Siasat Dana Dap Kata Pemuda Pas


N Faizal Ghazali      
Pemuda PAS mendesak pihak berkuasa agar menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerimaan dana asing oleh parti komponen Pakatan Harapan, DAP.

Sehubungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya membuat laporan polis secara besar-besaran di seluruh negara bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya isu berkenaan tidak dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Menurutnya, dakwaan bahawa DAP menerima dana asing sudah tersebar sejak beberapa tahun kebelakangan tetapi tiada sebarang tindakan dibuat untuk menyiasat perkara itu.

"Jika PAS boleh disiasat atas dakwaan menerima dana RM90 juta maka tiada sebab untuk menghalang siasatan sama dilakukan ke atas DAP.

"Penerimaan dana asing oleh DAP adalah perkara menyalahi integriti dan undang-undang kerana ia boleh membawa ugutan dan ancaman kepada kedaulatan negara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, Ahmad Fadhli yang juga anggota parlimen Pasir Mas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membuat laporan terhadap DAP berhubung tersebut.

Laporan tersebut dibuat oleh ahli Pemuda PAS Kelantan, Mohd Suhaizi Kadir pada jam 10 pagi tadi.

Ahmad Fadhli berkata susulan laporan yang dibiat oleh Pemuda PAS di seluruh negara itu, siasatan terhadap DAP perlu dilakukan segera lebih-lebih lagi parti itu kini sebahagian daripada pemerintah kerajaan Malaysia.

"DAP adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan hari ini, jadi kita mahu supaya akaun DAP disiasat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya dibuktikan mereka tidak menerima dana asing sebagaimana didakwa.

"Antara dakwaan serius sebelum ini adalah pendedahan bekas setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang, Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendakwa DAP mengambil wang rasuah RM300 juta dari Israel.

"Sehingga sekarang DAP tidak menyaman individu tersebut dan ia seperti menggambarkan dakwaan itu betul dan jika DAP terima dana dari Israel dan Yahudi maka kita boleh buat kesimpulan DAP bergerak mengikut telunjuk Israel dan Yahudi," tegasnya.

Selain itu, tambah ketua pemuda PAS Kelantan itu, kenyataan daripada Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining secara terbuka menyatakan pihaknya memberi dana kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu juga perlu disiasat.

"Justeru kita berharap berdasarkan dakwaan dan pendedahan pelbagai pihak itu siasatan terhadap DAP dapat dilakukan susulan laporan polis yang dibuat hari ini, " kata Ahmad Fadhli.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/siasat-dana-dap-kata-pemuda-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Desak Siasat Semula Dakwaan Dap Terima Dana Asing

Pas Desak Siasat Semula Dakwaan Dap Terima Dana Asing

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 414 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Parti rasis kini ghairah usik perkara berkaitan Islam Melayu BANGI PAS mendesak pihak berkuasa membuka semula siasatan terhadap laporan polis pendedahan dan pengakuan pihak tertentu yang mengaitkan parti tamak haloba...
Hubungan Dengan Pas Umno Bermain Api Kata Pemimpin Dap

Hubungan Dengan Pas Umno Bermain Api Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 467 hits
February 1 2019 10 50 AMPemimpin DAP P Ramasamy PETALING JAYA Pemimpin DAP P Ramasamy hari ini mempersoalkan kerjasama antara Umno dengan PAS yang dianggap banyak membantu kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Cameron Highlan...
Cara Lihat Isu Yadim Bukti Pas Makin Sempit Kata Dap

Cara Lihat Isu Yadim Bukti Pas Makin Sempit Kata Dap

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 427 hits
Penyertaan Sheikh Omar dalam DAP tidak menjadikan bekas aktivis PAS itu menjauhi Islam kata MP Bukit Mertajam
Siasat Penulis Blog Dedah Pas Terima Duit Umno Kata Ph Bachok

Siasat Penulis Blog Dedah Pas Terima Duit Umno Kata Ph Bachok

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 683 hits
BACHOK Pakatan Harapan Bachok semalam membuat laporan polis terhadap pemilik sebuah blog yang mengaku hadir ketika Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membuat pengakuan mengenai isu pemimpin PAS menerima dana daripada U...
Sprm Bakal Siasat Najib Pula Jika Sahih Kes Rm90 Juta Dana 1mdb Untuk Pas

Sprm Bakal Siasat Najib Pula Jika Sahih Kes Rm90 Juta Dana 1mdb Untuk Pas

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 417 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil Datuk Seri Najib Razak jika asas Umno memberi wang RM90 juta kepada musuh lamanya PAS Namun ketua pesuruhjayanya berkata SPRM buat masa sekarang masih tidak pasti sama ada bekas perdana ...
Pakatan Mampu Tawan Undi Melayu Pada Pru15 Kata Dap

Pakatan Mampu Tawan Undi Melayu Pada Pru15 Kata Dap

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 363 hits
Pakatan mampu tawan undi Melayu pada PRU15 kata DAP Dikemas kini 46 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 7 Feb 2019 8 16A
Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati