Mengikut Sumber Umno Berpecah Dua Kem Zahid Najib Dan Kem Ku Li

Sejurus Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen  pada satu sidang media 23 September lalu, ia dilihat telah mencetuskan  bibit perpecahan dalam kalangan parti UMNO.
1.   Mengikut sumber UMNO kini berpecah kepada dua iaitu satu kem yang menentang bersama dengan Ahli Parlimen Gua  Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi penentang kepada gerakan yang  dipercayai digerakkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
2.  Gerakan yang diketuai Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li  itu mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin berpengaruh UMNO  seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan; Ahli Parlimen  Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Rembau,  Khairy Jamaluddin.
3.  Kata sumber, "Jika dicongak dan  dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan  lebih besar dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO. Sekurang-kurangnya 24  daripada 39 ahli Parlimen UMNO menyokong dan mereka lebih suka Ku Li sebagai calon perdana  menteri.
4.  Kata sumber lagi, "Bila  kita tengok semula kem Zahid-Najib ini, mereka hanya mempunyai 15  sokongan Ahli Parlimen. Kebanyakan mereka ini adalah mereka yang telah  didakwa atas kesalahan jenayah atau sedang menunggu hukuman,".
5.  Kata sumber lagi, krisis  politik dalaman UMNO ini memuncak dan terdedah selepas Ku Li dilihat memasuki Istana  Negara pada Selasa lalu selepas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan  Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap  Anwar
6.  Pada masa sama,  sumber memaklumkan bahawa gerakan Ku Li tersebut mempunyai sokongan yang  jauh lebih besar daripada apa yang diperoleh Anwar. "Selain  lebih dari separuh ahli Parlimen UMNO, difahamkan terdapat juga  sokongan sebahagian wakil dari PAS, DAP, Amanah, GPS, PKR dan Pejuang. Dalam kenyataannya bahawa sokongan ini adalah untuk Ku Li jadi PM bukan Anwar Ibrahim.
7.   Sumber berkata "Ikutkan, semua ahli Parlimen dari Pejuang ini menyokong Ku Li termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad,". Ada 2 uru-ura ini benar pertama pertemuan Salahuddin Ayub dengan Ku Li dan dikatakan orang Mahathir juga ada berjumpa dengan Ku Li.
8.   Berapa bilangan sokongan PAS, ini masih menjadi tanda tanya kerana PAS nampak lebih mesra dengan Muhyuddin atau PN, kata sumber.
9.   Sejauh mana sokongan DAP juga tidak dijelaskan.
NASIR RAMLEE
MR :  Banyak sangat gossip politik 2-3 hari ini... rakyat dah pening dengan covid-19 terus terlentang mana satu pemimpin boleh dipercayai  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/mengikut-sumber-umno-berpecah-dua-kem.html