yang difailkan pada 14 Julai.
“Ia adalah percubaan untuk mengelirukan dan menghalang mahkamah daripada mendengar isu sebenar dalam saman itu,” tambahnya.
Dalam pembelaannya yang difailkan pada 28 September Anwar berkata, Yusoff mempunyai masalah disiplin, melakukan kesalahan jenayah dan pernah menyatakan pandangan pro-Israel.
Pengurusan kes akan diadakan pada 24 Disember untuk mendengar kedua-dua permohonan.
Anwar menafikan bahawa beliau melakukan serangan seksual terhadap Yusoff di kediaman peribadinya di Segambut tiga tahun lepas.
Beliau juga menyangkal dakwaan Yusoff bahawa mereka bertemu di kediamannya pada kira-kira 3.00 petang, 2 Oktober 2018, ketika kejadian itu didakwa berlaku.
“DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak bertemu Yusoff di kediamannya (pada 2 Oktober 2018) seperti yang didakwa,” menurut pernyataan pembelaan itu.
Sebaliknya Anwar berkata, beliau melayan keluarga dan rakan-rakannya antara 2.00 petang dan 6.00 petang pada hari berkenaan.
Katanya, kenyataan Yusoff itu “direka-reka dan palsu sama sekali”.
Dalam tuntutan balasnya, Anwar juga mendakwa Yusoff mengemukakan keterangan subahat dengan individu yang tidak diketahui untuk mencemarkan imej politiknya.
Katanya, ini dilakukan pertamanya untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri dan mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Dr Mahathir Mohamad.
Saman Yusoff katanya, menyalahgunakan proses mahkamah dan bukan difailkan dengan niat untuk mendapatkan tebus rugi dari segi undang-undang.
Beliau berkata, Yusoff hanya mengesahkan akuan berkanun pada 19 Nov 2019, iaitu lebih setahun selepas serangan seksual berkenaan didakwa berlaku.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada Julai, Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut.
Menurut Yusoff, dia diminta oleh setiausaha peribadi defendan, Shukri Saad, untuk menyerahkan teks ucapan untuk disampaikan oleh Anwar sempena ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi. Yusoff mendakwa, ketika itulah Anwar melakukan serangan seksual terhadapnya. 
Kata Yusoff, dia dan Anwar tidak berhubung selama kira-kira sebulan selepas kejadian yang didakwanya itu walaupun dia masih bekerja dengan Anwar sebelum meletak jawatan pada 24 Jun 2019.
Yusoff membuat laporan polis terhadap Anwar pada 7 Disember 2019.
Dia juga mendakwa dituduh bersubahat bagi menjatuhkan dan merosakkan kerjaya politik Anwar dan ini menjejaskan kesihatan mentalnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/dakwaan-serangan-seksual-bekas-pembantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Plot Terhadap Najib Kata Shafie Jawab Dakwaan Bekas Pembantu

Tiada Plot Terhadap Najib Kata Shafie Jawab Dakwaan Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 251 hits
Shafie Apdal pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan Warisan di Kota Kinabalu KOTA KINABALU Shafie Apdal nafi adanya plot rampasan terhadap Najib Razak ketika beliau menjadi perdana menteri ekoran skandal 1MDB seperti d...
Pru 2018 Sabotaj Di War Room Di Luar Bn Bawa Penyokong Ph Ke Pusat Undi Kata Bekas Pembantu Najib

Pru 2018 Sabotaj Di War Room Di Luar Bn Bawa Penyokong Ph Ke Pusat Undi Kata Bekas Pembantu Najib

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 234 hits
PRU 2018 Sabotaj di war room di luar BN bawa penyokong PH ke pusat undi kata bekas pembantu Najib December 13 2021 Bekas pembantu Najib Razak berkata pasukan pilihan raya BN tidak menyedari mereka mendorong pengundi pembangkang ke pusat men...
Asalkan Bukan Mahathir Kalah Pru14 Najib Setuju Wan Azizah Jadi Pm Zahid Timbalan Kata Bekas Pembantu

Asalkan Bukan Mahathir Kalah Pru14 Najib Setuju Wan Azizah Jadi Pm Zahid Timbalan Kata Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 219 hits
December 14 2021 Najib akur beliau tidak ada pilihan kecuali mengisytiharkan kerajaan BN tumbang menurut penulis PETALING JAYA Pada detik detik awal setelah Barisan Nasional tewas mengejut di PRU14 Najib Razak cuba memujuk Anwar Ibrahim mem...
Berwaspada Najib Akan Menang Bekas Pembantu Beri Amaran Musuh

Berwaspada Najib Akan Menang Bekas Pembantu Beri Amaran Musuh

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 211 hits
December 12 2021 Najib Razak dibicarakan atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram Bekas pembantunya berkata Najib masih bersemangat tinggi meneruskan perjuangannya dan yakin beliau akan berjaya PETALING JAYA Jika benar be...
3 Tan Sri Rancang Tahan Najib Semasa Mesyuarat Kabinet Dakwa Bekas Pembantu

3 Tan Sri Rancang Tahan Najib Semasa Mesyuarat Kabinet Dakwa Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 311 hits
Imran AriffPETALING JAYA Najib Razak hampir menjadi mangsa rampasan kuasa oleh tiga Tan Sri yang bersekongkol dengan pemimpin lain untuk menahan beliau secara tidak sah sewaktu mempengerusikan mesyuarat Kabinet dakwa bekas pembantunya Bagai...
Najib Dikelilingi Yes Men Sorok Kebenaran Sehingga Bn Tumbang Kata Bekas Pembantu

Najib Dikelilingi Yes Men Sorok Kebenaran Sehingga Bn Tumbang Kata Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 269 hits
December 13 2021 Bekas pembantu Najib Razak berkata Najib hanya diberikan maklumat dan liputan yang positif menyebabkan beliau tidak menyedari rasa tidak puas hati rakyat yang semakin meluas PETALING JAYA Penjawat awam polis Cawangan Khas d...
Benarkah Ada Pemimpin Dap Minta Akar Umbi Tolak Anwar

Benarkah Ada Pemimpin Dap Minta Akar Umbi Tolak Anwar

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 274 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen dan bekas Menteri DAP mengadakan mesyuarat secara maya dengan akar umbi parti bagi menarik sokongan untuk Dr Mahathir Mohamad dipilih semula sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan menggantikan Anwar Ibrahi...
Khairuddin Sedia Berdebat Buktikan Anwar Tidak Layak Memerintah Negara Malayaia Post

Khairuddin Sedia Berdebat Buktikan Anwar Tidak Layak Memerintah Negara Malayaia Post

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 231 hits
MALAYSIA POST KETUA Pejuang Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bersedia berdebat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bila bila masa untuk membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak layak memerintah negara Menuru...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya

Beli Tudung Di Muaz Kl

Galakan Berpuasa Di Bulan Muharram

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025

Bandingkan Harga Internet Home Fibre Malaysia Unifi Vs Maxis Vs Time


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch Di Richiamo Coffee Kpj Tawakkal Kl Specialist Hospital

Sambal Tumis Sardin Petai Paling Legend Bau Je Dah Lapar

Unity Coba Cintaku Chord

Adim Mf Kanai Santuang Palalai Chord

The American Dream Prism Supply Crafts A Timeless Panhead

Naim Daniel Tiba Di Mahkamah Ditemani Ibu Peguam