Tun M Kembali Ke Pakatan Harapan Ini Jawapan Anwar Ibrahim


 
Tun M kembali ke Pakatan Harapan? Ini jawapan Anwar Ibrahim...Firdaus AzilDisember 29, 2020 Ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi, tegas Anwar Ibrahim. - Gambar failSHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menyertai gabungan itu ataupun di bawah payung PH Plus, tetapi dengan syarat harus patuh kepada prinsip penubuhannya, kata Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua Pembangkang itu berkata, mana-mana ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi atau cuba membawa kembali budaya kebobrokan ke dalam gabungan berkenaan.Menurut beliau, soal sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) atau mana-mana parti yang ingin menyertai gabungan itu, terserah kepada kelulusan PH melalui Majlis Presidennya.“(Penyertaan Tun Mahathir) Itu terserah kepada PH. Siapa pun boleh kita undang tapi harus patuh kepada prinsipnya. Bukan bawa agenda peribadi dan meluluskan kebobrokan yang lama,” katanya kepada media selepas Merasmikan Majlis Peluncuran Buku “100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008 - 2011”, di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada gabungan baharu yang bakal diwujudkan itu, akan mempertimbangkan penyertaan Dr Mahathir dan Pejuang serta parti-parti politik yang lain.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, persoalan sama ada beliau atau sesiapa sahaja yang mendakwa boleh memimpin pembangkang pada Pilihan Raya Umum akan datang harus memegang kuat prinsip reformasi.Katanya, apa yang penting ialah perlu ada usaha untuk meyakinkan rakyat bahawa PH serius dalam menyelesaikan masalah ekonomi, kemiskinan serta keadilan untuk rakyat.“Bagi saya ini perkara pokok yang harus kita selesaikan, perubahan yang kita usulkan mampu memberi kepada rakyat bahawa kita lebih serius untuk menyelesaikan masalah pemacuan ekonomi, keadilan bagi rakyat dan mengatasi masalah kemiskinan yang sangat buruk.“Tak boleh harap elit kuota dan elit politik untuk benar benar merasa terpanggil bertanggungjawab selesaikan masalah ini, kerana sudah lama kita bagi peluang, tapi tak ada kesungguhan,” katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/tun-m-kembali-ke-pakatan-harapan-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Does Not Need Mahathir To Win Ge15 Says Anwar Ibrahim

Pakatan Harapan Does Not Need Mahathir To Win Ge15 Says Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 418 hits
Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is confident of Pakatan Harapan s chances of winning the next general election even without the support of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad He said this in response to Dr Mahathir s re...
Can Harapan Move On From Anwar Ibrahim

Can Harapan Move On From Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 535 hits
Yet it s not for want of future that I m here he thought It s for want of a present John le Carr The Honourable SchoolboyThe problem with Pakatan Harapan s leadership issue is that nobody is stepping up and challenging Anwar Ibrahim for the...
Pakatan Harapan Akan Musnah Jika Anwar Kekal Ketua Pakatan

Pakatan Harapan Akan Musnah Jika Anwar Kekal Ketua Pakatan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 404 hits
SUDAH hampir 8 bulan Anwar Ibrahim memberi harapan kepada ahli ahli Pakatan Harapan terutamanya pemimpin DAP Amanah dan pemimpin bawahan PKR bahawa beliau akan menumbangkan kerajaan Muhyiddin Yassin dan beliau menjadi Perdana Menteri Akhirn...
Tanpa Saya Pakatan Harapan Takkan Dapat Sokongan Melayu Tun M

Tanpa Saya Pakatan Harapan Takkan Dapat Sokongan Melayu Tun M

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 265 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya Menurut Mahathir penglibatannya ketika berada bersa...
To Hell With Perikatan Nasional And Pakatan Harapan

To Hell With Perikatan Nasional And Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 399 hits
FRANCIS PAUL SIAH One is known as Perikatan Nasional the other Pakatan Harapan To me it has become clear that both were established for the specific self serving purpose of sustaining political careers PN is anything but a national alliance...
Jadilah Sesumringah Anwar Dalam Menanti Harapan

Jadilah Sesumringah Anwar Dalam Menanti Harapan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 269 hits
Jadilah sesumringah Anwar dalam menanti harapan NOTA PERJUMPAANSaya menghadiahkan buku terbarusaya kepada Anwar KELMARIN saya mengunjungi Anwar Ibrahim di pejabatnya di Petaling Jaya Kunjungan itu disertakan sama oleh Adun Tebing Tinggi Per...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak