Dakwaan Dap Menerima Dana Asing Serius Perlu Disiasat Segera



(Utusan) – Dakwaan bahawa DAP pernah menerima dana asing termasuk dari Israel adalah tuduhan yang serius kerana membabitkan keselamatan negara dan pihak berkuasa perlu segera menyiasat perkara tersebut.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan terhadap Pas berhubung dakwaan menerima wang RM90 juta, perkara sama perlu dibuat terhadap DAP.
Kata beliau, langkah Pemuda Pas membuat laporan polis berhubung kes itu di seluruh negara hari ini adalah tepat dan pihak berkuasa diharap dapat memberi perhatian sewajarnya terhadap laporan mereka demi kebaikan semua pihak.
“Apabila ada dakwaan bahawa DAP menerima sumbangan RM1.2 bilion dari Israel, pada pandangan saya, ini lebih serius lagi sebab Malaysia tidak pernah ada hubungan diplomatik dengan Israel.
“Kalau dakwaan ini betul-betul berlaku, ia benda besar yang ada kesan dari segi keselamatan dan kedudukan negara. Sebab itu eloklah Pemuda Pas buat laporan polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan, di sini hari ini.
Terdahulu pagi ini, Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi menemani seorang ahli parti, Mohd, Suhaizi Kadir membuat laporan terhadap DAP berhubung perkara tersebut.
Ahmad Fadhli berkata, Pemuda Pas hari ini tampil membuat laporan polis berhubung perkara sama di seluruh negara dan sehubungan itu, siasatan terhadap DAP perlu dibuat segera lebih-lebih lagi parti itu kini sebahagian daripada parti pemerintah negara.
Mengenai pengumuman calon oleh parti-parti yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Mohd. Amar berkata, Pas secara asasnya menyokong calon parti pembangkang, namun pendirian rasmi akan dibuat selepas calon-calon tersebut diumumkan esok.
“Kita tengok keadaan esok dulu, parti akan buat keputusan dan setakat ini belum ada pendirian rasmi sebab kita kena ambil kira beberapa perkara seperti siapa calon itu serta perkembangan politik semasa ” katanya.
Ditanya tentang isu rakaman audio yang diakui suara Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Mohd. Amar berkata, beliau tidak boleh mengulas perkara itu kerana tidak menghadiri mesyuarat Pas Pusat pada 11 Februari lalu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/13/dakwaan-dap-menerima-dana-asing-serius-perlu-disiasat-segera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Desak Siasat Semula Dakwaan Dap Terima Dana Asing

Pas Desak Siasat Semula Dakwaan Dap Terima Dana Asing

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 347 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Parti rasis kini ghairah usik perkara berkaitan Islam Melayu BANGI PAS mendesak pihak berkuasa membuka semula siasatan terhadap laporan polis pendedahan dan pengakuan pihak tertentu yang mengaitkan parti tamak haloba...
Kementerian Pandang Serius Dakwaan Pasukan De Facto Dap Mahu Ubah Sejarah

Kementerian Pandang Serius Dakwaan Pasukan De Facto Dap Mahu Ubah Sejarah

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 332 hits
February 6 2019 10 09 PMPUTRAJAYA Kementerian Pendidikan memandang serius tulisan di media sosial mendakwa ada pasukan de facto DAP dalam kementerian itu yang mahu mengubah subjek Sejarah di sekolah rendah dan menengah Kementerian dalam ken...
Dap Terima Dana Asing Untuk Pru Naib Presiden Ppbm

Dap Terima Dana Asing Untuk Pru Naib Presiden Ppbm

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 455 hits
Pada 18 November 2015 bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini merupakan salah seorang Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman telah mendedahkan dalam satu majlis syarahan beliau bahawa DAP m...
Kasus Dana Hibah Kemenpora Sekjen Dan Bendahara Koni Segera Disidang

Kasus Dana Hibah Kemenpora Sekjen Dan Bendahara Koni Segera Disidang

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 204 hits
Penyidik Komisi Pemberantasan Korupsi merampungkan berkas penyidikan Sekjen KONI Ending Fuad Hamidy dan Bendahara KONI Jhony E Awuy Keduanya akan segera disidang terkait kasus dugaan suap dan gratifikasi penyaluran bantuan dari Pemerintah m...
Isu Dana Rm90 Juta Hadi Sedia Sprm Siasat Semua Dakwaan

Isu Dana Rm90 Juta Hadi Sedia Sprm Siasat Semua Dakwaan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 461 hits
MARANG Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan dana sebanyak RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu Beliau berkata terpulang kepada SPRM menyiasat mana...
Mahathir Boleh Letak Jawatan Segera Kata Pemimpin Dap Johor Viralhancing

Mahathir Boleh Letak Jawatan Segera Kata Pemimpin Dap Johor Viralhancing

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 401 hits
PETALING JAYA Pemimpin DAP Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana memperlekeh manifesto Pakatan Harapan pilihan raya umum ke 14 Boo yang juga ahli jawatankuasa DAP negeri berk...
Dana Asing Lebih Bahaya Dari Isu Rm90 Juta Kata Tuan Ibrahim

Dana Asing Lebih Bahaya Dari Isu Rm90 Juta Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 412 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu dana asing yang didakwa diterima DAP lebih bahaya berbanding isu RM90 juta yang dididakwa diterima PAS Ini kerana katanya dana asing tersebut disahkan sendiri oleh International Republ...
Edry Cabar Individu Fitnah Dap Buat Laporan Polis Hurai Dakwaan Dalam Sidang Media

Edry Cabar Individu Fitnah Dap Buat Laporan Polis Hurai Dakwaan Dalam Sidang Media

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 434 hits
Pada 20 Februari 2019Adun DAP hari ini membuat laporan polis berhubung penularan sebuah artikel di media sosial yang mendakwa DAP kononnya mempunyai agenda anti Melayu anti Islam pro Komunis dan pro Zionis Adun Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yu...
Siasat Dana Dap Kata Pemuda Pas

Siasat Dana Dap Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 334 hits
Pemuda PAS mendesak pihak berkuasa agar menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerimaan dana asing oleh parti komponen Pakatan Harapan DAP Sehubungan itu Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya membuat laporan polis sec...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu