Daj Ada Jabatan Penerangan Pun Takut Lagi Kena Tubuh Jasa



Ketakutan dari kalangan pemuka Perikatan Jahat, ketakutan untuk tumbang, ketakutan untuk jatuh.
Kerajaan sudah punya RTM1, RTM2, Jabatan Penerangan, stesen-stesen radio, tetapi itu belum cukup untuk menyebar propaganda bagi menghilangkan ketakutan mereka.Kaedah pelaporan media-media arus perdana kelihatannya sedikit demi sedikit dijajarkan semula untuk kembali ke cara sebelum Mei 2018, nampaknya mereka tidak pernah belajar dengan kejatuhan Utusan Malaysia. Ini pun belum cukup untuk menyebar propaganda bagi menghilangkan ketakutan mereka.Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula menubuhkan apa yang dipanggil PeKT (Penggerak Komuniti Tempatan), yang diwujudkan mengikut kawasan pentadbiran Kerajaan Tempatan. Pertamanya ia jelas melanggar pemisahan tiga jenis kerajaan yang ada dalam negara kita iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Sambil menafi PeKT mengambil-alih tugas Ahli Majlis, Zuraida Kamaruddin mendakwa kononnya PeKT lebih kepada kerja-kerja komuniti, bukankah itu kalau benar ia mengambil-alih peranan KRT-KRT dan MPKK-MPKK yang wujud bersepah di negara kita? Bertindih dan membazir! Kalau bukan komuniti maka berbalik ke asal, mengambil-alih tugas Ahli Majlis, khususnya di negeri-negeri yang tidak diperintah oleh Perikatan Nasional.
Dalam undang-undang, motif adalah yang utama, cakap dan tulis semua boleh buat. Bolehkah ada satu set “ahli majlis” yang lain dari Persekutuan? Atas apa nama sekali pun… Kerajaan Tempatan bukan wujud atas ehsan, ada Aktanya, Akta 171, hanya pihak berkuasa negeri boleh melantik Ahli Majlis.
Zuraida mewujudkan perjawatan PeKT mengguna peruntukan undang-undang mana? Sudah jelas PeKT itu ditubuhkan mengikut kawasan Kerajaan Tempatan, lingkungan pentadbiran yang pihak berkuasa negeri sahaja ada bidang kuasa.
Peruntukan elaun Ketua PeKT dan peruntukan tahunan itu pula datang dari kebenaran undang-undang mana? Sedang perjawatan itu sendiri adakah sesuatu yang diwartakan? Tidak lain tidak bukan ia adalah lantikan politik, itu pun mereka belum yakin ia cukup untuk menyebar propaganda bagi menghilangkan ketakutan mereka.
Akhirnya, mengambil peluang dari pembentangan Bajet 2021, sedang perhatian banyak tertumpu kepada tentang apakah perancangan mereka untuk membantu rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19, mereka cuba menyelit cadangan untuk menghidupkan kembali JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas), yang sudah dikenal puluhan tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional dahulu sebagai Jabatan Propaganda Negara, Jabatan Indoktrinisasi Negara, ketakutan mereka terhadap bayang-bayang sendiri tidak padam-padam. Tidak cukup dengan RTM1, RTM2, saluran-saluran radio, media-media arus perdana, PeKT juga, mereka belum yakin rakyat mampu dijinakkan, akhirnya JASA dihidupkan semula, dengan bajet yang berkali-ganda besar berbanding bajet tahunan JASA yang pernah wujud sebelum ini.
Berapa ramai dari kita yang membesar dengan masih membawa pengaruh doktrin JASA yang dahulu, bahawa hanya mereka yang memerintah yang betul, pembangkang ini sentiasa salah, pembangkang ini sentiasa jahat. Apakah JASA akan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa ia cukup dalam menyebar propaganda bagi menghilangkan ketakutan mereka?
Belum tentu cukup… Apakah nanti SOSMA akan digunakan seperti ISA dahulunya bagi menghapuskan terus ketakutan mereka? Tidakkah kamu melihat? Tidakkah kamu memerhati? Bahawa jika ada manusia yang mempunyai ketakutan sebesar ini, merekalah manusia yang bersalah!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30516

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jasa Jabatan Haram

Jasa Jabatan Haram

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 187 hits
SangKelembai JASA adalah satu jabatan rasmi Kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Kerajaan PH telah membubarkan Jabatan ini dengan persetujuan sidang kabinet Jabatan dan agensi Kerajaan bukan senang ditutup Dalam sejarah K...
Menteri Penerangan Takut Bila Ketua Pembangkang Berucap

Menteri Penerangan Takut Bila Ketua Pembangkang Berucap

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 177 hits
IBRAHIM MAT ISAMentang mentanglah DSAI Ketua Pembangkang RTM potong live telecast masa ucapan beliau di TV tapi aku nampak ada laporan mengenai bahas beliau juga di Channel News Asia RTM sepatutnya bagi sama ratalah antara pemerintah dan pe...
Haji Razak Ini Antara Sebab Sebab Dap Takut Dengan Jasa

Haji Razak Ini Antara Sebab Sebab Dap Takut Dengan Jasa

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 310 hits
1 Kenapa tidak tanya apa nasib 1000 kakitangan JASA yang kena buang kerja di zaman PH Mereka ada anak isteri dan keluarga Ada bekas JASA yang merana hidup lepas dibuang kerja 2 Ada yang meninggal dunia kerana stress sakit akibat tekanan hid...
Peruntukan Mega Kepada Jasa Tidak Masuk Dek Akal Tengku Zafrul Jadi Mangsa Politik

Peruntukan Mega Kepada Jasa Tidak Masuk Dek Akal Tengku Zafrul Jadi Mangsa Politik

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Peruntukan RM85 5 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Belanjawan 2021 adalah jauh lebih besar berbanding bantuan untuk golongan yang memerlukan seperti nelayan dan petani kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim K...
Peruntukkan Rm85 5 Juta Terlalu Banyak Buat Jasa Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid 19

Peruntukkan Rm85 5 Juta Terlalu Banyak Buat Jasa Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Puad Zarkashi mengkritik peruntukan RM85 5 juta menerusi Belanjawan 2021 untuk jabatan itu terlalu banyak dan tidak sensitif ketika negara dilanda gelombang ke 3 Covid 19 Ahli M...
Suruh Hang Jaga Ptptn Hang Menggagau La Ni Hang Dok Kalut Bab Jasa Pulak

Suruh Hang Jaga Ptptn Hang Menggagau La Ni Hang Dok Kalut Bab Jasa Pulak

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 192 hits
Hang ingat rakyat ni bodoh macam walaun dan PNyamunkah Nak dengar rintihan rakyat pun telan kos RM85 5 juta Rintihan rakyat disalurkan melalui wakil rakyat BUKAN melalui pegawai JASA JASA adalah unit haram dihidupkan kembali kerajaan PNkhia...
Bajet Untuk Jasa Dan Pkn Hanya Untuk Politik Semata Mata

Bajet Untuk Jasa Dan Pkn Hanya Untuk Politik Semata Mata

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 307 hits
Dana untuk Jabatan Hal Ehwal Khas yang berjumlah kira kira RM81 juta dan RM 8 5 juta untuk Penggerak Komuniti Negara perlu ditarik semula Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dana tersebut tiada ada keperluan dan tidak memberi...
Rm8 000 Untuk Jasa Kita Boleh Luluskan

Rm8 000 Untuk Jasa Kita Boleh Luluskan

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 316 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSejak awal pagi tadi ahli ahli Parlimen blok pembangkang terus membangkitkan isu berhubung peruntukan kepada Hal Ehwal Jabatan Khas yang dihidupkan semula sebagai unit propaganda politik kerajaan Perkara tersebut diper...
Tanpa Peruntukan Jasa 81j Bajet 2021 Boleh Dianggap Sempurna

Tanpa Peruntukan Jasa 81j Bajet 2021 Boleh Dianggap Sempurna

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 396 hits
Tak perlu menyamun untuk memberi kebajikan kepada rakyat Tak perlu manis dibibir dan rasuah rakyat untuk berlindung bermewah dan shopping sakanHarap momentum ini berterusan Muhyiddin seterusnya akan jadi perfect PM jika tidak mencampuri uru...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization