Benarkah Ada Pemimpin Dap Minta Akar Umbi Tolak Anwar



PETALING JAYA: Ahli Parlimen dan bekas Menteri DAP mengadakan mesyuarat secara maya dengan akar umbi parti bagi menarik sokongan untuk Dr Mahathir Mohamad dipilih semula sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, menggantikan Anwar Ibrahim, kata bekas Ketua DAP Johor.
Dr Boo Cheng Hau berkata demikian dalam mempertahankan dakwaannya sebelum ini, bahawa kalangan pucuk pimpinan DAP mahukan Mahathir kembali ke pangkuan gabungan itu.
“Mesyuarat-mesyuarat Zoom diadakan antara Ahli Parlimen dan bekas menteri dan akar umbi (DAP) atas nama mempertingkatkan komunikasi tetapi sebenarnya cuba memujuk akar umbi supaya tidak menyokong Anwar sebagai calon PM bagi PH, dan sebaliknya Mahathir adalah pilihan yang lebih berkeupayaan,” katanya dalam surat terbuka kepada pimpinan DAP.
Boo tidak menamakan bekas Menteri DAP yang dimaksudkannya. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan selain beberapa pemimpin kanan parti juga menganggotai Kabinet Mahathir semasa PH memerintah selama 22 bulan.
Boo menyifatkan komen dalam mesyuarat Zoom parti itu sebagai bercanggah dengan resolusi Majlis Presiden PH bahawa Anwar adalah pilihan PM bagi PH.
Beliau berkata, perbincangan mesyuarat itu mencetuskan keadaan tidak stabil kerana “ahli-ahli akar umbi amat keliru berkenaan siapa pemimpin tertinggi PH sebenarnya bagi menghadapi PRU ke-15,” katanya.
Boo berkata, pada satu mesyuarat Zoom itu, beliau membidas seorang bekas menteri yang “memuji dan mempromosi” Mahathir walaupun menyedari beliau (Mahathir) mengakibatkan kerajaan PH tumbang tahun lalu.
Katanya, usaha meraih sokongan bagi Mahathir menghakis keyakinan terhadap keupayaan PH membawa negara ke arah pembaharuan dan reformasi.
Beliau berkata, DAP sewajarnya mematuhi keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi PH iaitu Majlis Presidennya.
Boo juga meminta pimpinan DAP tidak berbelah bahagi dalam sokongannya terhadap Anwar dan PKR, yang menurutnya, menjadi mangsa cubaan terancang untuk menghancurkannya.
“Kita mesti berganding bahu bersama Anwar dan PKR khasnya sewaktu ada usaha terancang untuk membinasakan PKR,” katanya.
Sebelum ini, Boo dilaporkan mendakwa beberapa pemimpin DAP menggesa Anwar berundur sebagai ketua blok pembangkang.
Beliau berkata, mereka mesra dengan Mahathir dan melihat sokongan bekas Perdana Menteri itu sebagai cara untuk PH kembali menawan Putrajaya.
Boo tidak bersetuju dengan beberapa rakan partinya yang menjadikan Anwar sebagai kambing hitam untuk prestasi buruk PH dalam pilihan raya negeri Melaka bulan lalu ~ FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/12/pemimpin-dap-yang-minta-akar-umbi-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Dap Tolak Anwar Hubungan Dengan Pkr Tegang

Pemimpin Dap Tolak Anwar Hubungan Dengan Pkr Tegang

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 239 hits
HUBUNGAN antara PKR dan DAP semakin tegang berikutan timbul dakwaan mengenai beberapa pemimpin DAP menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Memetik laporan Free Malaysia Today dakwaan itu dibuat oleh bek...
Pemimpin Dap Atur Sidang Zoom Raih Sokongan Jadikan Mahathir Calon Pm

Pemimpin Dap Atur Sidang Zoom Raih Sokongan Jadikan Mahathir Calon Pm

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 175 hits
Pemimpin DAP atur sidang Zoom raih sokongan jadikan Mahathir calon PM minta akar umbi tolak Anwar kata Boo Ahli Parlimen dan bekas Menteri DAP mengadakan mesyuarat secara maya dengan akar umbi parti bagi menarik sokongan untuk Dr Mahathir M...
Dap Bersikap Tidak Profesional Tolak Jawi Dalam Sistem Pendidikan

Dap Bersikap Tidak Profesional Tolak Jawi Dalam Sistem Pendidikan

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 431 hits
Tindakan tolak Jawi umpama tak hormati kedaulatan negaraBANGI Penggunaan tulisan Jawi tidak sewajarnya dipolitikkan kerana ianya bukanlah melibatkan ayat al Quran yang hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja Sebaliknya penggunaan tuli...
Hannah Yeoh Bertudung Ketika Melawat Masjid Ada Pemimpin Dap Melompat

Hannah Yeoh Bertudung Ketika Melawat Masjid Ada Pemimpin Dap Melompat

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 194 hits
Hannah Yeoh memang sudah menjangkakan kecaman daripada orang Islam dan bukan Islam apabila dia memilih untuk bertudung semasa melawat sebuah masjid di kawasannya Namun rupa rupanya ia tidak sekadar itu Tindakan ahli parlimen DAP terbabit tu...
Dua Kali Kalah Prn Anwar Masih Pujuk Dap Dan Amanah Sokongnya Sebagai Calon Pm

Dua Kali Kalah Prn Anwar Masih Pujuk Dap Dan Amanah Sokongnya Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 256 hits
Walaupun dua kali tewas dengan memalukan dalam dua Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Sarawak Datuk Seri Anwar Ibrahim masih cuba melobi rakan parti blok pembangkang Pakatan Harapan supaya mencalonkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri ga...
Khairuddin Sedia Berdebat Buktikan Anwar Tidak Layak Memerintah Negara Malayaia Post

Khairuddin Sedia Berdebat Buktikan Anwar Tidak Layak Memerintah Negara Malayaia Post

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 201 hits
MALAYSIA POST KETUA Pejuang Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bersedia berdebat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bila bila masa untuk membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak layak memerintah negara Menuru...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik