Dakwaan Gangguan Seksual Di Facebook Dan Salah Laku Kewangan Doktor Haiwan Disiasat
Dakwaan terhadap doktor haiwan itu dibuat seorang bekas pekerja wanita yang meletak jawatan pada Julai 2019. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)
Tindakan diambil terhadap pegawai JHL Sabah kerana “gangguan seksual” KOTA KINABALU: Seorang pegawai kanan Jabatan Hidupan Liar Sabah dikenakan tindakan disiplin kerana membuat kenyataan dianggap berunsur gangguan seksual di media sosial.
Kenyataan doktor haiwan di Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) itu dikatakan dibuat terhadap beberapa kakitangan wanita unit berkenaan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Jafry Ariffin memandang serius dakwaan didedahkan seorang bekas pekerja wanita yang telah meletak jawatan dari WRU.
Katanya, jabatan berkenaan mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai kanan itu pada 20 Okt lalu di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah kerana membuat kenyataan tidak sopan di Facebook.
Bagaimanapun, Jafry tidak menyatakan sama ada individu itu akan digantung kerja.
“Dia mengakui perbuatannya telah mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian susulan 38 pertubuhan masyarakat sivil dan 289 individu mengeluarkan kenyataan bersama hari ini menggesa kerajaan segera menyiasat “dakwaan salah laku seksual dan kewangan” di jabatan kerajaan itu.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Sabrina Aripen berkata, pegawai kanan WRU terlibat memuat naik gambar tiga wanita muda di Facebook disertakan keterangan menghina yang menggunakan kata-kata menggambarkan anjing betina.
Sabrina berkata, hantaran itu dipadam tidak lama selepas itu dengan keterangan baharu dan permohonan maaf ringkas.
Bagaimanapun, katanya, hantaran baharu yang mengaitkan pegawai kanan itu dengan pelbagai salah laku, dikongsi pada hari sama.
Satu daripadanya oleh bekas pekerja wanita yang meletak jawatan dari WRU pada Julai 2019, yang turut berkongsi surat peletakan jawatannya di Facebook.
Dalam surat itu, wanita berkenaan mendakwa wujud persekitaran kerja “tegang dan permusuhan” di unit berkenaan, selain dana dikatakan tidak disalurkan untuk tujuan sepatutnya.
Wanita itu turut membangkitkan beberapa kejadian gangguan dan perbuatan tidak beretika, termasuk caci-mencaci.
Berhubung dakwaan penyalahgunaan dana WRU, Jafry berkata, Jabatan Hidupan Liar telah menghubungi CEO Majlis Minyak Sawit Malaysia pada 8 Mac 2019 untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu itu.
Berdasarkan laporan diperolehinya, beliau berkata, penggunaan dana untuk aktiviti selain kerja-kerja unit berkenaan dibenarkan mengikut budi bicara pegawai yang bertanggungjawab mengawalnya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pihaknya sama sekali tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan yang menyalahgunakan kuasa kerana keselamatan dan kebajikan semua pekerja diutamakan.
SOURCE: FMT
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/dakwaan-gangguan-seksual-di-facebook.html