Tingkah Laku Tantrum Akan Kekal Dalam Jangka Masa Panjang Kalau Marah Pukul Jerit Pada Mereka Ketika Anak Tantrum


Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala, menahan nafas mereka.

Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara daripada pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka.Pada masa yang sama, ibu bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain.
Jika ini berlaku, mereka berasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, Tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.

Selalunya, kanak-kanak hanya akan hentikan Tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap Tantrum akan berlaku.
Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan Tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.
Lihat Tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan Tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan Tantrum, pastikan perkara-perkara di bawah:
Pastikan anak anda selamat. Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut. Jangan hukum anak anda. Jangan berikan ganjaran. Jika boleh, asingkan anak anda. Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindak balas kepada Tantrum itu. Menghukum kanak-kanak kerana Tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan Tantrum menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkah laku Tantrum kekal dalam jangka masa panjang.
Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan Tantrum, Tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan Tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga dewasa.
Abaikan Tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan Tantrum. Ibu bapa patut mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan Tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak daripada situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa Tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibu bapa dilakukan jika Tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan Tantrum di rumah, ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibu bapa lakukan apabila Tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang tindak balas kepada kelakuan itu. Apabila Tantrum reda, cakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika Tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika Tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
Kredit: MyHealth 
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
The post Tingkah Laku Tantrum Akan Kekal Dalam Jangka Masa Panjang Kalau Marah, Pukul & Jerit Pada Mereka Ketika Anak Tantrum appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tingkah-laku-tantrum-akan-kekal-dalam-jangka-masa-panjang-kalau-marah-pukul-jerit-pada-mereka-ketika-anak-tantrum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Anak Bergaduh Sebut Kuat Astaghfirullah Al Azim Teknik Tanpa Perlu Jerit Pukul

Masa Anak Bergaduh Sebut Kuat Astaghfirullah Al Azim Teknik Tanpa Perlu Jerit Pukul

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 322 hits
Anak anak berebut mainan bergaduh dan lepas tu berbaik semula antara situasi biasa Ini yang dikatakan fasa anak nak membesar Cuma ada ketikanya jika ibu atau ayah penat anak anak buat hal mulalah perasaan marah itu semakin membara Disebabka...
Ibu Ayah Kena Jadi Superhero Anak Anak Kalau Nak Masa Depan Mereka Terjamin Mulakan Dari Sekarang

Ibu Ayah Kena Jadi Superhero Anak Anak Kalau Nak Masa Depan Mereka Terjamin Mulakan Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 287 hits
Sebagai ibu bapa pastinya kita inginkan masa depan yang cerah buat anak anak supaya kehidupan mereka lebih terjamin Tapi bagaimana caranya untuk kita merancang masa hadapan anak anak Ibu bapa tidak perlu risau lagi kerana ibu bapa boleh mer...
Pentingnya Seorang Papa Dalam Hidup Anak Dia Jadi Lebih Bijak Baik Tingkah Laku

Pentingnya Seorang Papa Dalam Hidup Anak Dia Jadi Lebih Bijak Baik Tingkah Laku

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 311 hits
Figura seorang papa sangat memberi makna dalam kehidupan anak anak Memang anak pandang tinggi pada papa mereka dan setiap tingkah lakunya akan diperhatikan dan anak akan ikut Betul kalau papa layan mama umpama queen anak anak akan ikut seka...
Saya Puji Bekas Isteri Dia Ibu Yang Bagus Datuk Eizlan Kekal Baik Demi Masa Depan Anak

Saya Puji Bekas Isteri Dia Ibu Yang Bagus Datuk Eizlan Kekal Baik Demi Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 293 hits
Demi anak walaupun sudah mempunyai haluan masing masing pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya Vie Shantie Haroon Khan Menurut Eizlan dia percaya bahawa kasih sayang terhadap anak anak tidak w...
Hiburan Sering Menerima Kritikan Dolla Kekal Positif Anggap Dugaan Sebagai Anak Seni

Hiburan Sering Menerima Kritikan Dolla Kekal Positif Anggap Dugaan Sebagai Anak Seni

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 379 hits
Kemunculan kumpulan Dolla di persada industri hiburan tanah air secara serius sudah menghampiri dua tahun dan pencapaian diperoleh mereka agak positif dan kini terus mendaki puncak kegemilangan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementDilancarkan bar...
Anak Pukul Bapa Dengan Kayu Kerana Minta Rm10

Anak Pukul Bapa Dengan Kayu Kerana Minta Rm10

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 327 hits
Seorang lelaki tergamak memukul bapanya dengan sebatang kayu hanya kerana warga emas itu meminta wang RM10 untuk membeli sarapan pagi 17 Oktober lalu Kejadian yang berlaku di Kampung Dusun Durian Bekalam di sini itu menyebabkan mangsa yang ...
Belum Memiliki Momongan Jawaban Dewi Sandra Ketika Ditanya Kapan Punya Anak Bikin Kagum

Belum Memiliki Momongan Jawaban Dewi Sandra Ketika Ditanya Kapan Punya Anak Bikin Kagum

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 198 hits
Banyak perempuan di luar sana yang juga berada di posisinya Dewi Sandra pun membagikan tipsnya berdamai dengan pertanyaan seperti itu
Dia Tanya Dah Perlu Ke Usia Dia Ada Pasangan Hidup Bila Bapa Isi Masa Dengan Anak Tervna Ini Jawapan Norman Hakim

Dia Tanya Dah Perlu Ke Usia Dia Ada Pasangan Hidup Bila Bapa Isi Masa Dengan Anak Tervna Ini Jawapan Norman Hakim

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 465 hits
Pelakon dan hos Norman Hakim yang kerap isi masa bersama keluarga mended4hkan anak tervnanya Danish Hakim mulai bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon 45 mereka ...
Cabaran Besarkan Anak Bukan Masa Kecil Kemuncaknya Bila Remaja Pantaulah Betul Betul

Cabaran Besarkan Anak Bukan Masa Kecil Kemuncaknya Bila Remaja Pantaulah Betul Betul

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 206 hits
Membesarkan anak memerlukan kesabaran dan ia bukan setakat beri perhatian ketika anak kecil Malah cabaran ini lagi besar dalam fasa anak membesar menjadi seorang remaja sehingga betul betul matang berfikir Dalam fasa anak remajalah cabaran ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner