Yakin Akan Sokongan Majoriti Sebagai Pm Terpulang Budi Bicara Agong Anwar Ibrahim



 
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, kini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menentukan sama ada dia memiliki sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri atau tidak.
Ketika ditanya jika dia masih yakin mampu mendapat sokongan Umno untuk menjadi perdana menteri, Anwar berkata perkara itu terpulang pada budi bicara Agong.
“Ini proses terus. Saya sudah hantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong. Agong baru habis kuarantin.
“Itu budi bicara Yang di-Pertuang Agong. Jadi saya tak mahu komen lebih daripada itu,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Diskusi Santai Presiden PKR di Hotel Tamu Kuala Lumpur, hari ini.
Sumber yang rapat dengan kepemimpinan PKR yang dihubungi Malaysiakini, memberitahu surat yang dimaksudkan adalah yang dihantar Anwar pada Oktober lalu.
Pihak Istana Negara ketika itu berkata Anwar tidak mengemukakan senarai nama bagi menyokong dakwaannya.
Sultan Abdullah menjalani kuarantin pada 26 Dis setelah pulang dari lawatan ke Abu Dhabi.
Berdasarkan laporan Bernama, Agong, kuarantin itu dijadual berakhir semalam, iaitu setelah tujuh hari.

Terdahulu bulan lalu, terdapat khabar angin bahawa Anwar mendapat 113 akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri.
Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa juga mendakwa ada usaha dalam Umno untuk membawa parti itu bersama-sama Anwar.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno yang dikatakan menandatangani SD itu menafikan dakwaan berkenaan manakala PKR menafikan laporan berkenaan perkara itu.
Pada 15 Dis, beberapa hari selepas timbulnya spekluasi itu, PH gagal dalam usaha terakhirnya untuk menolak Belanjawan 2021.
RUU Belanjawan 2021 lulus selepas disokong 111 ahli Parlimen dan ditolak 108 yang lain.
Susulan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa pembangkang untuk berhenti mengharapkan sokongan ahli Parlimen kerajaan.
“Tidak ada satu pun ahli parlimen kerajaan mengundi (menolak belanjawan) bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar.
“Jelas ahli parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyuarakan keyakinan yang Anwar masih mampu membuktikan majoritinya, sama ada di Dewan Rakyat atau melalui SD.
The post Yakin akan sokongan majoriti sebagai PM: Terpulang budi bicara Agong – Anwar Ibrahim appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/03/yakin-akan-sokongan-majoriti-sebagai-pm-terpulang-budi-bicara-agong-anwar-ibrahim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Perlu Jawab Sokong Anwar Dan Utus Surat Sokongan Kepada Yang Di Pertuan Agong Atau Tidak

Umno Perlu Jawab Sokong Anwar Dan Utus Surat Sokongan Kepada Yang Di Pertuan Agong Atau Tidak

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 690 hits
A Kadir Jasin Antara jawapan yang pastinya dinanti nanti oleh ahli Umno bukan ahli Umno rakan Umno dan musuh Umno daripada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini adalah 1 Keluar kerajaan Perikatan Nasional atau tidak 2 Bekerjasama dengan...
Annuar Musa Dedah Surat Sokongan Pemimpin Umno Kepada Anwar Ibrahim

Annuar Musa Dedah Surat Sokongan Pemimpin Umno Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 296 hits
Astro AwaniJanuari 6 2021Annuar Musa menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional Foto Astro AWANIPUTRAJAYA Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri A...
Anwar Tiada Majoriti Sokongan Tanpa Tun M Warisan Grand Coalition Bukan Untuk Singkirkan Anwar Pkr

Anwar Tiada Majoriti Sokongan Tanpa Tun M Warisan Grand Coalition Bukan Untuk Singkirkan Anwar Pkr

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 272 hits
TAJUK BICARA YB KHALID ABDUL SAMAD POLITIK GRAND COALITION ASAS DAN MATLAMATNYA DAPATKAN VIDEO PENUH PADA LINK DI BAWAH https youtu be T6P6BgxmEkk Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Poli
Siapa Kita Nak Julang Soal Mat Sabu Mempertegas Sokongan Kepada Anwar Sebagai Pm

Siapa Kita Nak Julang Soal Mat Sabu Mempertegas Sokongan Kepada Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 272 hits
December 27 2020 Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu akan terus bersama PH dan tidak boleh bersendirian PETALING JAYA Presiden Amanah Mohamad Sabu mengulangi pendirian parti itu untuk mengangkat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim se...
Anwar Guna Lubang Yang Sama Untuk Naik Sebagai Pm

Anwar Guna Lubang Yang Sama Untuk Naik Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 224 hits
Walau sudah 3 kali gagal Dengan mengharap umno Najib Zahid untuk menyokong tampa MAHU menunggu pilihanraya unum Apakah cukup bersedia jika PRu15 mengejut sedangkan perbezaan di kalangan Pembangkang belum selesai Kali ini kalau gagal itu nam...
Anwar Ibrahim Ucapan Penuh Dalam Merasmikan Muktamar Abim Kali Ke49

Anwar Ibrahim Ucapan Penuh Dalam Merasmikan Muktamar Abim Kali Ke49

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 208 hits
26 12 2020 Ucapan penuh dalam merasmikan Muktamar ABIM kali ke49 yang bertemakan KOSMOPOLITAN ISLAM PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA MEMAKNAI SEPARUH ABAD PERJUANGAN GERAKAN ISLAM ABIM
The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Senarai Tempat Berbuka Puasa Dan Dinner Buffet 2025 Johor Bahru

Salam Ramadhan Al Mubarak Dari Akifimtiyaz Com

Ssf Pembukaan Stor Utama Di Glenmarie Dan Haqqi Mall

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Ismail Sabri Disiasat Sprm

Just Pets Megastore Harga Cara Beli Tiket Masuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Niat Solat Sunat Tarawih Dan Witir

Anwar Harap Rafizi Diberi Laluan Mudah Sebagai Timbalan Presiden Pkr

Top Commentator Of February 2025 Tahniah Blogger Cuya

Datuk Dan Cucu Dilanggar Warga Asing Yang Memandu Laju Meninggal Di Tempat Kejadian

Nak Kurus Sebelum Raya Tapi Malas Nak Keluar Rumah Gunakan Stepper Ini Sebagai Solusi

Baki Boleh Tampung 50 Pelajar Kptm Asyraf Wajdi Dedah Che Ta Belum Lunas Hutang Mara