Dakwaan Mahathir Sokong Kem Ku Li Makin Kuat Dalam Perebutan Pengaruh Dalam Umno



Sebelum ini MindaRakyat menyiarkan berita "Mengikut Sumber UMNO berpecah dua, Kem Zahid-Najib dan Kem Ku Li"  antara petikan artikel tersebut ialah:-
7.   Sumber berkata "Ikutkan, semua ahli Parlimen dari Pejuang ini menyokong Ku Li termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad,". Ada 2 uru-ura ini benar pertama pertemuan Salahuddin Ayub dengan Ku Li dan dikatakan orang Mahathir juga ada berjumpa dengan Ku Li.Dakwaan ini makin menjadi makin benar apabila gambar Mahathir bersama Ku Li di rumah Ku Li.

Hari ini Malaysiakini menyiarkan tentang rumus ini.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Rabu mengumumkan salinan suratnya yang mendesak speaker Dewan Rakyat untuk membenarkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibahas.

Hampir sehari kemudian, gambarnya bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri Siti Hasmah mula tersebar di dalam talian.

Turut kelihatan pada gambar itu ialah penyokong kuat Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan isterinya, pelakon Umie Aida.

Namun, kisah di sebalik gambar itu masih belum dapat disahkan, kerana percubaan untuk mendapatkan perincian mengenai apakah ada pertemuan baru-baru ini antara Mahathir dan Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, meenemukan dakwaan bercanggah.

Dalam salah satu versi, beberapa sumber memberitahu Malaysiakini bahawa gambar itu diambil dalam sebuah acara baru-baru ini yang diadakan di rumah Ku Li.

"Gambar ini diambil bulan lalu. Tun (Mahathir) berada di rumah Ku Li untuk majlis ulang tahun, jika saya tak silap," kata seorang sumber, yang dekat dengan kem Mahathir.

Sumber lain juga memberikan maklumat serupa, mengatakan bahawa Mahathir berada di rumah Ku Li untuk makan malam.

Mereka bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh pertemuan yang tepat, dan mereka juga tidak mengetahui apakah Mahathir dan Ku Li membincangkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dalam pertemuan itu.

Sebaliknya, Khairuddin ketika dihubungi menafikan gambar itu diambil baru-baru ini.

Dia mendakwa bahawa ia diambil kira-kira empat tahun yang lalu semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ahli politik itu juga menafikan bahawa ia diambil di kediaman Tengku Razaleigh.

"Ini bukan gambar baru! Saya yakin ada kalangan tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air yang keruh.

"Dalam masa yang sama saya juga tidak faham kenapa gambar ini ditular pada saat dan ketika ini?

"Ada kalangan yang tidak bertanggungjawab sedang cuba untuk mewujudkan pelbagai spekulasi di saat negara kita sedang menghadapi suasana politik yang tidak menentu," katanya.

Namun, Khairuddin tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai dakwaannya.

Untuk rekod, gambar itu menunjukkan Mahathir memakai pelitup muka, yang telah dilipatnya di bawah dagunya, sementara Khairuddin, Umie dan Siti Hasmah masing-masing dilihat memegang pelitup muka di tangan mereka.

Malaysiakini telah memberi tahu Khairuddin mengenai hal ini setelah penafiannya, dengan mengatakan bahawa pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan sejak negara dilanda wabak Covid-19 tahun ini.

Khairuddin mendakwa bahawa memakai pelitup muka bukanlah sesuatu yang baru bagi Mahathir kerana mengalami jangkitan paru-paru beberapa tahun yang lalu.

"Ini adalah amalan biasa bagi Dr Mahathir untuk menjaga kesihatan, dan kebetulan sudah menjadi amalan sekarang ketika kita menghadapi pandemik Covid-19." katanya.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa dia dan yang lain turut memegang pelitup muka.
 
MR :  Mahathir sudah putus hubungan dengan PKR, cara terbaik untuk mendapat kuasa dan jatuhkan Najib musuh utamanya ialah melalui UMNO. Apa hairan dengan DAP dia boleh buat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/dakwaan-mahathir-sokong-kem-ku-li-makin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Pemimpin Umno Yang Sokong Pembangkang Ku Li

Buang Pemimpin Umno Yang Sokong Pembangkang Ku Li

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 314 hits
Mana mana ahli UMNO yang mendahulukan kepentingan parti politik lain boleh dikenakan tindakan displin termasuk dibuang parti tegas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata tindakan itu jug...
Umno Tak Akan Hukum Zahid Najib Sekiranya Mereka Sokong Anwar Kata Penganalisis

Umno Tak Akan Hukum Zahid Najib Sekiranya Mereka Sokong Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 367 hits
freemalaysiatoday com October 21 2020 12 31 PMUmno tidak mungkin mengambil tindakan disiplin terhadap Presiden Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak sekiranya benar kedua duanya menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana ment...
Umno Akan Sokong Apa Saja Keputusan Zahid Kata Penganalisis

Umno Akan Sokong Apa Saja Keputusan Zahid Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 319 hits
Seorang penganalisis politik berkata Ahmad Zahid Hamidi mendapat sokongan kebanyakan cawangan dan bahagian Umno PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan mendapat sokongan partinya atas sebaran...
Astagfirullah Makin Ngeri Covid 19 Menular Lewat Udara Makin Kuat

Astagfirullah Makin Ngeri Covid 19 Menular Lewat Udara Makin Kuat

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 205 hits
Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS merevisi panduannya terkait virus corona Dalam aturan baru itu lembaga ini seperti menegaskan bahwa virus penyebab penyakit Covid 19 itu memang dapat menyebar di udara di mana virus bisa terting...
Khaled Nordin Jalan Baharu Umno Ppbm Sokong Kepimpinan Yang Baik

Khaled Nordin Jalan Baharu Umno Ppbm Sokong Kepimpinan Yang Baik

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 384 hits
Hubungan UMNO dengan PPBM boleh digambarkan sebagai no trust only mutual respect UMNO tidak pernah mempercayai PPBM kerana ia ditubuhkan dengan hasrat untuk memusnah dan menggantikan UMNO Tetapi apabila negara berada dalam keadaan yang gawa...
Mujahid Rayu Umno Sokong Anwar

Mujahid Rayu Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 288 hits
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan pembelot dalam Kerajaan Perikatan Nasional Dalam artikel terbaharu bertajuk Membuang Sial Langkah Sheraton yang dimuat naik di Facebooknya har...
Mengikut Sumber Umno Berpecah Dua Kem Zahid Najib Dan Kem Ku Li

Mengikut Sumber Umno Berpecah Dua Kem Zahid Najib Dan Kem Ku Li

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 341 hits
Sejurus Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen pada satu sidang media 23 September lalu ia dilihat telah mencetuskan bibit perpecahan dalam kalangan parti UMNO 1 Mengikut...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui