Ph Beri Anwar Mandat Untuk Cari Majoriti Dengan Sesiapa Sahaja



(Malaysia Now) – Anwar Ibrahim hari ini mengatakan beliau mendapat mandat daripada parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dengan mana-mana individu bagi mendapatkan bilangan majoriti dan membentuk kerajaan baru di Putrajaya.
“Ingat, siapa sahaja untuk mendapat majoriti. Tetapi, syarat yang mereka berikan, saya setuju.
“Tidak boleh melanggar prinsip ‘good governance’ untuk menolak rasuah, penyelewangan dan jadikan Malaysia ini untuk semua kaum dan rakyat di negara kita,” katanya ketika berucap pada program Sepetang 2021 Bersama Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, hari ini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.
Kenyataan Anwar itu dilihat bercanggah dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini yang mengatakan tidak akan bekerjasama dengan pemimpin Umno terpalit rasuah seperti Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi.
Pada Oktober, MalaysiaNow mendedahkan Najib dan Zahid menulis surat secara bersama kepada Agong bagi menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.
Pada 17 Disember lepas Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Lim mengatakan PH tidak perlu lagi membuang masa mengharapkan sokongan ahli-ahli Parlimen Umno untuk menumbangkan kerajaan PN.
Mereka turut menggesa satu kerjasama dengan parti pembangkang di luar gabungan itu, dipercayai merujuk kepada Pejuang pimpinan Mahathir dan Warisan pimpinan bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal.
Selepas Anwar gagal membuktikan beliau mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” seperti didakwanya apabila mengadap Agong pada 13 Oktober tahun lalu, ramai pemimpin PH mula mempersoalkan kepimpinannya.
Dalam ucapannya hari ini, Anwar turut menyorot kembali tempoh pemerintahan singkat 22 bulan PH yang menyaksikan kekalahan demi kekalahan dalam pilihan raya kecil (PRK), termasuk yang teruk dalam sejarah politik tanah air merujuk kepada Tanjung Piai.
“Ada orang tak senang bila saya ungkap perkara ini kerana apa pun kerajaan PH boleh pertahankan.
“Tak, saya (memang) pertahankan yang menang, tapi saya tak akan pertahankan ketelanjuran rasuah dalam kalangan kita,” katanya.
Daripada 10 PRK selepas PRU14, lima kerusi berjaya dipertahankan oleh PH iaitu PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Parlimen Port Dickson dan Sandakan.
Sementara BN berjaya memenangi PRK bagi Parlimen Cameron Highlands, Kimanis, Tanjung Piai, DUN Rantau dan Slim.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/03/ph-beri-anwar-mandat-untuk-cari-majoriti-dengan-sesiapa-sahaja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tiada Majoriti Sokongan Tanpa Tun M Warisan Grand Coalition Bukan Untuk Singkirkan Anwar Pkr

Anwar Tiada Majoriti Sokongan Tanpa Tun M Warisan Grand Coalition Bukan Untuk Singkirkan Anwar Pkr

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 271 hits
TAJUK BICARA YB KHALID ABDUL SAMAD POLITIK GRAND COALITION ASAS DAN MATLAMATNYA DAPATKAN VIDEO PENUH PADA LINK DI BAWAH https youtu be T6P6BgxmEkk Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Poli
Yakin Akan Sokongan Majoriti Sebagai Pm Terpulang Budi Bicara Agong Anwar Ibrahim

Yakin Akan Sokongan Majoriti Sebagai Pm Terpulang Budi Bicara Agong Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 295 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata kini terpulang kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menentukan sama ada dia memiliki sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri atau tidak Ketika ditanya jika dia masih...
Dakwaan Anwar Ada Majoriti Utuh Pergi Baliklah Tun M

Dakwaan Anwar Ada Majoriti Utuh Pergi Baliklah Tun M

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 185 hits
bharian comOleh Disember 31 2020 5 54pmAnwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad SHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Bekas Perdana Menteri ...
Amanah Setia Anwar Pimpin Ph Kata Mujahid

Amanah Setia Anwar Pimpin Ph Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 427 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Naib Presiden AMANAH Mujahid Yusof Rawa berkata Amanah setia berada di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim dalam mempertahankan Pakatan Harapan Beliau berkata sekarang bukanlah masa untuk saling memberi tekanan sebalik...
Anwar Akan Lebih Selamat Jika Dap Dan Amanah Diketuai Anthony Loke Dan Mujahid

Anwar Akan Lebih Selamat Jika Dap Dan Amanah Diketuai Anthony Loke Dan Mujahid

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 305 hits
Husam dan Lid boleh membantu dan menguatkan AMANAH hingga ke peringkat dunia Inilah juga masa terbaik Maszlee untuk sertai PKR
Perkukuh Mandat Rakyat Sabah

Perkukuh Mandat Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 192 hits
SALLEH SAID 1 Lebih tiga bulan telah berlangsungnya Pilihan Raya Negeri dan lebih sejuta pengundi Sabah kini di bawah payung kerajaan baharu Gabungan Rakyat Sabah 2 Rakyat pada 26 September lalu telah memberi mandat untuk GRS memperkukuh ek...
Beri Mandat Ibu Pegang Gunting Syed Saddiq Botak Demi Orang Muo

Beri Mandat Ibu Pegang Gunting Syed Saddiq Botak Demi Orang Muo

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 358 hits
Umum sedia maklum bahawa Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang menjalankan kempen untuk mengutip RM200 000 dari sumbangan orang ramai bagi membantu memberi komputer riba buat para pelajar di daerah Muar Susulan daripada ke...
Cari Korban Dan Serpihan Pesawat Sriwijaya Air Penyelam Intai Amfibi Temukan Ktp

Cari Korban Dan Serpihan Pesawat Sriwijaya Air Penyelam Intai Amfibi Temukan Ktp

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 404 hits
Tim Penyelam Search and Rescue dari Batalyon Intai Amfibi Marinir TNI Angkatan Laut menemukan sebuah kartu tanda penduduk Tertulis atas nama Yaman Zai
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Penyokong Kerajaan Kena Lah Aktif

Satu Satunya Ketua Negara Diberi Penghormatan Berucap Di Persidangan Dialog Intra Islamik Sarjana Islam

10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili