Dakwaan Anwar Ada Majoriti Utuh Pergi Baliklah Tun M


bharian.com
Oleh Luqman Arif Abdul Karim 
[email protected]
- Disember 31, 2020 @ 5:54pm

Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan segala janji dan kata-kata ditaburkan Ahli Parlimen Port Dickson itu langsung tidak boleh dipercayai.

"Kita tawar kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Plus, tetapi Anwar tolak saya bulat-bulat.

"Saya tawarkan untuk jadi Perdana Menteri selama enam bulan saja, dia tolak. Saya bagi nama Shafie (Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) pun dia tak nak.

"Masalahnya sekarang, Anwar tak ada cukup sokongan tapi asyik cakap ada majoriti utuh, kuat dan meyakinkan.

"Eh, you (awak) pergi baliklah!" katanya pada sidang media Majlis Amanat Perjuangan 2021, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemudanya, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.

Anwar kelmarin dilaporkan berkata gagasan baharu yang bakal dibentuk PH terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin parti politik, termasuk Dr Mahathir.

Bagaimanapun, tawaran itu diberikan secara bersyarat, iaitu perlu mematuhi segenap prinsip yang digariskan gagasan baharu PH dan tidak boleh mempunyai sebarang agenda peribadi.

Mengimbau peristiwa pada 2008, Dr Mahathir berkata, bekas Menteri Kewangan berkenaan mengakui mempunyai sokongan yang mencukupi dalam kalangan Ahli Parlimen, selepas kerajaan diterajui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu hanya meraih majoriti tipis.

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG, berkata dakwaan 'manis' itu langsung tidak mempunyai asas.

"Cuba kamu kira berapa kali Anwar pernah janji dan tunaikan janji dia? Sebab itu saya langsung tak percaya apa lagi dia nak cakap.

"Saya dulu sanggup ketepikan masa silam dan bekerjasama dengan Anwar, tetapi sekarang dia yang tak nak bekerjasama dengan saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir menegaskan yang PEJUANG mempunyai 'pelan B' sekiranya Pendaftar Pertubuhan (RoS) masih bertegas untuk tidak meluluskan pendaftaran parti itu.

"Kita ada pelan B, tetapi ia rahsia lah. Sama juga macam nasib menimpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) apabila dibatalkan pendaftarannya pada saat akhir.

"Kita masih boleh mengharungi pilihan raya dengan cara lain," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/dakwaan-anwar-ada-majoriti-utuh-pergi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tiada Majoriti Sokongan Tanpa Tun M Warisan Grand Coalition Bukan Untuk Singkirkan Anwar Pkr

Anwar Tiada Majoriti Sokongan Tanpa Tun M Warisan Grand Coalition Bukan Untuk Singkirkan Anwar Pkr

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 259 hits
TAJUK BICARA YB KHALID ABDUL SAMAD POLITIK GRAND COALITION ASAS DAN MATLAMATNYA DAPATKAN VIDEO PENUH PADA LINK DI BAWAH https youtu be T6P6BgxmEkk Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Poli
Ph Beri Anwar Mandat Untuk Cari Majoriti Dengan Sesiapa Sahaja

Ph Beri Anwar Mandat Untuk Cari Majoriti Dengan Sesiapa Sahaja

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 250 hits
Anwar Ibrahim hari ini mengatakan beliau mendapat mandat daripada parti parti komponen dalam Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan mana mana individu bagi mendapatkan bilangan majoriti dan membentuk kerajaan baru di Putrajaya Ingat siapa...
Yakin Akan Sokongan Majoriti Sebagai Pm Terpulang Budi Bicara Agong Anwar Ibrahim

Yakin Akan Sokongan Majoriti Sebagai Pm Terpulang Budi Bicara Agong Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 288 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata kini terpulang kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menentukan sama ada dia memiliki sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri atau tidak Ketika ditanya jika dia masih...
Tun M Kembali Ke Pakatan Harapan Ini Jawapan Anwar Ibrahim

Tun M Kembali Ke Pakatan Harapan Ini Jawapan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 263 hits
Tun M kembali ke Pakatan Harapan Ini jawapan Anwar Ibrahim Firdaus AzilDisember 29 2020 Ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi tegas Anwar Ibrahim Gambar failSHAH ALAM Pak...
Pemimpin Pergi Pkr Tetap Utuh Amiruddin

Pemimpin Pergi Pkr Tetap Utuh Amiruddin

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 175 hits
KEADILAN tidak pernah tergugat dengan pengkhianatan beberapa kelompok yang kononnya telah melemahkan parti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata parti keramat itu pernah ditinggalkan oleh sekian banyak pemimpin pemimpin b...
Jangan Lupa Ph Pernah Menang Kerana Gandingan Anwar Dan Tun

Jangan Lupa Ph Pernah Menang Kerana Gandingan Anwar Dan Tun

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 171 hits
malaysiadateline com Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengingatkan bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum yang lalu bukanlah kerana mereka mempunyai manifesto menarik atau kebosanan rakyat dengan kerajaan Datuk Seri Najib Raza...
Anwar Mahu Zeti Aziz Jelaskan Dakwaan Raja Petra Kamarudin

Anwar Mahu Zeti Aziz Jelaskan Dakwaan Raja Petra Kamarudin

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 447 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meminta Pengerusi Permodalan Nasional Zeti Akhtar Aziz menjelaskan tuduhan yang dibuat oleh blogger Raja Petra Kamarudin terhadap keluarganya Blogger tersebut baru baru ini mendakwa keluarga Zeti menerima dan...
Gentle Woman Handbag Gilaan Pelancong Di Thailand

Pengambilan Jawatan Dbkl Januari 2025

Cabaran Terbesar Buat Umno Pada 6 Januari Ini

Editor S Choice An Alternative Top 10 For 2024

Waktu Istimewa Yang Dianugerahkan Oleh Allah Swt Untuk Hamba Nya

Hiking Bukit Kepayang Penutup Tahun 2024

Masa Sekali Tak Haram Hipokrit Pas

Sarapan Di Hari Akhir 2024 Di Kampung Baru


echo '';
Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian


Uncertain Times Is There Hope For A Better Malaysia

Perpustakaan Awam Baling

Tahun Baru Dan Azam Macam Mana Nak Mulakan Dengan Betul

Tips Panduan Lengkap Cara Membuat Rekaan Kad Perniagaan Yang Profesional

Sorotan Peribadi Tahun 2024

Mahad Tahfiz Al Johari Parit Bingan Parit Raja Terbakar